Dansa Dan Sing, Temui K-Clique, Dayang, Zamani & Ramai Lagi!

[ad_1]

Program tarian dan nyanyian popular, Dansa Dan Sing bakal memasuki konsert suku akhir Ahad ini.

Selain persembahan dari para peserta, Konsert minggu ini juga akan dimeriahkan oleh barisan artis popular tanah air.

Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah Dayang Nurfaizah, Amelina, Baby Shima, K-Clique, Zamani, Mimi Fly dan ramai lagi.

Setiap artis bakal membuat kejutan menerusi segmen berbeza yang sudah tentu menambah kehangatan pertandingan itu.

Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

 

[ad_2]

Source link


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Asian Youth Festival 2026: Malaysia’s Cultural Epicenter for Youth

Adeep Nahar & The Brownsu Release “Ini Aku (Lelakimu)”

Bola dan Impian: Starlight’s Bold First Move