Dari Layar Perak Ke Realiti Maya, Studio Kembara Terus Melangkah

Studio Kembara sekali lagi tampil mengorak langkah dengan bunga terbaharunya mencipta sejarah berlainan bidang dari perfileman ke industri Permainan Digital dan “Virtual Reality” dengan termaterinya Perjanjian Kerjasama bersama Univrse Interactive Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Terdahulu, sedia maklum filem yang mencipta fenomena dan sejarah bagi industri perfileman di Malaysia “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ terbitan Studio Kembara yang menelan kos perbelanjaan RM8 juta telah berjaya meraih kutipan terbesar sekaligus memecah rekod pungutan tertinggi bagi filem Melayu berjumlah RM96 juta.

Siapa sangka dari layar perak kini ke realiti maya, bersesuaian dengan visi dan matlamat Studio Kembara bagi menghasilkan produk hiburan bermanfaat yang bukan sahaja menghiburkan malah mampu memberikan pengetahuan dan pengajaran kepada pengguna alam maya seluruh dunia yang mempertengahkan budaya dan seni mempertahankan diri tradisional Melayu, Silat khususnya.

Menurut Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali, selain memupuk golongan muda terutamanya yang lebih cenderung dan banyak menghabiskan masa di dalam dunia digital ini agar lebih bermanfaat, mendidik sekaligus secara tidak langsung menggalakkan mereka meminati dan menceburi ilmu persilatan agar ianya sentiasa kekal relevan walau di era moden ini,” katanya.

Seiring dengan era metaverse yang semakin diminati dan lebih lama diterokai terutamanya di luar negara, Studio Kembara juga mahukan ianya bertapak dan dikenali di Malaysia dan sebagai permulaan usaha maka tercetuslah kerjasama yang dipersetujui bersama dengan pembelian saham syarikat Univrse Interactive Sdn Bhd sebanyak 30% bersamaan dengan nilai RM1.3 juta bagi tujuan pembangunan dan penghasilan permainan digital mulai 2023.

Kami yakin dan percaya bahawa syarikat tempatan, Univrse Interactive Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dan telah terbukti kejayaannya tersenarai pendek di antara 15 teratas dari 600 syarikat permula (start-up) yang kini sedang melalui fasa kedua ‘My Startup Pre Accelerator Programme’ selain berjaya memenangi tempat ketiga di Hong Leong Bank Hackaton tahun 2022 ini mampu melaksanakan usaha kerjasama ini dengan jayanya kelak.

Beliau ditemui pada majlis sidang media perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Abdul Rahman Mat Dali dengan Ketua Pegawai Eksekutif Univrse Interactive Sdn. Bhd., Mohd Hezri Amir Abd Latiff disaksikan bersama antaranya Pengarah Beyond4 Sdn. Bhd., Cheong Hom Tai dan Shaharudin Mat Dali selaku Penerbit Studio Kembara yang berlangsung di ibu pejabat Beyond4, Menara HLX, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, bidang yang mempunyai potensi yang begitu besar dengan perisian kandungan digital yang bakal disajikan dan diperluaskan secara global ini mampu bersaing dan menarik minat pengguna selain mempelajari dapat juga mengenali dengan lebih dekat figura atau tokoh-tokoh persilatan negara, penggunaan serta fungsi pelbagai senjata digunakan dan tidak ketinggalan memperkenalkan budaya bangsa Melayu itu sendiri ke persada dunia.

Sementara itu, Hezri Amir memaklumkan pembangunan dan penghasilan permainan digital kini sedang dalam perangkaan dan dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum akhir tahun 2023, dimana kami terlebih dahulu akan menghasilkan beberapa slot permulaan mengikut peringkat sehinggalah siap sepenuhnya.

Ditanya dari segi pemasaran kelak, disinilah kepakaran Syarikat Beyond4 ditagih dengan kepakarannya dalam menyelesaikan masalah abad-21 dengan penyelidikan dan inovasi yang sentiasa berusaha menjadikan Asia Tenggara sebagai kuasa global berinovasi selain kenalan pelbagai sektor perkhidmatan di serata dunia.

Mengulas lanjut, Cheong Hom Tai optimis dengan penyelesaian digital bersepadu kami yang sentiasa memperkasakan orang ramai mencapai potensi sebenar mereka dengan memberi inspirasi kepada kreativiti dan menghidupkan idea yakin akan dapat membantu dan menyokong usaha Univrse dan Studio Kembara memperluaskan pasaran ke peringkat tertinggi.

“Kami berdedikasi untuk memastikan keperluan akses kepada sumber digital yang diperlukan bagi menyokong kemajuan perniagaan dan menentukan jalan yang terbaik. Kepakaran luas pasukan kami akan membantu dalam membangunkan laluan transformasi yang jelas memenuhi kehendak dan matlamat,” jelas Cheong Hom Tai.


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026