Home HiburanMelati – ‘Ini Malam Terakhir Adik Bersama Ibu…’

Melati – ‘Ini Malam Terakhir Adik Bersama Ibu…’

by NoKomen
278 views
“ Ini Malam Terakhir Adik Bersama Ibu...Adik, Ibu Rindu Kamu Nak,”- Isteri Ali Puteh | Artikel

[ad_1]

 

Selepas tiga bulan pemergian puteri tercinta Sharifah Nur Ainul Mardhiah, isteri kepada pelawak Ali Puteh telah menulis tentang kenangan terakhirnya bersama anak syurga itu. Melati Fitri Abdullah atau lebih mesra dipanggil Melati telah menulis posting mengenai malam terakhirnya bersama Allahyarham Ainul.

Katanya pada malam terakhir sebelum Ainul pergi meninggalkan mereka buat selamanya, Allahyarham tidak mahu tidur, malah mengajaknya ‘bermain’.

“Masa ni malam terakhir adik bersama ibu, bermain dengan ibu…Seharian adik tak mahu tidur, happy tengok semua datang melawat adik.

“Sampai semua orang dah nak balik pun adik tetap tak mahu tidur, seolah-olah mengerti yang besoknya hari pembedahan kamu,” tulisnya pada sebuah posting bergambar di laman sosial Facebook (FB).

Gelagat Ainul itu kata Melati, seperti sudah tahu yang dia tidak akan dapat bermain lagi dengan ibunya selepas pembedahan dijalankan.

“Kamu macam sayang nak lelap mata tu, mungkin kamu tahu esoknya kamu takkan dapat bermain dengan ibu lagi…,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila Melati meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham Ainul yang dipanggil Adik itu.

Melati turut ‘memberitahu’ kepada Ainul bahawa dia akan mendapat adik tidak lama lagi.

“Adik…rindunya ibu pada kamu nak…Nampak ibu senyum, nampak ibu macsm happy, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu segala-galanya…

“Kamu dah berjumpa dengan pakcik Abam ke?  Ainul, kamu dah nak dapat adik tau…

“Bahagia campur sedih hati ibu ni… Ibu harap semuanya dipermudahkan, amin,” tulisnya penuh emosi.

Ainul yang dilahirkan pada 6 Ogos 2019, menghembuskan nafas terakhir pada 26 November tahun sama, kerana masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan.



 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025