Demam Piala Dunia FIFA 2022 masih hangat dirasai di serata dunia, sehubungan itu Coca-cola dan McDonald’s juga turut bersama merancakkan lagi kemeriahan dengan penganjuran Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke 2022 yang kini berlangsung dari 21 November hingga 4 Disember 2022 bertempat di hadapan Lot 10, Bukit Bintang.
Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di sepanjang jelajah ini antaranya cabaran menjaringkan gol menentang Robot Penjaga Gawang Fiesta Bola Sepak dengan tiga tahap kesukaran. Lagi susah memburu gol, lagi lumayan hadiah-hadiahnya! Peserta perlu menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol untuk memenangi hadiah.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua tidak kira umur, peserta hanya perlu memaparkan resit pembelian Coca-Cola daripada McDonald’s bagi berpeluang memenangi hadiah menarik seperti jersi Coca-Cola, topi, dan banyak lagi!
Selain daripada menjaringkan gol menentang Robot Penjaga Gawang Fiesta Bola Sepak, ada banyak aktiviti lain yang boleh anda sertai untuk menang lebih banyak hadiah! Terdapat Cabaran Menanduk Bola untuk peserta mencabar diri melompat setinggi mungkin sebelum menjaringkan gol mengatasi tandukan berbisa Ronaldo yang dicapai pada ketinggian 2.56 m. Sekiranya perserta berjaya berbuat demikian, mereka berpeluang memenangi hadiah yang lebih lumayan.
Ada juga aktiviti lain yang boleh anda sertai secara percuma, sama ada berlawan bola sepak dengan PS5 atau berseronok dengan berlawan bola sepak meja Coke. Peserta dijemput untuk mengajak rakan-rakan bermain bersama atau mencabar pemain lain dalam siri perlawanan pendek.
Anda perlukan suasana yang menarik untuk disiarkan di media sosial? Jangan bimbang, kami ada sediakan reruai foto untuk semua hadirin yang datang menangkap momen indah anda dengan prop yang menghiburkan. Siarkan gambar anda di media sosial dan tag @cocacolamy beserta tanda pagar #myCokeFiestaTour untuk dapatkan minuman Coke Zero secara percuma.
Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke 2022 dengan dua buah Trak Coke bakal menjelajah ke seluruh Malaysia bermula dari 18 November hingga 11 Disember 2022. Lokasi Trak Coke yang seterusnya adalah di daerah Kajang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di Trak Coke bertempat di restoran McDonald’s Pandu-Lalu yang terpilih dari hari Jumaat sehingga Ahad. Sertai peraduan dan cabaran menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk memenangi hadiah yang hebat. Ikuti McDonald’s di laman sesawang https://www.facebook.com/My.McDonalds/ untuk mengetahui lokasi Trak Coke yang seterusnya!
Pengguna media sosial juga tidak ketinggalan berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya,satu unit PS5, Jersi Coca-cola dan jersi rasmi FIFA dalam cabaran “Juggle for Glory” Instagram Filter. Dimana peserta hanya perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan Instagram filter tersendiri yang harus digunakan ketika merakamkan video anda sedang menimbang atau menanduk objek yang muncul di atas kepala seterusnya memuat naik video pada suapan (feed) masing-masing dengan menggunakan hashtag #myCokeFiestaTour serta tag @cocacolamy.
Peraduan ini berlangsung dari 18 November hingga 19 Disember 2022. Layari https://cokefiestatour.com/ untuk mengetahui tentang peraduan ini dengan lebih lanjut.
Bukan itu sahaja, terdapat kempen kitar semula yang dijalankan seiring dengan aktiviti dimana hadirin yang datang akan menerima setin air coke apabila mengitar semula 3 tin kosong atau botol plastik. Kempen kitar semula ini sedang berlangsung sejajar dengan Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke dan di lokasi Trak Coke di cawangan McDonald’s terpilih.
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.