Home HiburanSentiasa bergenang air mata mama

Sentiasa bergenang air mata mama

by NoKomen
198 views
Sentiasa bergenang air mata mama

[ad_1]

LAKONAN mantap dijayakan figura bernama Nabila Huda ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Kemampuannya menjiwai pelbagai karakter sentiasa menyentuh hati penonton yang menyaksikan lakonannya di TV, mahupun di layar perak.

Terbaru, Nabila akan muncul dengan filem berjudul M4M4 dan dia bertanggungjawab menggalas peranan sebagai ibu tunggal bernama Aini.

Ditemui pada acara malam gala filem M4M4 yang berlangsung baru-baru ini, Nabila berkongsi pengalamannya sepanjang berlakon dalam karya penuh emosi itu.

“Saya banyak berlakon dalam drama, jadi bila dapat peluang untuk berlakon filem yang berat, saya memang suka. Sejujurnya, karakter Aini ini sangat mencabar kerana saya perlu berlakon dengan emosi yang pelbagai,” katanya.

Karakter Aini itu sentiasa bergenang dengan air mata dan pada masa sama, Nabila perlu berlakon dengan bakat baru generasi masa kini seperti Bella Dowanna.

“Ini kali pertama saya berlakon di bawah arahan Eyra Rahman. Dia punya imaginasi tersendiri dalam menterjemahkan skrip filem ini ke bentuk visual dan saya memberi komitmen sepenuh hati untuk menjayakannya.

“Saya sebenarnya tak ada sebarang rujukan untuk karakter Aini ini dan dilakukan secara sendiri. Selebihnya, saya juga merujuk dengan pengarah sekiranya ada perubahan dalam karakter ini.

“Satu lagi perkara yang membuatkan saya rasa sebagai pengalaman baru adalah apabila bergandingan dengan bakat muda seperti Bella untuk watak Alya, anak kepada Aini,” katanya.

Pertama kali memegang karakter sebagai ibu yang mempunyai anak remaja membuatkan Nabila mencabar kemampuan dirinya.

“Antara cabaran lain adalah bergandingan dengan Bella kerana ini kali pertama kami berlakon bersama. Mencari keserasian itu tidak terlalu sukar kerana dia juga mudah didekati.

“Jadi, saya dapat rasakan ada satu hubungan yang kuat antara saya dengan Bella umpama ibu dengan anak kandung termasuk perasaan sayang itu benar-benar ada,” katanya.

Secara ringkasnya, M4M4 mengisahkan mengenai Alya yang menjadi mangsa rogol dan selepas berlaku satu insiden, dia meninggal dunia. Ibunya, Aini tidak dapat menerima kenyataan dan berusaha membalas dendam kerana kematian anaknya.

Diminta melontarkan pendapatnya mengenai jenayah rogol di Malaysia, Nabila akui bahawa hukuman yang dikenakan ke atas perogol sebenarnya tidak cukup berat.

“Kes rogol bukan satu benda mudah dan pada saya, pihak berkuasa perlu menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pelaku itu (perogol). Memandangkan berlakon dalam filem ini, saya sampai terfikir, apa yang akan dilakukan sekiranya insiden sama berlaku kepada anak saya sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan melakukan tindakan sama seperti karakter Aini dalam filem itu, Nabila berkata, itu semua bergantung kepada iman.

“Apapun di Malaysia ini ada undang-undang. Orang takkan berani untuk mengambil tindakan sendiri seperti Aini kerana pegangan agama kita masih kuat. Untuk buat benda di luar jangkaan itu, selalunya orang tidak waras atau tiada pegangan agama saja.

“Kita sebagai manusia yang dididik sejak kecil dengan agama tentunya sentiasa peka dengan batasan sebagai manusia. Jadi, saya tak rasa akan ada orang yang seberani Aini,” katanya.

Terbaru, Nabila akan mula menjalani penggambaran filem berjudul Rahsia yang di adaptasi daripada filem seram yang pernah diterbitkan pada 1987 lakonan Shukery Hashim dan Noor Kumalasari.

“Ini pun satu lagi karya yang berat. Ia bukan meniru 100 peratus daripada filem asal, Cuma, ideanya itu digarap dengan lebih seram mengikut kesesuaian dan kehendak penonton masa ini.

“Selain saya, filem ini juga akan dibintangi pelakon lain seperti Fikry Ibrahim, Eman Manan dan Mislina Mustaffa yang penggambaran akan berlangsung di sekitar Pulau Carey,” katanya.



[ad_2]

Source link

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025