AEON Fashion Preview (AFP) merupakan acara fesyen bagi mengenalpasti kolaborasi jenama fesyen mendatang terkini untuk diperagakan khususnya di cawangan AEON yang dianjurkan secara tiga-tahunan sekali.
Menyerlahkan trend, gaya, warna serta tekstur fesyen terkini melalui jenama pilihan sekaligus mejadikannya sebagai trend permulaan musim baharu AEON bersesuaian dengan slogan ‘Live ahead of trends with AOEN’ yang senantiasa berfikiran kehadapan.
Tahun 2022 disambut lebih baik berbanding sebelumnya dengan peralihan pasca pandemik ke endemik. Keinginan bersukan, berhibur, melancong, bergaya sakan mahupun ke jinjang pelamin terbantut dek angkara Covid-19 menyerang dunia. Namun kini segalanya berubah dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih membuatkan ramai kembali berbelanja.
Maka melaluinya serta bagi meraikan pasca endemik, pihak AEON telah memfokuskan atau memilih menyerlahkan 3 trend berkaitan bagi AFP tahun 2022; Athleisure (Sukan), Vacation (Percutian) dan Wedding (Pengantin).
Daripada majlis pelancaran jenama athleisure baharu dari Jepun, innercasual atau ringkasnya, iC dengan keunggulan teknologi fabriknya di gim butik komuniti, TRIBES Boxing Studio; kepada pameran fesyen berkonsepkan percutian yang sangat ‘rare’ (jarang dilakukan) dan mengasyikkan di dalam MRT yang sedang berjalan dari Stesen Surian hingga ke Stesen Maluri simbolik bagi meraikan perjalanan fasa peralihan dan pemulihan endemik; dan pengakhirannya di AEON Maluri, kepada peragaan pakaian pengantin sebagai ledakan majlis perkahwinan bagi pasangan pengantin kembali menebus masa yang hilang ketika pasca pandemik.
SUKAN
Pelancaran Pakaian ‘Athleisure’ Jenama innercasual, iC Di AEON Dengan Kerjasama Tribe Boxing Studio.
Zaman moden kini menyaksikan gaya ‘athleisure’ semakin popular dan menjadi sebahagian daripada gaya pilihan harian ramai merentasi negara. Athleisure, sejenis pakaian hibrid, ialah gaya pakaian rekaan yang biasanya dipakai semasa aktiviti olahraga dan dalam suasana lain, seperti di tempat kerja, di sekolah, atau pada majlis kasual atau sosial yang lain.
Athleisure juga boleh dianggap sebagai pergerakan industri fesyen, didayakan oleh bahan tekstil yang dipertingkatkan, yang membolehkan pakaian sukan menjadi lebih serba boleh, selesa dan bergaya.
Terbaharu, melalui jenama ‘athleisure’ innercasual atau ringkasnya iC yang kian dikenali di serata negara, AEON akhirnya mengumumkan ketibaan jenama ini di Malaysia. Kolaborasi pertama AEON bersama iC turut menyaksikan kerjasama bersama ‘Tribe Boxing Studio’ yang terkenal dengan sukan lasak ‘kickboxing’ berkumpulan bagi mempromosikan jenama gaya athleisure ini.

Sebagai pembuka majlis, Pelancaran iC bersempena dengan AEON Fashion Preview, AFP bermula Julai hingga Oktober 2022 ini telah disempurkan oleh Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada, turut dihadiri Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen, Pengasas Tribe Boxing Studio, Christian Lee, influencers: Niena Azman, Bakhtiar, Debra Jeanne Poh, Edison Ho, Hazeeq Dean, Rubini, Haneesya Hanee, Charissa Chong, Rita dan Shazlin serta para penggiat media elektronik.
“innercasual adalah tentang keselesaan sambil memilih untuk menjadi serba boleh dan fleksibel dalam cara hidup kita jadi keputusan untuk memastikan jenama itu dibawa ke Malaysia pastinya sesuai dengan strategi gaya hidup kami.” jelas Naoya Okada yang tampak teruja.
Tambahnya lagi, “Fesyen adalah tentang penggayaan melalui pengamalan dan penghayatan sepenuhnya manakala AEON adalah tentang memastikan kami berada di sana, membantu merealisasikannya dan memastikan kami sentiasa berada tepat pada waktunya.”
Dikatakan sebagai sangat selesa, iC diperbuat daripada fabrik mesra alam dengan tambahan teknologi untuk meningkatkan fungsi kategori sukan; memastikan keberkesanan penyerapan peluh serta keupayaan pengeringan yang cepat.
Dihasilkan menggunakan 100% kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia, iC menjanjikan kebolehpakaian ringan, aliran bebas, panjang dan berulang yang sesuai untuk disokong
ketangkasan dan pergerakan. iC juga direka khas sebagai anti-bau, anti-bakteria dan dilengkapi dengan perlindungan UV.
Produk mampu milik yang berkualiti tinggi, estetik untuk semua umur dan jenis badan, kefungsian, kemampanan dan kemampuan merupakan keistimewaan jenama iC atau sesuai digelar jenama gaya cergas di AEON ini yang terbahagi kepada 5 gaya (jenis); ACTIVE WEAR, PEACE FIT, MIRAI BEAUTY, COTTON ORGANIK dan secara esklusifnya KATTHARINE HAMNETT – pereka fesyen dan aktivis British yang ikonik, dan juga seorang perintis dalam etika fesyen merangkumi rangkaian fesyen Lestari.
Jadi tidak hairanlah jika dilihat mengapa di setiap tee iC terdapat perkataan ‘SAVING THE PLANET’, melambangkan kesedaran, kemahuan dan semangat beliau bagi melindungi bumi dan pemeliharaan alam sekitar.




