Jika beberapa dekad lalu, pengajian di sekolah aliran agama atau tahfiz dipandang sepi segelintir masyarakat, dianggap kelas kedua dan ia tidak segah aliran sains atau sastera.
Mahupun pemikiran tentang ruang pembelajaran yang tidak bersih. Bukan itu sahaja, ada yang beranggapan pelajarnya tidak mempunyai masa depan cerah dan sukar mendapat pekerjaan terutama dalam bidang profesional.
Mereka dilabel hanya tahu pendidikan agama, kurang fasih berbahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran termasuk komunikasi dan sosial yang hanya layak menjadi agamawan, imam masjid atau seangkatannya.
Namun, persepsi itu kian berubah sejak sedekad lalu kerana peningkatan minat masyarakat terhadap pendidikan agama dan sekolah aliran agama khususnya hafalan Al-Quran atau tahfiz Al-Quran mula mendapat perhatian.
Maahad tahfiz tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Apa yang menarik ialah setiap satu menawarkan pendekatan dan reka bentuk kurikulum yang pelbagai dan tersendiri.
Berdasarkan data dari laman Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga Januari tahun lalu, terdapat 283 sekolah aliran agama diwujudkan merangkumi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah rendah dan menengah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Sementara itu, sebanyak 168 maahad tahfiz (JAKIM) berdaftar diwujudkan manakala jumlah keseluruhan huffaz dianggarkan lebih 13,000 dalam kalangan lepasan Darul Quran dan institusi tahfiz swasta di Malaysia.

Al-Hamra Mengubah Persepsi
Dalam membekalkan ilmu dunia untuk corak masa depan anak-anak yang lebih terjamin, ibu bapa yang bertanggungjawab sesekali tidak akan mengabaikan ilmu agama Islam dalam diri anak mereka.
Dengan bekalan ilmu agama Islam yang lengkap maka kehidupan anak-anak dapat dibentuk secara seimbang antara duniawi dan ukhrawi agar lebih terpandu berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang benar supaya mereka tidak mudah terpesong dalam mencari kehidupan yang lebih baik.

Justeru itu, hari ini kita boleh lihat semakin banyak sekolah antarabangsa Pendidikan Islam di Malaysia diwujudkan sebagai pilihan bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan dunia dan akhirat secara formal.
Tenaga pengajar yang ditempatkan di sekolah-sekolah antarabangsa Pendidikan Islam khas di Malaysia juga terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berilmu dalam dunia pendidikan. Maka, ibu bapa Muslim seharusnya tidak ragu-ragu untuk menghantar anak-anak mereka menerima pendidikan formal di sekolah seumpama ini.
Al-Hamra Integrated School (AHIS)
Kewujudan Al-Hamra Integrated School asalnya dan pada dasarnya adalah demi menyangkal segala persepsi dan pemikiran masyarakat yang tidak tepat berkenaan sekolah berpendidikan agama khususnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hamra Encik Ibrahim Adham, faktor sekolah aliran itu semakin mendapat tempat di hati ibu bapa berikutan dididikan sejak awal dengan al-Quran dan ilmu agama serta dibentuk guru dengan adab sebagai seorang Islam.
Beliau berpendapat, masyarakat perlu diberi lebih banyak maklumat mengenai aliran agama supaya mereka tidak lagi memandang serong potensi pelajar aliran itu serta turut menyangkal persepsi sesetengah pihak yang mendakwa pelajar aliran ini sukar mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan.

Katanya, pelajar dari sekolah aliran itu mempunyai prospek yang cerah pada masa hadapan dengan penyediaan kurikulum yang holistik dan bersepadu mengintegrasikan didikan agama atau tahfiz, akademik dan kemahiran.
“Pelajar didedahkan dengan ilmu naqli (agama) dan aqli (akademik). Tentu sekali mereka mampu bersaing kerana mempunyai nilai tambah yang tidak dimiliki pelajar biasa dari sudut pengetahuan agama, amalan agama serta nilai murni yang sangat diperlukan masyarakat serta sektor pekerjaan pada masa ini.
“Dengan itu harapan lahirnya seorang insan yang soleh dari keluaran sekolah aliran agama mampu mencorakkan masyarakat agar lebih menghayati agama dan mempunyai nilai akhlak yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pemasaran Al-Hamra Encik Fahmi Salihan pula berkata, tanggapan bahawa pengajian aliran agama lebih kepada subjek agama semata-mata atau berakhir sebagai ustaz atau ustazah serta persekitaran pembelajaran yang tidak bersih perlu diubah.

