Home BisnesPersatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) Sasar 1000 Ahli

Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) Sasar 1000 Ahli

by NoKomen
6.1K views
Persatuan Anak Bangsa Johor PABJ

Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) pada 30 Disember 2021 lalu telah mengadakan upacara Soft Launch Perasmian Persatuan sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ, di Sri Bayu Lounge, Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur.

 

 

“Dengan slogan ‘Bersatu ke Mercu Dunia’, PABJ optimis dan yakin dapat mencapai sasaran 1000 orang ahli Anak Bangsa Johor dalam tempoh 3 bulan kempen ini berlangsung dari bulan Disember 2021 hingga Mac 2022 kelak,” kata YBhg. Dato’ Mohsen Hasbollah selaku Presiden PABJ ketika berucap di majlis perasmian bersama YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Turut hadir adalah Naib Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalulail selain turut diperkenalkan penyanyi lagenda, Dato’ Jamaludin bin Elias atau lebih dikenali dengan Nash selaku duta sebagai selebriti pertama yang menyertai keahlian PABJ selain penyampaian watikah Penasihat PABJ kepada kepada Mejar Jeneral Datuk Oseman Chik (B) dan Pengerusi PABJ, Datuk Hj. Abdullah Md. Ali.

 

Perasmian Persatuan Anak Bangsa Johor PABJ

Perasmian Persatuan Anak Bangsa Johor PABJ

 

Persatuan Anak Bangsa Johor telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor pada hari Ahad, 30 Mei 2021 di bawah Penaung DiRaja PABJ Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M.) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Penaung YAB Menteri Besar Johor.

Dengan kepimpinan presidennya, Dato’ Mohsen Hasbollah yang berpengalaman selama 35 tahun semenjak 1986 dalam memimpin pelbagai NGO serta barisan ahli EXCO yang berkaliber dalam bidang masing-masing, PABJ ditubuhkan dengan misi dan visi sebagai platfrom bagi mengukuhkan hubungan kemanusian, menyatupadukan perpaduan dan persaudaraan serta memperkasakan Anak Bangsa Johor yang berbilang kaum walau di mana mereka berada samada di Malaysia mahupun luar negara tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa.

 

Dato’ Jamaludin bin Elias atau Nash, Duta PABK sebagai selebriti pertama menyertai keahlian PABJ

 

Keahlian adalah terbuka dari 18 tahun keatas dengan yuran pendaftaran mengikut 3 kategori iaitu Ahli Biasa (Individu), Ahli Bersekutu dan Ahli Organisasi bermula dari serendah RM50 setahun. (Sertai Keahlian PABJ)

Ahli Individu
Warganegara Malaysia yang dilahirkan di Johor dan anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sebagai Ahli Individu. Jumlah keahlian tidak terhad dan terbuka kepada Anak Bangsa Johor di seluruh negara dan juga yang bermastautin di luar negara tanpa mengira kaum, jantina, bangsa, agama dan keturunan. Ahli Individu layak mengundi.

Ahli Bersekutu
Warganegara Malaysia yang menetap di dalam atau luar negara, dan sekiranya salah seorang daripada pasangan (suami/isteri) yang tidak dilahirkan di Johor boleh memohon sebagai Ahli Bersekutu. Anak kepada pasangan tersebut yang berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak dilahirkan di Johor juga boleh memohon sebagai Ahli Bersekutu. Ahli Bersekutu tidak layak mengundi.

Ahli Organisasi
Syarikat atau Pertubuhan yang dimiliki oleh warganegara Malaysia yang dilahirkan di Johor dan beroperasi di dalam atau luar negara. Ahli Organisasi tidak layak mengundi melainkan salah seorang daripada Lembaga Pengarah Syarikat atau Jawatankuasa Pertubuhan ingin mendaftar sebagai Ahli Individu.

 

Penyampaian watikah kepada ahli jawatankuasa PABJ

Dari kiri; Sharifah Rafiza Al-Jamalulail, Mejar Jeneral Datuk Oseman Chik (B), Dato’ Mohsen Hasbollah, Datuk Musa Hj. Yusof, Dato’ Jamaludin Elias@Nash dan Datuk Hj. Abdullah Md. Ali.

 

Setelah hampir dua tahun, dunia berdepan pandemik COVID-19 yang telah mengubah kehidupan kita sepenuhnya. Penularannya secara global telah memberi impak yang drastik dan mencemaskan kepada landskap politik, ekonomi, agama dan sosial. Namun bagi PABJ, ia bukanlah menjadi penghalang untuk mencapai matlamat demi memartabatkan Warisan Negeri Johor. 

PABJ juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Anak Bangsa Johor yang ingin meneroka dalam pelbagai sektor industri dalam usaha memacu ekonomi Negeri Johor ke tempat tertinggi di Malaysia.

Berpandukan slogan BANGSAKU, MASA DEPANKU, PABJ mempunyai tujuh (7) Biro yang akan memperkasakan Anak Bangsa Johor di dalam beberapa bidang meliputi Pendidikan; Pelancongan, Seni & Budaya; Ekonomi & Keusahawanan; Keahlian, Multimedia & Komunikasi; Sosial, Kebajikan & Keagamaan; Keselamatan & Kesihatan serta Sukan & Rekreasi.

Setiap biro mempunyai objektif tersendiri bagi memperkasakan misi dan visi persatuan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dari segi Pendidikan, Ekonomi, Keusahawanan dan Pembangunan.
  • Menggalakkan dan membantu ahli yang berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan dalam pelbagai bidang untuk terus berkembang.
  • Membangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) and Love Quotient (LO) dalam kalangan Anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran dari peringkat Pra-Persekolahan.
  • Mengukuhkan dan memantapkan Pelancongan, Seni dan Budaya untuk generasi pelapis Anak Bangsa Johor melalui pelbagai rancangan dan aktiviti yang berkaitan.
  • Menyantuni Kebajikan, Sosial dan Keagamaan Anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia secara umumnya.

 

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keahlian mahupun maklumat lanjut yang lain mengenai PABJ, sila layari atau hubungi 03-8068 7788/7878 | 011-3144 0227 (En. Lutfi) / 011-1231 5242 (Cik Syafiqah)


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025