Peraduan “Sahut Cabaran, Realisasi Impian” anjuran MARIGOLD Susu UHT dan Sun Life Malaysia kini melabuhkan tirai dengan penyampaian hadiah lumayan kepada 23 pemenang bertuah.
Menerusi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000, peraduan itu menyaksikan dua (2) pemenang utamanya, masing-masing membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM20,000 dan RM10,000. Manakala enam (6) pemenang lain memenangi hadiah wang tunai RM5,000; dan 15 pemenang saguhati menerima peranti tablet iPad Air bernilai RM2,899 setiap satu.
Pemenang diumumkan menerusi siaran langsung di platform Facebook dan Instagram ‘MARIGOLD UHT Milk’ pada 26 November 2022 yang lalu, diikuti Majlis Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Avante Hotel, Petaling Jaya pada 5 Disember 2022.
Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd, Poh Eng Lip berkata peraduan itu dirangka khas sebagai platform menggalakkan ibu bapa menyedari potensi sebenar anak-anak mereka. “Kami memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang sentiasa menitikberatkan kesihatan dan pendidikan anak-anak mereka. Akses kepada nutrisi yang baik dan pendidikan berkualiti adalah jaminan kepada kemakmuran negara kita.”
Turut hadir menyampaikan ucapan penghargaan kepada pemenang, CEO dan Presiden/Ketua Negara, Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, “Sebagai rakan kongsi insurans hayat dan takaful yang dipercayai, misi kami bukan hanya untuk membantu orang ramai mencapai sekuriti kewangan
seumur hidup dan gaya hidup sihat. Kami juga komited membina negara yang lebih berdaya tahan. Kerana itu, kami percaya wujud keperluan untuk kita sama-sama menyokong generasi muda dengan sumber dan peluang yang betul supaya mereka menyedari potensi sebenar mereka. Kami berharap hadiah yang dimenangi hari ini akan menyediakan asas kukuh untuk mereka membina masa depan yang lebih baik.”
Walaupun berdepan persaingan sengit sepanjang peraduan berlangsung, Pemenang bertuah Nor Farahanom binti Nasil, 30, berasal dari Kedah teruja dipilih sebagai pemenang hadiah pertama yang membawa pulang hadiah tunai RM20,000. Menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki besar, Nor Farahanom berkata, “Wang ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga kami dan semestinya sebahagian besar akan diperuntukkan ke tabung pendidikan untuk anak-anak. Kami mengucapkan terima kasih kepada MARIGOLD dan Sun Life Malaysia atas sikap dermawan memberikan ganjaran ini.”
Pemenang hadiah saguhati, Lai Kee Ming, 47, dari Sarawak mengakui cukup mudah untuk menyertai peraduan terbabit. Katanya; “Keluarga saya memang penggemar Susu UHT MARIGOLD, maka, saya hanya perlu membeli lebih dari kebiasaan untuk menyertai peraduan ini supaya peluang untuk menang adalah lebih tinggi.” Usaha Lai berhasil apabila beliau terpilih antara 15 pemenang kategori saguhati yang membawa pulang peranti idaman Tablet iPad Air.
Yap Jay Queen, Ketua Pemasaran Cotra Enterprises berkata, “Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia di setiap pelusuk negara kerana kesediaan mereka menyertai dan memberikan sokongan berterusan. Menerusi kerjasama dengan Sun Life Malaysia, kami komited memberi ganjaran kepada pelanggan setia disamping mengharapkan peraduan ini dapat menggalakkan pengambilan susu setiap hari. Bagi menarik lebih banyak penyertaan, kami mempermudahkan syarat penyertaan yang mana peserta hanya perlu membeli mana-mana produk Susu UHT MARIGOLD: 1-Liter (1 pek), 200ml x 6 pek (1 set) atau 200ml x 3 pek (2 set), hantar resit rasmi pembelian mereka menerusi WhatsApp dan menjawab satu (1) soalan mudah.
Pemenang Hadiah Pertama membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dimenangi oleh Nor Farahanom binti Nasil, dari Kedah; Hadiah Kedua pula iaitu hadiah wang tunai RM10,000 dimenangi oleh Hillay Mohd Saad, dari Putrajaya; manakala Kategori Hadiah Ketiga yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 dimenangi enam (6) pemenang bertuah:
- Wan Nasuha binti Wan Abdul Razak, Terengganu
- Mohamad Ikhmal bin Mohd Yassin, Negeri Sembilan
- Zarina binti Hamid, Kuantan
- Mohd Azharrudin bin Mohd Amin, Selangor
- Mohd Zulkhairi bin Abdullah, Sabah
- Ethan Ng Khai Yew, Selangor
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil MARIGOLD dan Sun Life Malaysia menerusi penyerahan replika cek kepada lapan (8) pemenang hadiah wang tunai. Hadir sama, ahli keluarga dan rakan pemenang yang turut sama meraikan detik istimewa pada majlis ini.
Majlis diserikan dengan penyerahan tanda penghargaan bertukar tangan bagi kedua-dua pihak Poh dan Lew sebagai tanda kejayaan kerjasama antara MARIGOLD dan Sun Life Malaysia dalam mempromosikan kemampanan komuniti untuk generasi muda masa depan.
Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah adalah rakan niaga dan rakan media tempatan. Peraduan yang telah berlangsung antara 1 September sehingga 31 Oktober 2022 itu berjaya merekodkan penyertaan hampir 15,000 di seluruh negara.

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.