“Itu persepsi pertama yang akan terlintas dalam kebanyakan minda masyarakat sedangkan ianya sama sekali tidak tepat.
“Memang mereka mengambil aliran agama, tapi bukan 100 peratus menumpukan perhatian pada subjek agama, sebaliknya ada juga mata pelajaran utama lain seperti Matematik, Sains, Geografi dan sebagainya.
“Ini bukan sekolah agama atau tahfiz seperti dulu, tapi sekolah aliran agama dengan gabungan silibus antarabangsa yang sudah diselaraskan mengikut silibus kebangsaan dengan perincian teknologi moden dengan persekitaran yang bersih dan menyenangkan,” katanya.
Menurutnya, jika SPM menjadi ukuran, pelajar aliran agama khususnya di Al-Hamra turut mengambilnya dan selayaknya untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapatkan pekerjaan kelak.
Beliau juga akui pelajar aliran ini mempunyai banyak kelebihan dan kesitimewaan, antaranya, penguasaan bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris, juga mampu menulis dan membaca bahasa Arab.
“Ditambah dengan elemen pengukuhan kemahiran serta jati diri, prospek masa depan mereka juga cerah serta laku di pasaran industri,” katanya.

Pengenalan Al-Hamra Integrated School
Al-Hamra Integrated School merupakan Institusi pendidikan Islam antarabangsa bersepadu yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa depan yang penuh inspirasi melalui misi penciptaan budaya Khairu Ummah dengan menitikberatkan kepada kecemerlangan pendidikan dalam bimbingan prinsip-prinsip Islam.
Al-Hamra dipilih berinspirasikan dari perkataan bahasa Arab “الحمراء = Al Ħamrā’; yang bermaksud “Istana Merah” merupakan sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol yang lebih dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina.
Membawa pendekatan pendidikan yang berkonsepkan Integrated Holistic Education System (IHES) dengan penyatuan gabungan sukatan pelajaran atau silibus kebangsaan dan antarabangsa; pendidikan Cambridge Assessment International Education (CAIE), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Quranic Generation Development Program (QGDP) yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai prinsip teras.

Sekolah pendidikan persendirian yang ditubuhkan dari projek wakaf korporat oleh Awqaf Holdings Berhad telah ditubuhkan sejak tahun 2019 lagi. Menawarkan sistem pendidikan berintegrasi, inovatif dan holistik berasaskan Islam dari peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah dengan fasiliti bertaraf antarabangsa seperti makmal sains, makmal IT, pusat sumber dan pelbagai lagi.
Kesedaran bahawasanya dunia memerlukan pemimpin yang boleh memahami masalah dunia sebenar dan memberikan penyelesaian yang berkesan dan berkesan. Al-Hamra percaya bahawa pendidikan harus menyediakan anda alat yang tepat untuk menghubungkan anda dengan dunia dan memahami keperluan dan isu berdasarkan pandangan dunia Islam yang betul.
Kurikulum Al-Hamra memberi tumpuan kepada penyelarasan standard akademik terbaik dengan pembelajaran berasaskan projek untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang berterusan dan bermakna.

Dengan kedudukan lokasi utama yang strategik di Kota Damansara, Selangor ini telah berjaya menarik minat dan perhatian pelbagai golongan ibu bapa tempatan dan antarabangsa. Sehingga kini, Al-Hamra mempunyai 145 pelajar dengan sasaran 300 pelajar berdaftar bagi tahun 2022 yang boleh menampung kapisiti penuh sehingga 600 pelajar.
Al-Hamra menilai dengan meneliti prestasi pelajar mengikut keupayaan individu sendiri melalui ujian penilaian bertujuan bagi mengenalpasti tahap kemampuan dan keperluan pelajar agar proses pembelajaran berjalan secara khusus.
Pembelajaran di Al-Hamra bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang melangkaui bilik darjah dan mengamalkan sistem ‘floating classroom’. Pendekatan program kokurikulum yang seimbang berorientasikan Sunnah seperti berenang (tahun 1-3), memanah dan seni pertahanan diri (silat) bagi mewujudkan platfom yang menyeronokkan dan menarik meningkatkan kemahiran dan daya saing.

