Singapura, 1 January 2020 – Pasukan bolasepak kebangsaan Thailand muncul Juara Piala Suzuki AFF 2020 edisi ke-13 selepas menewaskan pasukan Indonesia dengan aggregat 6 – 2 dalam perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi.
Perlawanan yang menarik dan penuh dramatik berkesudahan seri 2-2, menyaksikan Indonesia bermula dengan agak garang dan agresif pada babak separuh masa pertama mendahalui 1-0 hasil jaringan Ricky Kambuaya yang gagal ditangkap sempurna Siwarak Tedsungnoen.
Kebangkitan Thailand mula kelihatan sejurus permulaan babak 45 minit terakhir dengan pertukaran 3 pemain iaitu Phitiwat Sukjitthammakul, Weerathep Pomphan dan Adisak Kraisorn yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

Selang 2 minit kemudian, giliran Thailand mendahului hasil jaringan cantik Sarach Yooyen pada minit ke-56. Indonesia bagaikan hilang arah menyaksikan mereka gagal mengawal permainan sebaik permulaan permainan, namun semangat kental dan kesungguhan anak buah muda Shin Tae-Yong harus dipuji.
Hasilnya, pemain Liga Super Slovak bersama kelab FK Senica, Egy Maulana hasil dorongan cantik Witan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 namun agak terlewat untuk mengubah keputusan akhir.
Ini menyaksikan pasukan kebangsaan Thailand selaku Juara Piala Suzuki AFF 2020 dan menjadikan keseluruhan kejuaraan sebanyak 6 kali (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020).

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

