Sambutan Maulidur Rasul 1445H tahun ini menyaksikan pelbagai program dianjurkan dari peringkat kebangsaan mahupun negeri. Tidak ketinggalan, Galeri Raudhah turut sama menganjurkan Perarakan Konvoi Kembara Kasih bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali dan melihat sendiri artifak peribadi Nabi Muhammad SAW yang kami junjung.
Galeri Nur Raudah (GNR) ini ditubuhkan pada awal tahun 2021 ini menyimpan 13 athar peribadi Rasulullah SAW untuk tatapan umum agar dapat lebih mengenali, mencintai dan merindui Rasulullah SAW seterusnya meraih syafaat serta bersama baginda di syurga kelak.
Perarakan Konvoi Kembara Kasih yang berlangsung pada 28 September 2023, disertai ratusan pelbagai kenderaan antaranya motosikal berkuasa tinggi, kereta antik dan moden termasuk juga helikopter berarak membawa barangan Rasullullah SAW simpanan Galeri Nur Raudhah ke beberapa kawasan di Putrajaya sebelum berhenti di Masjid bagi menunaikan solat jemaah Asar sekaligus memberi peluang kepada orang ramai melihat artifak peribadi Rasullulah SAW.
Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi bertempat di Rumah Kasih Nurul Hasanah/Galeri Nur Raudhah diserikan dengan program perlumbaan qasidah kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, dan kategori warga emas, diikuti dengan pertandingan melukis kubah hijau.
Alunan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW bergema disepanjang program sebagai tanda kasih kepada baginda, selain bagi memberkati perjalanan majlis.
Menurut pengasas Galeri Raudhah, Ustaz Md Zawawi Ramli program yang dirasmikan oleh Adun Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet) ini bertujuan bagi memupuk semangat bersatu padu, hidup bahagia, harmoni, berkasih sayang dan saling bantu-membantu antara semua lapisan masyarakat.
“Kita mahu hidupkan amalan sunnah berkasih sayang seperti ditunjukkan baginda Nabi SAW. Kita mahu orang ramai tahu, betapa indahnya hidup berkasih sayang cara nabi, seorang pencinta agung.
“Kita mahu masyarakat hidup dengan Ikuti semua sunnah Baginda Nabi SAW dalam seluruh aspek kehidupan termasuk berkasih sayang, dalam pergaulan, bersahabat, makan minum, sunnah dalam berkeluarga dan sebagainya.
“Sama-samalah kita perbanyakkan membaca sirah nabi, ikuti dan hayatilah ia. Paling mudah, banyakkan berselawat, semoga kita mendapat syafaat baginda dan mendapat rahmat Allah SWT. Keampunan Allah adalah kemuncaknya keredhaan Allah SWT,” katanya.
“Mudah-mudahan, dengan usaha kecil ini, dapat menjentik hati kita untuk melihat betapa indahnya sunnah nabi jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Tenang dapat, pahala pun dapat insya Allah,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.