[ad_1]
PUTRAJAYA, 20 MAC 2021 – Pengasas Birdnest Beauty Solution, Norshahila Ahmad hari ini melancarkan dua produk baharu di bawah rangkaian produk keluaran Birdnest Beauty Solution.
Majlis gilang-gemilang ini menampilkan artis terkenal tanah air, Bell Ngasri dan juga Azza Elite sebagai pengacara majlis yang bertemakan tradisional melayu turut dihadiri seramai 250 orang terdiri daripada stokis dan juga team ejen BBS.
Jenama BBS ini yang terkenal dengan taglinenya, ‘Makin calit makin cantik’ sejak 2018 lalu, sehingga kini telah menghasilkan 13 produk termasuk dua produk baharu iaitu set Go To Glow (G2G) yang ke-12, manakala Banana Milk Yogurt Soap ke-13.
Menurut Norshahila, produk terbaharu ini dihasilkan atas faktor tertentu terutamanya dalam memudahkan dan membantu pengguna di luar sana memiliki set penjagaan kecantikan lengkap pada harga mampu milik.
Jelasnya, meskipun produk ini masih belum dilancarkan sebelum ini beliau sangat terkejut dengan permintaan yang sangat tinggi terhadap kedua-dua produk ini dimana G2G telah terjual sebanyak tiga ribu set, manakala banana milk yogurt soap pula terjual lebih dari 60 ribu buku dalam tempahan awal (preorder) daripada stokis dan ejen.
“Saya mensasarkan jualan kami akan mencapai sehingga 20 ribu set G2G terjual tahun ini dan sebanyak 3 juta buku terjual untuk banana milk yogurt soap menjadikan jumlah jualan keseluruhan mencecah sehingga hampir RM30 juta,” jelas Norshahila.
G2G dilengkapi dengan Birdnest Propolis Collagen Soap, Poreless Magic Toner, Day Whitening, dan juga night repairing cream.
Selain pelancaran produk baharu, majlis gilang-gemilang ini turut diadakan bertujuan menghargai segala sokongan dan juga kepercayaan yang diberikan oleh semua ‘keluarga’ BBS.
“Majlis ini sebenarnya telah dirancang untuk diadakan pada tahun lalu lagi, tapi disebabkan kekangan PKP, kami menghormati keputusan kerajaan dan bersyukur akhirnya majlis ini dapat direalisasikan. Sesungguhnya, kita merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih besar,”jelasnya.
Sebagai menghargai usaha keras stokis dan juga ejen BBS, Norshahila turut menyampaikan beberapa hadiah yang terdiri daripada tiket umrah, wang tunai, barang kemas, dan banyak lagi buat mereka yang terpilih.
Dalam pada itu, Norshahila turut mengajak wanita mahupun lelaki yang ingin sama-sama berkongsi rezeki untuk turut serta menjana pendapatan dengan menjual rangkaian produk beliau.
“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan BBS bermula sebagai dropship tanpa modal dan akan dibimbing oleh leader masing-masing. HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material marketing seperti gambar dan video, billboard, program TV dan banyak lagi.
Tambah beliau, ada stokis yang berjaya capai jualan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan, dan ingin melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.
Pada majlis ini juga dapat disaksikan penyampaian hadiah kepada 24 stokis/ejen yang berjaya mendapat jualan tertinggi bernilai dari RM30,000 hingga RM895,000. Tempat pertama disandang oleh Norlida Hisham dengan jualan tertinggi RM895 ribu diikuti Mohd Izuwan Zolkply RM880 ribu dan Noorsuzila Md Rus RM800 ribu.
“Kami menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti setiap ejen yang berjaya capai jualan sasaran tahun 2021, termasuk kereta mewah Vellfire, emas dan banyak lagi.
Senarai Penuh Penerima Anugerah Penghargaan Birdnest Beauty Solution dengan Jumlah Jualan Stokis/Ejen
| 1. Norlida Hisham | RM895,000 |
| 2. Mohd Izuwan Zolkply | RM880,000 |
| 3. Noorsuzila Md Rus | RM800,000 |
| 4. Siti Ruziana Muharam | RM715,000 |
| 5. Noorshuhadah Ahmad | RM650,000 |
| 6. Norazilla Hafsah Bahari | RM445,000 |
| 7. Azlinawati Muhamad Zahuddi | RM449,000 |
| 8. Siti Khadijah Abdullah | RM403,000 |
| 9. Nor Fatihah Ngah | RM378,000 |
| 10. Wan Nur Maisara Wan Yusuf | RM248,000 |
| 11. Noor Aliza Hamin | RM245,000 |
| 12. Latifah Lahhuma | RM222,000 |
| 13. Noradilah Zulkifli | RM212,000 |
| 14. Gazali Mudin | RM212,000 |
| 15. Norhayati Ahmad Bakir | RM156,000 |
| 16. Sabrina Edora Abdullah | RM133,000 |
| 17. Sharmila Shukor | RM123,000 |
| 18. Norlianti Ahmad | RM118,000 |
| 19. Faiz Fini | RM100,000 |
| 20. Rosnita Zainan | RM 94,000 |
| 21. Nur Aslima Bujang | RM 60,000 |
| 22. Kasmawati Kamarudin | RM 57,000 |
| 23. Hafiq Haiqal | RM 30,000 |
| 24. Saonah Adman | RM 30,000 |
Untuk maklumat lanjut sila layari
[ad_2]
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.