Menandai pelancaran iC dengan komuniti peminat kecergasan, TRIBE Boxing Studio, Low Ngai Yuen turut menambah, “Kami menemui rakan kongsi komuniti dalam TRIBE yang memperjuangkan nilai yang sama – secara aktif mengutamakan kecergasan sambil memperkasakan gaya sendiri. Kami memanggilnya gaya cergas di AEON.
Jenama iC merupakan kedai konsep khusus pakaian innercasual pelbagai fungsi termasuk pakaian aktif dan pakaian kasual yang dihasilkan bersesuaian dengan gaya hidup harian pelanggan masa kini dengan memberikan keselesaan yang maksimum.
Bagi penggemar pakaian athleisure khususnya jenama iC, boleh membelinya di 5 cawangan terpilih; AEON Taman Maluri Shopping Centre, AEON Mid Valley, AEON Mall Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju dan AEON Mall Tebrau City. Tidak ketinggalan untuk 𝗔𝗘𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗣𝗟𝗨𝗦, anda akan memperolehi 2 kali ganda mata ganjaran untuk setiap pembelian #innercasual.
PERCUTIAN
Peragaan Pakaian Berkonsepkan Percutian Di Dalam MRT Bergerak.
Setelah diberi peluang mencuba buat pertama kalinya merasai sendiri pengalaman yang mengujakan berboxing di Tribe Boxing Studio, seterusnya dibawa menyaksikan juga buat julung kalinya pertunjukkan fesyen berkonsepkan percutian pula bersempena AEON Fashion Preview (AFP).
Dari hentian Suria hinggalah ke hentian AEON Maluri disajikan dengan peragaan fesyen melalui jenama AEON terpilih antaranya; SCAR, Puteri, PlusCollection, Arcadia, M, ti:zed dan Guys’ Vision.
Tidak senang duduk dibuatnya, perjalanan dengan jarak 13 stesen kebiasaannya pasti melabuhkan mata seketika namun berbeza dan sangat teruja. Ini juga merupakan pengalaman pertama Nokomen menaiki MRT! Maklumlah terlalu lama berkurung…
Memandangkan perjalanan domestik semakin rancak dan sekatan perjalanan mula ditarik balik semenjak peralihan fasa endemik, AEON tampil memperkenalkan jenama-jenama berkonsepkan percutian ini dengan pelbagai variasi dan pilihan dengan keutamaan mampu milik.


SCAR – Direka berasaskan identiti tersendiri Scar, berkonsepkan tie-dye, crop flutter-layers dengan perincian yang tidak dijangka – sesuai digayakan mengikut kesesuaian mahupun pilihan individu tersendiri.
Puteri – Rangkaian sederhana kami yang memperjuangkan kelonggaran dan trend dengan mudah. Juga datang dengan pakaian renang muslimah, disarungkan dengan pakaian luar chiffon yang bergaya.
PlusCollection – (Every Size Is Beautiful )merupakan nilai teras jenama, menceriakan percutian dengan lebih bergaya dengan fabrikasi linen bercetak bunga dipadankan dengan Denim khusus bagi yang menginginkan baju bersaiz besar.
Arcadia – Untuk pengembaraan yang berkelas, Arcadia menawarkan pelbagai koleksi penggayaan sepanjang zaman. Baju atasan dan seluar linen dengan rona neutral serta perincian sulaman menjadikan setiap koleksinya unik dan berkekalan.
M – Sesuai untuk ibu melancong dengan selesa. Tanpa kedutan, jahitan mesin untuk fabrik ringan dan mesra pengguna; Terkenal dengan penjualan terlaris, seluar bersalin sebagai penambahan kepada baju menyusu, pakaian labuh dan skirt yang sangat selesa.
ti:zed – Tidak sah percutian tanpa hoodies mahupun pullover! Ia merupakan keperluan berguna yang wajib, senang dibawa, mudah dimasukkan kedalam beg dan senang diurus. Kelihatan sentiasa bergaya dan bersedia untuk sebarang majlis mengejut disaat kecemasan bersama baju tee bercetak.
Guys’ Vision – Pakai bercetak pastinya untuk bercuti. Keistimewaan jenama ini, cetakan pada cetakan dengan harga yang mampu milik menjadi pilihan ramai tampak menarik dan ringkas.






PERKAHWINAN
Peragaan Pakaian Perkahwinan AEON Fashion Preview (AFP) Di AEON Maluri
Selepas hampir dua tahun perkahwinan dan jamuan perkahwinan dibatalkan, akhirnya, pasti ramai pasangan dua sejoli membuat pelbagai persiapan khususnya baju pengantin menjelang detik diijabkabulkan.
Buat pertama kalinya, AEON tampil mempersembahkan koleksi pengantin dan bridesmaid yang mesra bajet dan merangkumi pelbagai saiz melalui kerjasama dengan 2 pereka terkenal yang menghasilkan rekaan mengikut tempahan dan saiz, Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim serta rumah pengantin terkemuka di Malaysia, Ivory Romance yang dijangka dipasarkan menjelang September.



Eksklusif untuk 𝗔𝗘𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗣𝗟𝗨𝗦. Daftar sekarang Tribe trial combo hanya RM90 (3 X Boxing kelas) dan kami berikan lagi 1 kelas tambahan secara PERCUMA!
*Daftar sekarang! Pendaftaran kelas boxing di Tribe Boxing Studio Tropicana Mall atau Mont Kiara
Untuk maklumat lanjut, sila layari

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.




