Pelancaran Karyawan Football Club & Single ‘Majnun’ – Azmi Saat

Pada 11 Ogos 2024, dua acara penting telah berlangsung di hadapan panggung wayang ikonik, Coliseum, sempena program Santai Seni@TAR. Acara utama adalah pelancaran pasukan bola sepak dan jersi rasmi Persatuan Karyawan Malaysia, “Karyawan Football Club”, serta pelancaran single terbaru “Majnun” oleh penyanyi solo Azmi Saat dari kumpulan Caliph Buskers.

Pelancaran Pasukan & Jersi Karyawan Football Club

Menurut Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez, dahulu Karyawan mempunyai biro sukan yang aktif dan menerima pelbagai jemputan perlawanan persahabatan dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, terutamanya pasukan bola sepak dan boling.

Namun, aktiviti ini terhenti agak lama disebabkan pelbagai keadaan, terutamanya semasa pandemik beberapa tahun lalu. Hairee Kool, selaku kapten dan koordinator pasukan, mencadangkan agar pasukan bola sepak diaktifkan semula dengan mengemukakan barisan pemain hebat yang terdiri daripada para selebriti.

Dalam masa yang sama, mereka turut menjemput rakan-rakan rapat Karyawan yang merupakan ikon bola sepak negara, iaitu Dato’ Dollah Salleh, Dato’ Subadron Aziz dan Faiz Subri “PUSKAS”, sebagai penasihat pasukan dan akan turut membuat penampilan dalam mana-mana siri perlawanan yang bersesuaian.

“Pasukan ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara artis sambil menjalani aktiviti sihat. Ia juga merupakan ruang bagi para peminat untuk bertemu pemain-pemain selebriti di padang bola,” tambah Hairee Kool.

Senarai pemain yang akan mewakili pasukan Karyawan Football Club (KFC) adalah Hairee Kool, Lan Zainal, Raja Izzuwin, Riyad, Taufik Khan, Along Jeff, Betto Khai, Daniel, Meerqeen, Riot Kool, Tony Tuah, Aidil Aziz, Hasnol, Shah Slam, Johan Raja Lawak, Wan, Anye Yassin, Shahrul, Azrul, Osama Yamani dan Mamak Raja Lawak.

Pasukan Karyawan Football Club menerima tajaan dari Panca Abadi Automobil Sdn Bhd dan sokongan jenama selipar premium ANH. Mereka menerima bayaran token untuk perlawanan persahabatan, dan sebahagian daripadanya akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Karyawan untuk membantu artis yang memerlukan.

Bagi sesiapa yang ingin menjemput Pasukan Karyawan Football Club bagi perlawanan persahabatan boleh menghubungi terus Koordinator pasukan iaitu Hairee Kool di talian 01164595069.

Kebiasaannya kami akan mengenakan Fee dalam kadar tertentu sebagai bayaran token kepada pemain selebriti ini dan beberapa persen akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Karyawan , bagi membantu artis yang uzur dan menghadapi masalah.

“Kami mahu terus berseni dengan badan yang lebih sihat”

Dato Freddie Fernandez

Azmi Saat Kembali Dengan Single “Majnun”

Selepas dua tahun menyepi dari dunia muzik, Azmi Saat kini kembali dengan single terbaru bertajuk “Majnun”. Lagu ini membawa penjelasan mendalam tentang cinta yang tidak semestinya dimiliki, namun kekal dalam ingatan dan hati.

Single “Majnun” menceritakan tentang penderitaan seseorang yang mencintai tanpa dapat memiliki, menggambarkan keindahan cinta sejati yang kekal walaupun penuh kesakitan. Azmi Saat mengakui beliau telah menyatukan perasaan dan emosi untuk menghasilkan lagu ini dengan penuh penghayatan.

Menurut Pengurus Besar MAPMUSIC, single ini mempunyai aura yang unik dan Azmi Saat merupakan pilihan ideal kerana kemampuannya dalam menjiwai lagu tersebut.

“Majnun” telah dilancarkan pada 19 Julai jam 5 petang lalu dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu ini juga akan tersedia di platform penstriman seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026