Home BeritaPromosi Bumiputera Kuota (BPEX) Kembali Lagi Oktober 2022

Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) Kembali Lagi Oktober 2022

by NoKomen
4.6K views
Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga - Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) 2022

BPEX 2022 Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia – Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) sekali lagi kembali dan akan diadakan pada 1 & 2 Oktober 2022 bertempat di Dewan 3, Mid Valley Exhibition Centre dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Sebanyak lebih kurang 8,000 unit Kuota Bumiputera yang akan dipamerkan dan bernilai hampir RM6 bilion. Secara terperinci hampir 3000 unit dari pemaju-pemaju di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai hampir RM2 bilion dan 5000 unit dari pemaju-pemaju di sekitar Selangor yang bernilai RM4 bilion. Anggaran harga unit yang akan dipamerkan adalah bermula dari RM250,000 sehingga RM1.6 milion.

Pameran BPEX ini juga mendapat perhatian dan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis pembukaan pameran ini akan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 pm dan majlis penutupan akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 pm.

Tiga dari kanan: Dato' Hjh. Nor'ashikin Taib, Pengarah Urusan Marvel Management Communication selaku penganjur BPEX 2022 bersama kakitangannya.
Tiga dari kanan: Dato’ Hjh. Nor’ashikin Taib, Pengarah Urusan Marvel Management Communication selaku penganjur BPEX 2022 bersama kakitangannya.

Pameran kali ini juga membawa aspirasi kerajaan yang telah memperkenalkan skim-skim menarik seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dari Kementerian Kewangan, Skim Rumah Pertamaku (SRP) dari Cagamas, Skim PRIMA Rent-To-Own (RTO) yang mana golongan Bumiputera dapat meraih peluang untuk memiliki rumah di sekitar Lembah Klang dan istimewa untuk pembeli Rumah Pertamaku dimana ia juga dapat membantu golongan-golongan B40 atau M40 untuk memiliki rumah melalui skim-skim yang ditawarkan.

Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di bidang hartanah dan menggalakkan Kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30%.

Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga - Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) 2022

Pembeli-pembeli Bumiputera dapat membuat pilihan hartanah yang berbagai dan menikmati harga Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) dan juga diskaun bumiputera sehingga 15%. Promosi-promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, vaucer perabut dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju-pemaju rumah di pameran ini.

Pemaju-pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah Platinum Victory, PKNS, SP Setia, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group dan TS Law adalah beberapa pemaju-pemaju yang akan berada di pameran ini.

Kami boleh dihubungi di talian 03-4142 3658 atau 03-4142 1151 atau layari laman web BPEX untuk mendapat maklumat lanjut.


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025