Polis terima dua laporan buli jalan raya

[ad_1]

POLIS menerima dua laporan berhubung kejadian buli jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala susur keluar Kota Kemuning, Shah Alam, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kejadian yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki menendang Suzuki Swift yang dipandu seorang lelaki.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 8 malam.

“Kita sudah menerima dua laporan polis daripada kedua-dua pihak pada hari yang sama iaitu pada 9 malam dan keterangan kedua-dua pemandu itu sudah direkodkan.

“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan dan akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis memohon kepada semua netizen untuk tidak menyebarkan video berkenaan dan membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



[ad_2]

Sumber

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

MIMF 2026: Malaysia’s Manufacturing Pivot to Smart Tech

Model PFI: Strategi Gambit-SANDS Atasi Kekangan Fiskal Digital