Home HiburanAliff Aziz, ‘Ya, Saya Memang Teruk’

Aliff Aziz, ‘Ya, Saya Memang Teruk’

by NoKomen
250 views
'Ya, saya memang teruk'

Aliff Aziz, 'Ya, saya memang teruk'

“TERUSKAN ketawa atas kesakitan saya. Ya, saya memang teruk. Saya yang buat masalah sendiri,” luah artis kontroversi, Aliff Aziz di Instagtam Story, semalam.

Ia susulan video berdurasi lebih seminit yang tular di laman sosial sejak Isnin lalu memaparkan penyanyi itu bertegang mulut dan hampir bergaduh dengan individu lain di hadapan sebuah restoran di Singapura.

Aliff dalam luahan itu berkata, tidak ada sesiapa yang tahu kesukaran dilalui selain menyifatkan ia tidak perlu dijelaskan kepada umum.

 

 

[ad_1]

 

 

“Percayalah, cuba berada di tempat saya dan mungkin baru satu langkah anda sudah jatuh. Ya, saya sudah malukan orang tersayang. Tidak ada siapa tahu kesukaran saya. Tidak mengapa sebab tidak perlu jelaskan kepada sesiapa. Asal saja saya masih ada Allah. Tidak kira teruk macam mana orang fikir mengenai saya, saya tetap hamba-Nya,” kata artis kelahiran Singapura ini.

Dalam kenyataan sama, Aliff yang juga bekas suami pelakon, Bella Astillah, mengingatkan orang ramai supaya jangan suka menghina dirinya kerana belum terkena kepada diri sendiri.

“Kelakar, macam mana orang boleh anggap diri sebagai Muslim seolah-olah percakapan mereka adalah hamba terbaik. Cermin diri dan lihat jika anda layak menjatuhkan hukum. Ia juga peringatan untuk diri sendiri. Rezeki semua daripada Allah. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya,” katanya.

Menerusi video yang tular itu, Aliff Aziz didapati membuka zip seluar seperti mahu menunjukkan kemaluan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, tidak jelas isi kandungan percakapan Aliff selain aksinya yang kelihatan tidak terurus serta cubaan beberapa individu untuk menenangkannya.

 



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025