Kerjasama Luncai Emas & Univrse Interactive Bagi Muzik ‘Empayar: The Melaka Chronicles’

UniVRse Interactive Sdn Bhd berbesar hati mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), bersama Luncai Emas Sdn Bhd bertajuk “A Collaboration In The Music Related Development For Empayar: The Melaka Chronicles Mobile Game”.

Majlis menandatangani perjanjian diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada September 29, 2023 seketika berlangsungnya program industri kandungan digital tahunan, Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang turut disertai pihak UniVRse sendiri.

Turut dihadiri oleh CEO UniVRse Interactive Sdn Bhd – Encik Mohd Hezri Bin Amir, bersama rakan kongsi beliau, Ketua pegawai operasi Univrse Interactive – Norhaizat Bin Zainal Abidin, serta Pengarah pengurusan Luncai Emas – Dato’ Mohamad Nasir Bin Mohamad, serta Pengarah Produksi Luncai Emas – En Mohd Khirin Bin Omar disaksikan Timbalan Presiden Kanan, Pembangunan Industri Digital MDEC, Datuk Ts Fadzli Abdul Wahit dan Penerbit Eksekutif Studio Kembara, Shaharudin Md Dali.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian bersama antara Luncai Emas Sdn Bhd dan UniVRse Interactive Sdn Bhd yang merangkumi pelbagai domain terutamanya dalam landskap hiburan, permainan & digital dalam penghasilan dan pembangunan muzik serta audio latar bagi permainan mobile “Empayar: The Melaka Chronicles” yang akan datang.

“Empayar: The Melaka Chronicles” merupakan sebuah permainan mobile berkonsepkan Role-playing game (RPG) berlandaskan seni kepahlawanan Melayu yang dihasilkan oleh UniVRse Interactive Sdn Bhd, diilhamkan dengan kerjasama Studio Kembara susulan daripada filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’.

BACA: Dari Layar Perak Ke Realiti Maya, Studio Kembara Terus Melangkah

Sehingga kini difahamkan, progres penghasilan “Empayar: The Melaka Chronicles” mencecah 60% dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Sehubungan itu, demi memberikan impak yang lebih berkesan, muzik mahupun audio latar perlu dititikberatkan di dalam apa sahaja produk atau konsep berbentuk hiburan, apatah lagi sesebuah permainan video atau mobile.

Ia meningkatkan penglibatan emosi, keasyikan dan penceritaan, di samping menawarkan maklum balas permainan, mewujudkan suasana dan mengawal rentak. Elemen audio yang boleh dikenali menyumbang kepada identiti permainan dan penglibatan pemain, dan ia boleh menjadi penting untuk kebolehaksesan. Secara keseluruhan, muzik dan audio memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pemain dalam permainan.

Menurut Encik Mohd Hezri Bin Amir, MOU ini mewakili satu peristiwa penting dalam bidang hiburan dan pembangunan kandungan digital, dengan komitmen untuk bukan sahaja menyampaikan gabungan muzik dan teknologi yang luar biasa tetapi juga untuk mempamerkan dan mempromosikan budaya dan warisan Malaysia kepada khalayak global.

Pemilihan Luncai Emas yang ditubuhkan pada 5 Januari 1990, dipimpin oleh penyanyi, pemuzik, komposer, dan penulis lagu terkenal Malaysia, Datuk M. Nasir bertepatan dan bersesuaian dengan kredibiliti individu dan juga Luncai Emas yang sehingga kini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat penerbitan muzik paling berjaya.

Datuk M. NasPengarah pengurusan Luncai Emas – Dato’ Mohamad Nasir Bin Mohamadir

M. Nasir atau sifu dikenali menerusi hasil karyanya pelbagai genre seperti balada nusantara, folk rock dan muzik dunia dengan unsur-unsur semangat, kerakyatan, kemanusiaan, kerohanian dan ketuhanan yang sering menjadi tema lagu-lagunya.

‘Ini merupakan sesuatu yang baru bagi saya yang tidak menjangkakan akan terlibat dalam penghasilan muzik berkonsepkan permainan digital. Sepanjang 40 tahun penglibatan, ingatkan hanya setakat untuk penyanyi, drama televisyen mahupun filem, rupanya masih ada lagi yang menawarkan platfom kreativiti lain…” ujar M.Nasir yang tampak sangat teruja dengan kerjasama penghasilan muzik ini.

CEO UniVRse Interactive Sdn Bhd – Encik Mohd Hezri Bin Amir

Mengakui ini merupakan cabaran baru yang beliau terima dan yakin mampu menghasilkan yang terbaik memandangkan ianya sesuatu yang berlainan berbanding penghasilan muzik untuk filem yang ditayangkan di skrin besar berbeza kini cabarannya bagi pengguna dan pendengar skrin kecil. Impak muzik dan audio yang berkesan perlu diutamakan selain kesempurnaan grafiknya.

Berkongsi lanjut, Mohd Khirin Omar atau lebih dikenali sebagai Keon di dalam ucapannya menyatakan pihaknya masih belum memutuskan berapa lagu atau audio yang akan dihasilkan memandangkan masih dalam proses awal mengenali dan menyelami kehendak dan keperluan permainan ini. Namun yang pasti, satu (1) lagu baru yang akan dijadikan lagu tema akan dihasilkan terlebih dahulu yang diharapkan mampu menjadi identiti “Empayar: The Melaka Chronicles” setiap kali mendengarnya.

Datuk Ts. Fadzli Abdul Wahit, Ketua/Naib Presiden Kanan, Pembangunan Industri Digital di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

‘Selebihnya dari segi muzik latar, seperti sedia maklum bagi setiap permainan digital yang hanya memperdengarkan beberapa saat sahaja muzik atau irama seperti teaser berkemungkinan akan dipetik daripada beberapa buah lagu sedia ada seperti Mentera Semerah Padi yang akan digubah semula samada dari segi irama mahupun lirik mengikut kesesuaian yang diperlukan kelak,’ jelasnya.

Dari segi pemilihan komposer dan penyanyi, masih belum ditentukan memandangkan ianya masih diperingkat awal. Samada saya atau tidak, kita tunggu… jawab M.Nasir bersahaja selain memaklumkan pihaknya turut bakal bekerjasama dengan beberapa komposer muda dalam merealisasikan cabaran ini.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Datuk Ts. Fadzli Abdul Wahit, Ketua/Naib Presiden Kanan, Pembangunan Industri Digital di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

NOKOMEN menaruh harapan yang besar terhadap permainan “EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES” ini! Tidak sabar menantikan kehadirannya, diharapkan mampu memberi kelainan disamping mengharumkan nama Malaysia dipersada global. Inshaa Allaah, Amin.

NOKOMEN.COM

BACA: Dari ‘Empayar: The Melaka Chronicles’ Ke ‘HajjVerse’, Pengembaraan Virtual UniVRse Interactive

Sneak Peek ‘Empayar: The Melaka Chronicles’

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026