Trishya & Co adalah sebuah jenama barangan kemas Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran emas, berkat pendekatan unik dan komitmennya terhadap kualiti kraf tangan. Diasaskan bersama oleh Datin Dr. Raskidah Ali dan Nayli Batrishya Norbik Bashah, jenama ini merupakan refleksi kepada gabungan identiti dan warisan budaya Malaysia melalui rekaan barangan kemas unik disamping menggalakkan literasi kewangan dalam kalangan belia.
Nayli Batrishya, yang merupakan pengasas bersama, terinspirasi untuk mencipta jenama ini setelah melihat potensi untuk mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916. Dengan menggabungkan elemen budaya Malaysia dalam setiap rekaan, Trishya & Co bertujuan untuk menarik minat pelanggan yang sentiasa mencari sesuatu yang unik dan bermakna.
Lahir daripada keinginan untuk mencipta barangan kemas dwifungsi yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan tetapi juga sebagai pelaburan. Datin Dr. Raskidah Ali, terinspirasi dari pengalamannya dan keperluan akan barangan kemas yang berkualiti dan ditempah khas, membayangkan sebuah jenama yang menawarkan potongan unik yang menjadi simbol dan mencerminkan keunikan warisan budaya Malaysia, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pelancong dan peminat barangan kemas.
Bersesuaian dengan tema “Where Passion Meets Precision, Adorn Yourself in Artisanal Jewels,” salah satu ciri menonjol Trishya & Co adalah tumpuannya kepada barangan kemas emas yang ditempah khas. Setiap potongan dicipta dengan perhatian teliti kepada detail, membolehkan pelanggan memperibadikan pilihan mereka.
Koleksi ikonik Trishya & Co, “Links of Malaysia (LOM),” menampilkan loket pesona yang diinspirasikan daripada makanan tempatan dan simbol budaya, seperti bahulu, kuih lapis, durian, wau bulan, dan gong. Direka untuk disuai padan dengan gelang tangan gelung melalui gabungan unik elemen budaya dan rekaan trendy ini bukan sahaja meningkatkan hubungan emosi pelanggan dengan barangan kemas tetapi juga memposisikan Trishya & Co sebagai pembekal identiti Malaysia.
Mengenali kepentingan pendidikan kewangan, Trishya & Co telah memperkenalkan pelan simpanan emas yang disasarkan kepada golongan belia. Disamping memupuk budaya menabung dan kesedaran kewangan, inisiatif ini menggalakkan pelaburan emas dilakukan secara bijak. Dengan pilihan tawaran tempahan bermula serendah RM200 dalam tempoh simpanan antara enam hingga dua belas bulan, pelan ini membolehkan pelanggan beransur-ansur mengumpul barangan kemas emas dan memiliknya selepas tamat tempoh simpanan, menjadikannya pilihan pelaburan yang mudah diakses.
Seperti banyak permulaan, Trishya & Co tidak terlepas daripada cabaran, wujud dalam era pandemik pelbagai cabaran ditempuhi termasuklah dalam mendapatkan modal dalam membiayai operasi dan kualiti produknya. Sokongan daripada pelabur luar dan rakan-rakan, yang membolehkan mereka mengatasi halangan ini dan menumpukan perhatian pada penciptaan barangan kemas berkualiti tinggi sehingga kini.
Trishya & Co juga tidak hanya tertumpu pada pasaran tempatan; malah terus berkembang ke peringkat global. Penyertaan rakan niaga dan pendedahan dalam pameran fesyen utama dari semasa ke semasa, seperti yang diadakan di London, akan mempertingkatkan dan mengiktirafkan lagi kedudukan jenama Trishya & Co sekaligus mengangkat jenama Malaysia khususnya ke pentas global dengan memperkenalkan rekaan yang bercirikan Malaysia kepada dunia.
Kecemerlangan Trishya & Co dan komitmennya terhadap kualiti dan inovasi turuf mendapat penfiktirafan dimana terbaharu telah dianugerahkan gelaran ‘Custom-Made Jewellery Brand of The Year 2023’ di Anugerah IDEA (Islamic Distinguished Entrepreneur), satu pengiktirafan terhadap dedikasi dan hasil kraf tangannya yang luar biasa. Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti jenama tetapi juga berfungsi sebagai motivasi bagi pasukan untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Koleksi Terbaru: 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery)
Meneruskan kesinambungan, terkini Trishya & Co melancarkan produk terbaru mereka yang dikenali sebagai 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery). Tanggal 27 Julai 2024, sekali lagi membuktikan komitmen jenama dalam mencipta barangan kemas berkualiti tinggi buatan tangan, sambil terus memperkasakan budaya Malaysia.
