Raikan Ulang Tahun Pokémon Trading Card Games (TCG) ke-25 Di AEON

Sepanjang tahun 2021 disambut sebagai Ulang Tahun ke-25 Pokémon, dimana 27 Februari 2021 menjadikan tarikh bersejarah bagi peminat Pokémon dalam menyambut ulang tahun keluaran asal Jepun Pokémon Merah dan Hijau serta francais media Pokémon secara keseluruhannya.

Justeru bersempena dengan itu, AEON Malaysia turut sama terlibat meraikannya dengan penganjuran acara Pameran Pokémon TCG yang ke-25 yang telah dilancarkan pada 28 Januari 2022 lalu di AEON MALL Metro Prima, Kepong selaku lokasi pertama.

Ini sekaligus menjadikan AEON Mall Metro Prima sebagai pusat beli belah pertama di Malaysia yang menganjurkan Pameran Pokémon TCG bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25 dimana keseluruhannya 4 lokasi AEON terpilih terlibat.

Lokasi seterusnya telah diadakan di MyTOWNKL, Cheras pada 18 hingga 27 Mac 2022, AEON MALL Bukit Tinggi dari 12 hingga 24 April 2022 serta terbaharu dan yang terakhir di AEON Mall, Shah Alam dari 17 hingga 29 May 2022.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khususnya bagi peminat Pokémon disepanjang pameran ini terutamanya acara Pokémon Trading Card Games (TCG) yang dikhabarkan dianjurkan sekali setiap 5 tahun ini.

Pokémon Trading Card Games (Permainan Kad Dagangan Pokemon”), disingkatkan kepada PTCG atau Pokémon TCG, ialah permainan kad yang boleh dikumpulkan berdasarkan francais Pokémon. Ia pertama kali diterbitkan pada Oktober 1996 oleh Media Factory di Jepun. Sehingga Mac 2021, permainan ini telah terjual lebih 34.1 bilion kad di seluruh dunia.

Peminat juga berpeluang mendapatkan atau melihat sendiri kesemua koleksi kad membabitkan koleksi Pokémon TCG: Celebrations cards, Pokémon TCG: Sword and Shield – Fusion Strike dan Pokémon TCG: Sword and Shield – Evolving Skies.

Bagi penggemar dan pengumpul kad sedia ada, pastikan anda membawa kad Pokémon bersama, sempurnakan koleksi anda dengan membuat penukaran kad pilihan yang turut dianjurkan setiap hari disepanjang pameran ini. Manakala bagi pemula, usah risau! Hadirkan diri atau bersama keluarga dan sertai sesi Tutorial Pokémon Trading Card Games walaupun jika tidak memiliki sebarang kad sekalipun kerana anda bakal dibekalkan dengan Pokémon TCG Fun Pack.

Tidak terhenti disitu, peminat juga turut berpeluang bermain sendiri permainan video terbaharu Nintenda Switch, Pokémon Legend: Arceus serta permainan mesin Pokémon Ga-Olé atau setidaknya membawa pulang pelbagai cenderahati menarik Pokémon yang diterbangkan khas dari Jepun ini.

Manakala si cilik juga berpeluang bertemu serta menyaksikan penampilan sekumpulan Pikachu pada setiap Sabtu dan Ahad yang merangkumi sesi ‘Walkabout’ (3 petang), ‘Meet & Greet’ (6 petang), dan yang paling dinantikan, ‘Dance Show’ (5 petang & 7 petang).

Jadi bagi peminat tegar Pokémon, jangan lepaskan peluang keemasan ini, alami pengalaman baharu yang menyeronokkan seisi keluarga mencipta kenangan bersama disamping membeli belah di AEON Mall Shah Alam. Belanja dan tebus hadiah misteri dengan pembelian RM50 dalam satu resit di Pameran Pokémon TCG ke-25!

Untuk maklumat lanjut,sila layari


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026