Memperkenalkan pintu yang disesuaikan mengikut cita rasa, jenama tempatan dengan fokus kepada reka bentuk dan gaya hidup moden – Sendora®
SELANGOR, MALAYSIA – Pemilik rumah hari ini makin cakna dengan aspek ruang yang membentuk suasana dan identiti kediaman masing-masing. Daripada pemilihan lantai hinggalah kepada pencahayaan, setiap perincian dirancang dengan teliti. Namun, pintu sering dianggap sekadar pelengkap elemen asas yang fungsinya membuka dan menutup ruang.
Sendora® hadir untuk mengubah persepsi tersebut, bukan hanya melalui reka bentuk yang unik, malah melalui pendekatan menyeluruh, dengan cara kerja berinteraksi dengan pelanggan, serta memahami keperluan sebenar di sebalik setiap projek.
Perjalanan syarikat bermula pada tahun 2006, bertitik tolak daripada pengalaman secara langsung dalam industri pembuatan dan pemasangan pintu. Pengalaman ini membentuk pemahaman yang mendalam akan cabaran teknikal dan praktikal yang sering dihadapi oleh pemilik rumah serta pemaju hartanah. Pada tahun 2016, Sendora® diwujudkan secara rasmi sebagai suatu jenama, menandakan langkah baharu ke arah bukan sekadar pemasangan pintu, tetapi pengalaman yang lebih bermakna, berfokuskan reka bentuk dan nilai estetik.
Sejak awal lagi, Sendora® tertanya-tanya sebab pintu jarang diberikan perhatian seperti elemen lain dalam sesebuah rumah. Jika jubin, kelengkapan dalaman dan perabot dipilih berdasarkan jenama, reka bentuk serta kualiti, mengapa pintu sering dinilai hanya berdasarkan spesifikasi asas?
Pemerhatian inilah yang mencetuskan satu idea yang ringkas namun bermakna. Pintu bukan sekadar fungsi. Pintu seharusnya mencerminkan personaliti pemilik rumah dan pelengkap sesuatu kediaman.

Bermula daripada Produk Fungsian kepada Elemen Reka Bentuk
Sendora® mengutamakan pendekatan berteraskan reka bentuk, dengan menggabungkan kepakaran teknikal, nilai estetika yang tinggi serta penyesuaian yang bersifat fleksibel mengikut keperluan pelanggan.
Hari ini, Sendora® bekerjasama rapat dengan pemilik rumah, pemaju hartanah dan pereka dalaman yang menitikberatkan perincian serta konsistensi dalam reka bentuk keseluruhan ruang. Pendekatan ini berfokus pada penghasilan pintu yang benar-benar melengkapi konsep sesebuah ruang, bukan sekadar sebagai elemen tambahan atau bahagian yang dipandang ringan.
Pintu sering menjadi elemen pertama yang dilihat dan disentuh apabila seseorang melangkah masuk ke dalam rumah. Bagi Sendora®, pintu memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman keseluruhan sesuatu ruang.
Inovasi Material yang Menyokong Kehidupan Moden
Salah satu kekuatan utama pendekatan Sendora® ialah fokus terhadap penggunaan pintu kayu berlamina vinil (vinyl laminate wooden doors).
Dikenali ramai dengan ketahanan terhadap calar, kotoran dan kelembapan, bahan ini sangat sesuai untuk kegunaan harian serta mudah diselenggara. Pada masa yang sama, Sendora® menawarkan pelbagai pilihan kemasan, daripada tekstur urat kayu semula jadi sehinggalah kepada kemasan menyerupai batu dan kulit, memberikan kebebasan yang meluas dalam aspek reka bentuk dan ekspresi gaya.
Keseimbangan antara ketahanan dan kepelbagaian reka bentuk ini membolehkan pemilik rumah menikmati kedua-dua aspek praktikal dan estetika tanpa kompromi.

