fbpx
Home Hiburan Yaashwin Populariti ‘Manusia Kalkulator’ Menurun?

Yaashwin Populariti ‘Manusia Kalkulator’ Menurun?

by NoKomen
143 views
Populariti 'Manusia Kalkulator' menurun? | Harian Metro

 

WALAUPUN muncul naib juara program Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3) tahun lalu, Yaashwin Sarawanan, 16, yang popular dengan gelaran ‘Manusia Kalkulator’ mengakui popularitinya menurun selepas program itu tamat.

Bagaimanapun, dia akur dengan situasi itu kerana ketika itu perlu fokus kepada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Katanya, dalam tempoh itu dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan.

“Selepas AGT3, saya terus mencari platform untuk mengetengahkan lagi bakat, tapi dalam masa sama perlu fokus kepada PT3.

“Saya cuma sempat jayakan beberapa tawaran persembahan dan selebihnya terpaksa ditolak. Hanya selepas tamat barulah saya sambung cari peluang sendiri semula.

“Ia secara tidak langsung memang membuatkan populariti saya menurun. Bagaimanapun, saya tidak putus asa mencari idea baru,” katanya.

Yaashwin mengakui bukan mudah meneruskan bakat dalam bidang itu setiap kali membuat persembahan dan dia reda jika tidak dapat menghiburkan semua.

“Ia memerlukan saya bercakap sepanjang masa apabila membuat persembahan. Maka, saya kena cari idea yang boleh menarik lagi penonton untuk memberi tumpuan. Saya perlu pelbagaikan idea termasuklah menyuntik unsur jenaka atau apa-apa saja asalkan penonton tidak bosan,” katanya.

Bagi meraih popularitinya semula, Yaashwin juga tidak kisah untuk menyertai program Ceria Megastar tahun ini walaupun namanya sudah dikenali di seluruh dunia.

“Saya sendiri terima tawaran itu kerana saya percaya inilah platform terbaik untuk mendapatkan publisiti semula sebelum melangkah lebih jauh. Jika AGT3 platfrom untuk dikenali seluruh dunia, rancangan ini pula untuk peringkat kebangsaan,” katanya.

Tahun lalu, Yaashwin mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi tempat kedua program pencarian bakat seluruh Asia itu selepas tumpas kepada peserta dari Taiwan, Eric Chien.

Sementara itu, Ceria Megastar mula ditayangkan jam 9 malam ini di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631) juga turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

Dihoskan Nabil Ahmad dan Raja Azura, pelakon Zizan Razak dan penyanyi Ernie Zakri dilantik sebagai juri tetap.

Penasihat Persembahan bagi musim kali ini ialah guru vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat dan koreografer dan penari terkenal, Alam Wakaka serta juara Ceria Megastar 2018, Chubb-E.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x