YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyaksikan pelancaran rasmi METAHOVER, produk hasil kerjasama usaha sama bernilai RM1 bilion antara Pengeluar Bahagian Logam Precision tempatan – Metalmach Micro Technology (MMT) dan rakan kongsi Bahan Bantu dari China – Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover), menyasarkan memperoleh RM1 bilion hasil eksport dalam tempoh 10 tahun.
METAHOVER menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh merangkumi fabrikasi wafer, pemasangan serta pengujian bagi semikonduktor di Malaysia. Penglibatan Future Hover juga secara dasarnya dilihat mampu meminimumkan kos pengeluaran bagi pemasangan semikonduktor tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti, justeru, meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama pengeksportan komponen elektronik di Asia Tenggara.
Malah dengan gandingan MMT yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam industri, pastinya akan dianggap berharga kepada pelabur asing dan seterusnya menarik pembekal antarabangsa mendapatkan alat ganti dan aksesori yang berpatutan dan boleh dipercayai di Malaysia.
Pn. Sharimahton Mat Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pecutan Eksport) MATRADE berkata, “Jentera dan Peralatan (M&E) merupakan industri penting kepada Malaysia yang juga merupakan sektor eksport ke-7 terbesar, dengan nilai RM49.9 bilion, mewakili 4 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan Malaysia pada 2021. Dimana 17.5 peratus atau nilai RM8.8 billion daripada jumlah berkenaan hasilnya daripada mesin dan peralatan yang digunakan terutamanya bagi pembuatan semikonduktor, alat ganti dan aksesori menjadikannya segmen eksport terbesar, menyumbang kepada peningkatan 25.5 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas bagi 7 bulan pertama 2022, eksport M&E Malaysia telah mencecah RM34.4 bilion.”

BACA: Metalmach Micro Technology (MMT) Pembekal Semikonduktor Asia Tenggara
Beliau menambah, “Kami percaya pengalaman meluas selama 4 dekad Metalmach Micro Technology (MMT) di dalam pemerincian pemesinan, serta pembuatan dan fabrikasi acuan, memberikan mereka keupayaan menghasilkan bahagian dan komponen pemesinan yang berkualiti tinggi bagi kegunaan pelbagai sektor antaranya semikonduktor, peranti perubatan, automasi, aeroangkasa, E&E dan industri am. Reputasi ini pastinya akan menarik minat kerjasama atau usahasama dengan perniagaan asing kelak.”
Selain itu, METAHOVER juga akan menubuhkan bahagian penyelidikan dan pembangunan dalaman di Malaysia untuk mengkaji arah aliran dalam pembuatan semikonduktor bagi mempertingkatkan dan menginovasi lagi proses pengeluaran. Adalah amat penting bagi METAHOVER untuk sentiasa berada di atas supaya Malaysia dapat mencapai kecemerlangan jauh melebihi kehadiran pasaran globalnya yang sedia ada dalam industri masing-masing untuk beberapa tahun akan datang.
Menurut Encik Low Kim Yoong, Pengarah Operasi Metalmach Micro Technology (MMT), berkata, “Tidak seperti pesaing, METAHOVER berdiri tegak dan teguh dalam rantaian bekalan semikonduktor kerana bukan sahaja kami mampu mengendalikan proses pemasangan semikonduktor sepenuhnya, malah kami menawarkan harga yang paling kompetitif di dunia, tanpa menjejaskan kualiti.
Pada zaman ini, kemudahan memainkan peranan penting dalam mendapatkan kelebihan daya saing dalam pasaran, dan adalah menjadi mandat kami untuk menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk membantu pembekal tempatan dan antarabangsa dalam usaha mereka melalui penyelesaian sehenti iaitu – METAHOVER.”

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.