Pagari Bulan – Kisah Perjuangan ‘Comfort Women’ Tentera Imperial Jepun

Filem Pagari Bulan mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan.

Menyedari kehadiran tentera Jepun dan ancaman yang dihadapi, penduduk kampung yang berkesempatan mula melarikan diri ke penempatan selamat yang telah disiap siagakan. Manakala bagi lelaki diketuai oleh Tok Penghulu terpaksa mempertaruhkan nyawa melindungi kampung serta penduduk yang kebanyakannya didera, dibunuh, dan demi mempertahankan anak-anak gadis yang menjadi sasaran tahanan untuk dijadikan ‘comfort women’ oleh tentera imperial Jepun.

Bulan bersama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga turut ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu sebagai comfort women.

Untuk makluman, ‘Comfort Women’ atau ‘Wanita penghibur’ ialah wanita yang dipaksa menjadi hamba seksual oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II, terutamanya dari negara Asia yang diduduki oleh Jepun termasuk Malaya.

Filem Pagari Bulan terbitan Eleven Field Creative Sdn. Bhd. ini dihasilkan bertujuan memaparkan semangat patriotisme dalam memperjuangkan wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun yang dimainkan tunjuang utama, Nazeera Sardi sebagai Bulan disamping pelakon baharu kelahiran Sarawak, Aniq Durar selaku Leftenan Miura.

Turut dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong, Michael Ang dan ramai lagi muka-muka baharu. Menurut pengarah, Ts Raja Mukhriz, idea filem ini datang dari saya dan Ellyna Ahmad manakala skrip dan lakon layar oleh Siti Jasmina Ibrahim setelah melihat belum ada lagi filem bergenre ‘comfort women’ yang diketengahkan dalam filem tanah air.

Pihak produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd. serta pengedar, Metrowealth mengucapkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINIAS) di atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dianugerahkan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Perlu saya ceritakan, penamat filem ini tidak seperti yang ditonton kerana versi asalnya memaparkan babak Bulan menyertai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) diatas sebab-sebab tertentu. Dimana akhirnya terpaksa dirombak bagi mengelakkan perkara berbangkit”, tambah Ts Raja Mukhriz.

Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.

Jadi, apakah dan bagaimanakah pengakhirannya filem Pagari Bulan ini? Jom sama-sama kita saksikan di lebih 60 pawagam seluruh Malaysia dan Singapura bermula 5 Oktober 2023!


Bahasa: Melayu
Sari Kata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2023
Waktu Tayangan : 2 Jam
Genre: Drama / Sejarah
Pengarah: Ts Raja Mukhriz
Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Produksi: Eleven Field Creative Sdn Bhd
Pengedar: Metrowealth
Pelakon:
Nazeera Sardi (Bulan), Aniq Durar (Leftenan Miura), Trisha Ooi (Sui Li),
Alvin Wong (Kuzawa), Andy Teh (Leftenan Azu), Michael Ang (Ah Leong), Wan Azli Wan Jusoh (Ismail),
Chelsia Ng (Momosan), Laila Nasir (Hasnah), Hazi Juzaili (Nida), Irin Puteri,
Azlan Komeng, Helmy Hakim, Wanji Aswandi, Nik Mazli & Tengku Afzan.



Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026