Penyesuaian Reka Bentuk Sebagai Teras Utama
Berbeza dengan pembekal pintu tradisional yang bergantung kepada model yang sama, Sendora® mengamalkan pendekatan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
Dengan lebih daripada 20 jenis kemasan sedia ada, serta pilihan seperti rekaan alur (groove designs) dan perincian kemasan logam, pemilik rumah dan pereka dalaman mempunyai kebebasan untuk menghasilkan pintu yang benar-benar selari dengan visi rekaan mengikut selera masing-masing. Gabungan pilihan ini menyediakan lebih daripada 1,000 variasi reka bentuk yang berbeza.
Reka bentuk yang dipamerkan hanya sebagai rujukan, namun kebanyakan projek dibangunkan berdasarkan keperluan individu, terutamanya bagi pelanggan yang ingin mewujudkan ruang yang lebih peribadi.
Cara Kerja yang Lebih Teliti
Selain daripada produk, Sendora® menitikberatkan cara interaksi dengan orang ramai.
Dalam industri yang sering berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses, pasukan Sendora® berpegang kepada prinsip tanggungjawab, penyelesaian isu secara terbuka, bukannya mengambil langkah mengelak. Pendekatan ini bukan sahaja diamalkan dengan pelanggan, malah diterapkan dalam budaya kerja dalaman pasukan itu sendiri.
Walaupun kelihatan seperti prinsip asas, Sendora® percaya bahawa konsistensi dalam amalan sebeginilah yang meraih kepercayaan pelanggan dari masa ke masa. Sendora® memastikan setiap pelanggan merasa disokong, didengari dan diberi perhatian sepanjang proses.
“Kami tidak percaya sesebuah perniagaan ketinggalan akibat persaingan atau kualiti produk semata-mata. Selalunya, hal ini terjadi kerana peniaga tidak bergerak seiring dengan perubahan pasaran. Di Sendora®, kami menekankan kepentingan untuk terus berfikiran terbuka, sentiasa belajar dan membaiki kualiti dari semasa ke semasa. Bagi kami, pertumbuhan bukan hanya bergerak ke hadapan. Hal ini termasuk usaha menyumbang kepada peningkatan industri secara keseluruhan, supaya pelanggan dapat menikmati produk yang lebih baik, perkhidmatan yang lebih berkualiti dan ketenangan fikiran sebaik-baiknya,” ujar Lance Wong, Pengarah Urusan Sendora®.

Lebih Daripada Pemasangan: Fokus kepada Kualiti dan Jaminan
Pemikiran ini turut diterjemahkan melalui pendekatan Sendora® terhadap kawalan kualiti.
“Walaupun sebahagian besar pasaran masih bersaing dari segi harga dan reka bentuk, Sendora® menitikberatkan suatu aspek yang sering diabaikan, iaitu kawalan kualiti (QC) di tapak selepas pemasangan. Bagi kami, nilai sesebuah pintu bukan sahaja terletak pada sejauh mana pintu berjaya disiapkan, tetapi juga pada pemasangan akhir, saat apabila mutu kerja, fungsi dan kemasan bersatu. Itulah sebabnya kami menekankan proses semakan akhir, bagi memastikan pelanggan bukan sahaja menerima pemasangan siap, tetapi juga yakin pada kualiti, keselamatan dan kebolehpercayaan produk yang diguna pakai pada ruang masing-masing,” tambah beliau.
Setiap projek turut disertakan dengan pemeriksaan kualiti susulan selepas pemasangan, berserta jaminan selama dua tahun, meliputi kecacatan pembuatan. Sekiranya timbul sebarang isu, pasukan kami fokus pada penyelesaian secara efisien, termasuk menggantikan jika perlu. Perkhidmatan ini kini boleh didapati di Lembah Klang dan Bandar Johor, Johor, dengan perancangan untuk diperluas ke kawasan lain pada masa akan datang.



Memperluas Keupayaan untuk Keperluan Masa Depan
Seiring dengan perubahan jangkaan pelanggan, Sendora® berkembang maji melangkau sekadar produk pintu kayu berlamina kepada pintu keselamatan dan pintu kalis api, seperti rangkaian Sendora® Fire Shield.
Dipasarkan selama beberapa tahun, rangkaian ini mencerminkan peningkatan permintaan terhadap pematuhan keselamatan bagi projek kediaman, komersial dan pembangunan berskala besar.
Pada masa yang sama, Sendora® mula menerima permintaan daripada pasaran antarabangsa, menandakan permulaan fasa pertumbuhan kami di peringkat serantau.
Suatu Cara Baharu Menatap Pintu
Walaupun pintu sering dilihat sebagai perincian kecil di sesebuah rumah, Sendora® melihatnya dari perspektif yang berbeza.
Pintu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, sesuatu yang digunakan oleh manusia setiap hari. Dengan menggabungkan reka bentuk, inovasi bahan dan pendekatan kerja yang lebih teliti, Sendora® berusaha untuk menawarkan sesuatu yang lebih daripada sekadar produk semata-mata.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.