Wolves: Gol Jimenez Malukan Spurs

[ad_1]

 

RAUL Jimenez menjaringkan gol kemenangan minit ke-73 ketika membantu Wolverhampton Wanderers (Wolves) bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas Wolves tewas 1-2 kepada Chelsea minggu lalu, Steven Bergwijn menjaringkan gol pertama minit ke-13 sekali gus menyaksikan anak buah Jose Mourinho di depan seketika.

Bagaimanapun pelawat menyamakan kedudukan minit ke-14 menerusi penyerang antarabangsa Ireland, Matt Doherty yang mengambil peluang keemasan kesilapan di benteng pertahanan lawan.

Serge Aurier kembali meletakkan Spurs di depan menerusi rembatan kaki kiri sebelum Diogo Jota menyamakan kedudukan minit ke-57 dan Jimenez mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga untuk Wolverhampton.

Kemenangan itu menyaksikan Wolves menduduki tangga keenam dengan 42 mata selepas 28 perlawanan.

Manchester United pula sekadar seri 1-1 dengan Everton.


Nokomen.com | Berita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

RaceTag AI di Powerman Malaysia 2026: Cari Gambar Larian Lebih Mudah

FIFA Sahkan Status Bergson dan Brad Tapp

JDT Tewaskan Selangor 3-0, Rangkul Piala Sumbangsih 2025