Koleksi 9KJ by Trishya & Co menampilkan barangan kemas yang diperbuat daripada emas 9-karat dengan rekaan 916, menawarkan keseimbangan antara ketahanan dan kemampuan. Dengan pelancaran koleksi ini, Trishya & Co yang menyasarkan jualan RM10juta berharap ianya dapat menarik perhatian pelanggan yang mencari variasi pilihan barangan kemas yang elegan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Menurut Datin Dr. Raskidah Ali, bak kata pepatah, “Alah membeli menang memakai” diibaratkan seperti emas 916, perbezaan antara 9K adalah terletak pada mutu kandungan karat dan komposisi logam. Emas 916, juga dikenali sebagai emas 22-karat, mengandungi 91.6% emas tulen dan 8.4% logam lain seperti tembaga atau perak.
Kandungan emas yang tinggi menjadikan emas 916 lebih bernilai dan memberikan warna kuning yang lebih cerah. Emas 916 sering digunakan dalam pembuatan barangan kemas dan dianggap sebagai pilihan yang baik untuk pelaburan kerana nilai emasnya yang tinggi dan kestabilan harga.
Sebaliknya, emas 9K atau dikenali dengan 375 mengandungi 37.5% emas tulen dan 62.5% logam lain. Ini menjadikannya lebih murah berbanding emas 916, dan kurang nilainya. Namun, emas 9K lebih tahan lasak dan biasanya digunakan untuk barangan kemas yang lebih moden dan bergaya, tetapi dengan nilai pelaburan yang lebih rendah berbanding emas 916.
Tambahnya, dalam memilih antara emas 916 dan 9K, pelanggan perlu mempertimbangkan tujuan pembelian mereka. Jika tujuan utama adalah pelaburan dan nilai jangka panjang, emas 916 adalah pilihan yang lebih baik. Namun, jika pelanggan mencari barangan kemas yang lebih berpatutan dan moden, emas 9K mungkin lebih sesuai.
Beliau yang ditemui di Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Appresiasi by Trishya & Co, berlokasikan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, turut menyatakan keterujaan dan kesyukuran dimana produk 9KJ telah berjaya membuat kutipan jualan RM1.3juta sebelum pelancarannya pada malam ini.
Menambah kehangatan, majlis dimeriahkan dengan penampilan beberapa artis jemputan antaranya Haqiem Rusli dan Fiq AF, yang menyanyikan lagu-lagu menarik. Selain itu, pelbagai Anugerah Apresiasi turut disampaikan, termasuk anugerah utama untuk Agen Terbaik di antara negara, yang dianugerahkan kepada Malaysia, Singapura, dan Indonesia.
Turut hadir Dato’ Prof. Dr. Norbik Bashah Bin Idris, Seniwati Datin Maria Arshad, rakan/ajen niaga Trishya & Co, tetamu jemputan dan para media menyaksikan peragaan mempersona koleksi-koleksi barangan kemas terbaharu 9JK by Trishya & Co.
Falsafah reka bentuk di sebalik 9KJ diilhamkan daripada rekaan 916 menggabungkan motif tradisional Malaysia dengan gaya kontemporari dengan tambahan elemen lain (batu, berlain dll). Setiap potongan direka dengan perhatian yang teliti kepada detail, memastikan bahawa ia bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori yang cantik tetapi juga sebagai representasi warisan Malaysia. Koleksi ini dijangka merangkumi pelbagai item seperti kalung, gelang, dan anting-anting, semuanya direka untuk menarik minat pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Trishya & Co telah membina reputasi dalam penghasilan kraf tangan yang luar biasa dan berkualiti. Pelancaran koleksi 9KJ tidak terkecuali, kerana jenama ini terus mengekalkan standard tinggi dalam pembuatan barangan kemasnya. Setiap potongan dalam koleksi 9KJ menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat untuk memastikan ia memenuhi jangkaan pelanggan yang berpuas hati.
Selaras dengan misi untuk menggalakkan literasi kewangan, Trishya & Co terus mendorong golongan muda dalam memupuk persepsi melalui pemilikan barang kemas emas sebagai satu bentuk pelaburan. Pelancaran koleksi 9KJ sejajar dengan pelan simpanan emas mereka yang sedia ada, yang membolehkan pelanggan melabur secara ansuran dalam pembelian produk emasnya. Inisiatif ini bertujuan untuk mendidik belia tentang nilai emas sebagai aset yang nyata sambil menawarkan perhiasan yang berkualiti untuk diragai mahupun dihargai.
Pelancaran koleksi 9KJ by Trishya & Co menandakan perkembangan positif bagi jenama ini, yang terus mengembangkan sayapnya dalam pasaran barangan kemas emas melalui gabungan seni, warisan budaya, dan pendidikan kewangan dalam mencipta sesuatu yang unik dan bernilai.
Dengan komitmennya terhadap rekaan yang berkualiti, reka bentuk inovatif, pelan simpanan emas yang bijak, dan aspirasi untuk meneroka pasaran global, Trishya & Co tidak hanya mencipta barangan kemas, tetapi juga membina legasi yang mencerminkan keindahan dan kekayaan budaya Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.