Buat julung kalinya jenama Mylea dalam sejarah penubuhan telah melancarkan Set Percubaan Jeragat Mylea atau Mylea Daily Essential Kit bersama duta penjagaan kulit Mylea iaitu Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Cheta.
Majlis diadakan pada 12 Disember 2021 lalu secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting yang dihadiri oleh ejen-ejen Mylea dan juga pengguna setia Mylea. Turut sama dalam pelancaran tersebut adalah pengasas Mylea sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana, suami Encik Mohd Fakhrul Razi bersama Encik Khairul.
Pada malam tersebut, Mylea menyasarkan jualan sebanyak RM500K bagi pelancaran Mylea Daily Essential Kit tersebut dan juga pertambahan ejen baru sebanyak 500 orang dan turut menawarkan cabutan bertuah berupa pakej percutian 3 hari 2 malam di Langkawi, gold bar, peralatan elektrik, dan set percubaan jeragat tersebut.
Sedia maklum jenama Mylea sememangnya terkenal dengan kelebihannya menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam sejak tahun 2015 lagi.
Kini 6 tahun dipasaran, pelbagai pencapaian telah dimiliki oleh jenama Mylea antaranya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020),100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.
En. Khairul (Personal Coach)
BACA: Rahsia Che Ta Kekal Jelita Bersama Jenama Mylea
Alhamdulillah walaupun dunia dilanda pandemik Covid19 ramai diuji dengan masalah kewangan yang teruk tetapi Jemaah Mylea (ejen Mylea) dilimpahi dengan rezeki yang sangat mewah oleh Allah SWT kerana kebanyakkan jualan Jemaah mylea meningkat sebanyak 3 hingga 4 kali ganda dari kebiasaan. Ini kerana kekuatan utama Jemaah Mylea adalah menggunakan platform online.
Untuk tahun 2020 sahaja, Mylea telah berjaya mencapai jualan RM21juta dengan hanya penjualan produk Mylea Freckles serum dan Mylea Freckles Bar dan telah membayar hampir RM500K bagi zakat pendapatan. Ini menjadikan Mylea salah satu syarikat yang terbesar membayar zakat di Terengganu. Pencapaian tersebut adalah yang paling luar biasa dalam sejarah Mylea sejak ditubuhkan.
Dek ramai yang terkesan dengan wabak Covid19 yang melanda negara kerana telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi negara menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian dan peluang pekerjaan. Ramai daripada mereka terutamanya golongan wanita yang mengalami masalah kekangan wang tetapi mengidamkan kulit wajah yang cantik, bebas daripada cela jeragat.
Mylea Daily Essential Kit
Tidak hairanlah kerana memang fitrah setiap wanita mengimpikan dan mencintai kecantikan itu sendiri. Maka, Mylea telah mendengar dengan penuh rasa bertanggungjawab dan berbesar hati ingin memberikan manfaat kepada semua pengguna baharu Mylea dengan mengeluarkan Mylea Daily Essential Kit (4 dalam 1) dengan harga mampu milik iaitu bawah RM100 ringgit sahaja.
Set percubaan jeragat ini mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask dan Travel bag dengan harga RM99.00 sahaja. Set ini dikeluarkan dengan harga mampu milik, mudah dan senang dibawah kemana-mana yang mana disertakan sekali dengan travel bag. Sasaran pengguna bagi set ini ialah bagi golongan wanita yang berumur 28 tahun keatas.
Diformulasi dari bahan terbaik dunia bagi merawat masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada) Moist 24 Essence (US), dan Skinmoon (Bionap, Italy) secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia merbahaya pada kulit dengan hanya 7 hari sahaja.
Bagi yang berminat untuk mendapat set ini boleh mendapatkan dengan ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, sila layari ataupun hubungi talian HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu bermula pada 13 Disember 2021.
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.