Melangkah menuju era endemik COVID-19 dengan penuh semangat, AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan salah seorang pereka fesyen tanah air yang tersohor, Melinda Looi dalam koleksi AEON x Melinda Looi.
Sambutan Tahun Baharu Lunar tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan koleksi #MelRoars, yang akan membuatkan pelanggan terpanggil untuk merasai pengalaman gabungan warisan dan fesyen yang terbaik sambil mencipta kenangan bersama.
Koleksi AEON x Melinda Looi #MelRoars ialah koleksi sedia dipakai yang diilhamkan melalui gaya dan penghormatan Tahun Harimau dengan tiga jenis corak inspirasi “Panthera tigris” yang digabungkan dengan pengaruh Peranakan: jalur inspirasi batik eksentrik, corak geometri jubin Peranakan yang terserlah dan penjajaran corak bunga klasik yang halus dengan ekspresi harimau yang tersembunyi.
“Menyedari bahawa ini akan menjadi sambutan Tahun Baharu Lunar yang tidak dapat dilupakan dalam era COVID-19, kami telah merancang untuk #MelRoars dipadankan dengan sambutan musim terbaik AEON. Peluang bekerjasama dengan Melinda Looi bukanlah satu kebetulan.
Beliau juga menerajui Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (Malaysian Official Designers Associations) atau MODA sebagai Presidennya. Didokumentasikan dengan baik untuk reka bentuk avant-garde dan gaya retronya, #MelRoars memberikan musim perayaan ini satu sentuhan warisan yang tersendiri, juga menggambarkan kebanggaan kami dengan warisan Malaysia,” kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, AEON.

Dari Kiri: Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Optimax Specialist Centre, Melinda Looi dan Yan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, iOli Communications Sdn Bhd
Acara pertunjukan fesyen koleksi #MelRoars tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON bersama rakan media dan para pempengaruh, Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Optimax Specialist Centre dan Yan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, iOli Communications Sdn Bhd.
Di majlis itu juga diadakan demonstrasi cara solekan untuk memberikan idea dalam meraikan musim ini oleh Shiseido.
Koleksi AEON x Melinda Looi #MelRoars boleh didapati di sebelas (11) cawangan AEON di seluruh Malaysia di Taman Maluri, Bandar Utama, Mid Valley, Bandar Puchong, Metro Prima, Seremban 2, Tebrau City, Cheras Selatan, Queensbay, Bukit Tinggi, dan Bandaraya Melaka, serta dalam talian di AEON Lifestyle.

Melinda Looi merupakan seorang yang kreatif dan mampu menghidupkan seni kreativitinya. Beliau merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang turut mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.
Kini beliau telah mencipta jenama dan perkhidmatan kreatif daripada fesyen Couture kepada koleksi sedia pakai dan pakaian seragam korporat sehinggalah kepada reka bentuk dalaman. Selain memajukan agenda fesyen dan kreatif Malaysia, beliau juga seorang yang sangat aktif melakukan sumbangan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti amal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.





