Home HiburanBTS Rangkul Sembilan Anugerah Di MAMA2019

BTS Rangkul Sembilan Anugerah Di MAMA2019

by NoKomen
240 views
BTS rangkul sembilan anugerah di MAMA2019

BTS rangkul sembilan anugerah di MAMA2019

[ad_1]

POPULARITI kumpulan muzik lelaki Korea Selatan BTS sememangnya tidak boleh disangkal lagi apabila kumpulan itu baru sahaja berjaya merangkul sembilan anugerah menerusi pelbagai kategori di anugerah Mnet Asian Music Awards 2019.

 

Lebih mengejutkan, kumpulan yang popular dengan lagu Boys with Love itu turut merangkul empat anugerah utama yang dikenali sebagai ‘Daesang’ pada tahun ini. 

Empat anugerah utama itu adalah Album Terbaik Sepanjang Tahun (Map of the Soul: Persona); Ikon Seluruh Dunia Sepanjang Tahun; Lagu sepanjang tahun (Boy With Luv) dan Artis Sepanjang Tahun.

BTS merupakan kumpulan pertama yang memenangi empat Daesang dalam sejarah anugerah itu.

Anugerah yang diadakan pada Rabu di Nagoya Dome di Jepun itu menyaksikan Park Bo Gum sebagai pengacara.

Anugerah lain yang dimenangi BTS pada MAMA 2019 adalah Kumpulan Lelaki Terbaik, Qoo10 Artis Lelaki Kegemaran, Video Muzik Terbaik untuk “Boy With Luv,” Persembahan Terbaik Kumpulan Lelaki dan Top 10 Kumpulan Pilihan Peminat Di Seluruh Dunia.

Menariknya, anugerah bagi kategori Album Terbaik Sepanjang Tahun itu disampaikan oleh pengacara terkenal Amerika Syarikat Jimmy Fallon menerusi sebuah video.



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025