Saprah KL sekali lagi menjadi saksi kepada sebuah pelancaran eksklusif yang penuh rasa, suara, dan jiwa, menandakan kemunculan rasmi single terbaru daripada trio vokal popular Malaysia, 4Forty, berjudul “Cinta Sampai Akhir”.
Inisiatif ini dianjurkan oleh Cloudworks Entertainment, syarikat pengurusan dan penerbitan muzik yang ditubuhkan pada tahun 2011 ini kini semakin kukuh pengaruhnya di rantau Asia Tenggara. Acara istimewa itu menarik kehadiran ramai pihak media, pemimpin industri hiburan serta para peminat muzik tempatan.
4Forty yang kini dianggap gabungan simbol keharmonian vokal dan mutu seni yang tinggi, dianggotai oleh Adeep Nahar (bekas The Fabulous Cats), Luqman Hakim, dan Mohd Fakhiz (bekas Enquire). Di bawah naungan Cloudworks Entertainment, kumpulan ini terus memukau dengan persembahan menggugah perasaan dan melodi yang relevan sepanjang zaman.
Malah, pelancaran single ini menyaksikan kolaborasi luar biasa dengan tiga Diva terkenal tanah air — Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir — masing-masing menyerlahkan keunikan dan kekuatan vokal mereka dalam persembahan langsung yang menghidupkan lagi lagu “Cinta Sampai Akhir”.
Majlis dimulakan dengan tayangan perdana dua video muzik “Cinta Sampai Akhir” dan “Bintang”, diikuti oleh persembahan secara langsung yang menggabungkan 4Forty bersama Jaclyn Victor. Menambahkan kehangatan, 4Forty turut mempersembahkan lagu “Bintang”, single pertama mereka yang dilancarkan lebih awal pada 15 Ogos lalu, bersama Noryn Aziz.
Tidak ketinggalan, lagu duet bersama Dina Nadzir yang bertajuk “Salahku Mengalah” hasil ciptaan Dina Nadzir sendiri bersama Adeep Nahar dan Revo Marty yang bakal dilancarkan pada bulan September atau Oktober akan datang, menambah lagi koleksi karya mereka yang dinanti-nantikan.
Menurut kenyataan ahli kumpulan 4Forty, lagu “Cinta Sampai Akhir” ciptaan Azlan Abu Hassan membawa mesej mendalam mengenai cinta sejati dan kesetiaan yang kekal. Mereka turut mengucapkan penghargaan kepada Cloudworks Entertainment kerana memberi kepercayaan dan ruang untuk mereka membina visi seni yang bermakna.
Bercakap tentang Cloudworks, pengasasnya, Aszuad Zakaria, berkongsi bahawa matlamat besar mereka adalah untuk memperjuangkan lagu dan artis tempatan yang mempunyai visi dan bakat luar biasa. Katanya, “Cinta Sampai Akhir” bukan sekadar lagu baru, tapi lambang penghargaan kami terhadap usaha keras artis Malaysia membina muzik yang tahan lama dan memberi impak.” Kata-kata ini jelas mengetengahkan betapa pentingnya sokongan industri dalam menjadikan bakat tempatan terus bersinar.
Pelancaran ini turut mendapat sokongan daripada MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Malaysia, dua badan utama yang aktif dalam memperkukuh pembangunan ekonomi kreatif negara. Melalui bantuan dana, latihan professional dan sokongan promosi, mereka memainkan peranan penting mengangkat bakat seni tempatan agar mampu bersaing bukan sahaja di pasaran domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab bersama wakil media, persembahan foto rasmi, dan sesi ramah tamah yang memberi peluang para tetamu bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan artis-artis yang terlibat. Acara ini bukan sahaja meraikan pelancaran single terbaru 4Forty tetapi juga meneguhkan komitmen kolektif bagi memajukan industri hiburan tanah air yang semakin berkembang.
Cinta Sampai Akhir kini sudah dilancarkan dan muzik videonya boleh ditonton di platform digital. Kalau anda penggemar balada penuh emosi, lagu ni wajib masuk dalam playlist anda.
“Cinta Sampai Akhir” bukan sekadar love song. Ia adalah anthem tentang commitment dan loyalty – something we all need di zaman swipe left-right ni. Trust me, rhythm-nya catchy, vokalnya on point, dan music video-nya worth tonton 10 kali!
Jadi, what are you waiting for? Scroll YouTube, cari “Cinta Sampai Akhir” dan tekan subscribe. Tag kawan-kawan, komen“Cinta Sampai Akhir is🔥”, dan share di Instagram Stories. Together, kita boost industri muzik Malaysia ke next level!
Jangan lupa juga untuk check out single “Bintang” bersama Noryn Aziz hasil ciptaan Imran Ajmain dan lirik Zubin Zainal, serta nantikan lagu ‘Salahku Mengalah’ bersama Dina Nadzir yang akan datang tidak lama lagi!
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.