Home HiburanAyie Floor88 Rebah, Pengsan Di Pentas Ketika Beraksi

Ayie Floor88 Rebah, Pengsan Di Pentas Ketika Beraksi

by NoKomen
448 views
Ayie Floor88 rebah, pengsan di pentas ketika beraksi kerana keletihan

Ayie Floor88 rebah, pengsan di pentas ketika beraksi kerana keletihan

PENYANYI utama, Ayie Floor88 yang dilaporkan rebah ketika mengadakan persembahan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa malam kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut pengurus jadual dan persembahan band berkenaan, Luqman Hakim, tiada sebarang perkara yang membimbangkan terjadi pada artis berkenaan susulan insiden itu.

Kata Luqman, sebaik rebah dan pengsan, Ayie diberi bantuan dan ditenangkan oleh anggota Floor88 yang lain serta penganjur persembahan.

“Alhamdulillah keadaan Ayie semakin baik. Tiada apa-apa yang membimbangkan mengenai Ayie. Dia rebah dan pengsan kerana keletihan.

“Jadual Floor88 amat padat sejak beberapa bulan lalu menyebabkan kesemua anggota termasuk Ayie tidak cukup rehat,” kata Luqman kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Rabu.

 

 

[ad_1]

 

 

 

 

Luqman turut memaklumkan, Ayie tidak mengidap sebarang penyakit dan insiden dia rebah berpunca daripada keletihan. Sehubungan itu, pengurusan Floor88 juga, kata Luqman, sudah menyusun semula jadual kumpulan berkenaan bagi memberi ruang kepada mereka untuk berehat.

Laporan mengenai Ayie yang bernaung di bawah label Rusa Music rebah dimuat naik dalam laman Instagram band itu pada Selasa malam.

Ayie dilaporkan rebah ketika sedang menyanyikan lagu kedua.

Sehubungan itu, persembahan band berkenaan terpaksa dihentikan serta-merta.

Floor88 mula masyuhr sekitar tiga tahun lalu menerusi lagu Zalikha yang melonjakkan nama mereka dalam industri muzik tanah air.

Band itu dianggotai Ayie Elham, Achoi, Falique, Eric Fuzi, Akram dan Amir.

 

ayieelhamf88

 



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025