Dekorasi Laman Untuk Komuniti

[ad_1]

SIAPA yang tidak suka melihat suasana tempat yang cantik dan menarik terutama pada ruang kosong dan terbiar.

Justeru, bagi mereka yang berminat untuk melihat ruang kosong itu melalui proses perubahan, ia boleh disaksikan dalam program Projek Laman Urban.

Program majalah bertemakan deko laman komuniti ini disiarkan RTM menerusi saluran TV Okey bermula Januari lalu.

Pengarahnya, Farizah Zahari atau Jaja berkata program Projek Laman Urban itu unik kerana mencantikkan ruang kosong.

“Sebenarnya di mana saja kawasan awam, pasti ada ruang kosong yang terbiar tanpa dibuat dekorasi yang cantik.

“Sama ada sekolah, pusat jagaan warga emas, kawasan kediaman dan dewan serba guna, saya yakin ada ruang kosong yang tidak digunakan.

“Contohnya kawasan sudut terbiar dan kosong kerana tiada ilham untuk mencantikkannya,” ujar Jaja.

Justeru, program Projek Laman Urban memberi peluang kepada penonton melihat proses pengubahsuaian dilakukan.

“Daripada ruang kosong terbiar, dengan kerjasama ilham dibincang akhirnya tempat itu menjadi cantik.

“Apabila sudah berubah menarik, pasti ia akan menarik ahli komuniti di kawasan itu menggunakannya untuk menjalankan pelbagai aktiviti,” katanya.

Menurut Jaja, bagi membantu pelaksanaan aktiviti dekorasi sesuai ia akan dibantu pengacara, Adrianta Aziz.

“Adrianta arkitek berpengalaman yang akan berkongsi pandangan dan idea dekorasi menarik.

“Turut diambil kira pandangan orang ramai atau masyarakat setempat untuk aktiviti sesuai,” katanya.

Sehubungan itu, program Projek Laman Urban yang mempunyai 13 episod akan disiarkan selama 30 minit.

Antara lokasi terpilih di sekitar ibu kota dan Selangor ialah Pusat Tahfiz Ilmi, Kampung Orang Asli Temuan, Taman Tasik Wawasan, Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan beberapa tempat lain lagi.



[ad_2]

Source link

Related posts

Asian Youth Festival 2026: Malaysia’s Cultural Epicenter for Youth

Adeep Nahar & The Brownsu Release “Ini Aku (Lelakimu)”

Bola dan Impian: Starlight’s Bold First Move