Penyanyi dan bintang Big Stage 2019, Neeta berkongsi kenangan ketika bertemu penyanyi Hollywood kegemarannya, Taylor Swift.
Menurut Neeta, dia berpeluang berjumpa dan mengambil gambar bersama Taylor di belakang pentas atas bantuan ibu Taylor sendiri.
“Kami sepatutnya ada sesi ‘meet&greet’ tetapi tak jadi, kemudian saya berjalan di belakang pentas dengan harapan akan bertemu dengannya.
“Di hujung satu lorong, saya ternampak ibu Taylor iaitu Andrea, saya pergi kepadanya, Andrea bawa kami ke betul-betul belakang pentas, kami pun berbual.
“Ada tangga kecil, semua penari turun di situ, kemudian Taylor turun dengan hanya memakai selipar, sangat santai. Saya terpegun, dia ada ucapkan terima kasih, kami ambil gambar selepas berbual. Selepas itu, saya balik bilik meloncat macam baru jumpa jodoh!” tulisnya di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Neeta turut berasa teruja membaca perkongsian itu.
Nokomen.com | Berita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia
PERINGATAN: Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.