Gabungan sukan dan seni mempertahankan diri ini juga yang dibangunkan agar selaras dengan kurikulum STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) seperti seperti kelas memasak, robotik, pengaturcaraan (coding) dan pelbagai lagi.
Pendekatan ini agar dapat meningkatkan prestasi, daya saing dan bekalan kesediakan kemahiran yang mencukupi ketika bergabung ke dalam dunia yang lebih besar dan mencabar kelak.
Pada masa yang sama, Al-Hamra menggalakkan aktiviti interaktif yang menangani kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, kepimpinan dan persaingan yang sihat. Dengan pelbagai pilihan aktiviti ekstrakurikuler, kami percaya persekitaran yang sihat dan proaktif akan membantu melahirkan pelajar yang serba lengkap.
Pembelajaran Norma Baharu (Covid-19)
Ketika permulaan mendapat jemputan ke Al-Hamra Integrated School baru-baru ini, Nokomen membayangkan jemputan ke sekolah aliran agama atau tahfiz seperti yang biasa kita dengar dan tahu.
Namun segalanya berubah sejurus tiba di lokasi Encorp Strand Garden Office, Kota Damansara, Selangor ini yang
dikawal dengan rapi sistemnya. Sistem keselamatan dan penjagaan membuktikan keselamatan pelajar menjadi keutamaan. Dimana ibu bapa hanya dibenarkan berada sehingga di pintu masuk sahaja.
Langkah tegas jelas kelihatan diserata dinding dalam memastikan SOP yang ditetapkan kerajaan terpelihara apatah lagi melibatkan keselamatan pelajar dari lingkungan pra sekolah hingga menengah.
Ibu bapa bagi pihak pelajar ketika ini, boleh memilih samada hadir ke kelas mahupun belajar secara maya (norma baharu). Al-Hamra memahami dan ianya pilihan dan bukan paksaan.
Setiap Isnin, seluruh tenaga pengajar dan pelajar diharuskan untuk melakukan ujian kendiri (Covid-19) dahulu sebelum hadir dimana kehadiran juga dihadkan kepada maksima 24 orang pelajar sahaja, setiap ruang dijaga dan disanitasi dengan rapi.
Selain makanan pelajar juga akan dihantar ke setiap kelas bagi mengurangkan dan mengawal pergerakan pelajar.
Malah paling utama, Al-Hamra mempunyai Musolla berserta ruang wuduk di setiap tingkat bangunan bagi memudahkan pelajarnya menunaikan solat pada waktunya.

Keistimewaan Al-Hamra Integrated School
Integrated Holistic Education System (IHES)
Apa yang Al-Hamra percaya memisahkannya daripada yang lain ialah pemahaman tentang perkara yang benar-benar penting. Seperti sedia maklum, pendidikan holistik merupakan satu kemestian untuk mengintegrasikan secara teliti ilmu-ilmu agama yang diperoleh daripada wahyu ilahi dengan ilmu-ilmu yang diperolehi melalui pemikiran intelek manusia.
Sistem Pendidikan Holistik Bersepadu (IHES), yang dibangunkan oleh Profesor Dr. Hasni Mohammed ini diamalkan di lebih 1,000 sekolah di seluruh dunia termasuk Malaysia, Indonesia, India dan Jepun dimana tumpuan khusus kepada penyepaduan tiga elemen utama iaitu program pembangunan potensi insan, media dan kurikulum berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
- Potensi Insan
Pembangunan yang seimbang dan menyeluruh melibatkan minda, hati, jiwa, roh dan jasad bagi memupuk potensi dan sifat-sifat jaguh yang betul. - Kurikulum
Pelaksanaan 5 jenis kurikulum untuk mempertingkat dan menyuburkan potensi insan dalam mencapai keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat. - Media
Berfungsi sebagai mekanisme sokongan pelaksanaan IHES di sekolah seperti infrastruktur, teknologi dan sebagainya.
Manakala, ciri-ciri dalam pendidikannya pula terdiri daripada 3 faktor iaitu Pendidik, Persekitaran yang Konduktif dan Sukatan Pembelajaran melalui beberapa fasa perkembangan; Kesedaran (Takrif), Pembinaan watak (Takwin) dan Pelaksanaan (Tanfiz).
Penilaian dan penilaian IHES tidak semata-mata tertumpu kepada pembelajaran berasaskan peperiksaan tetapi memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan hasil yang bersepadu, seimbang dan komprehensif. Generasi Al-Quran berteraskan akidah yang merangkumi:
- Penyerapan Ilmu, Pembinaan Watak
- Kecekapan dan Peningkatan Kemahiran
- Pencapaian akademik
- Aplikasi dalam Kehidupan

Quranic Generation Development Program (QGDP)
Program Pembangunan Generasi Al-Quran (QGDP) ialah mekanisme yang membolehkan IHES menjana Generasi Al-Quran melalui pembelajaran berasaskan hasil yang menyerlahkan serta amalan pembelajaran berterusan melalui 5 peringkat.
Fasa 1
Membaca
Al-Quran
- Tilawah
- Tahfiz
- Tajwid
Fasa 2
Memahami
Al-Quran
- Bahasa Arab
- Harfiah
- Tafsir
Fasa 3
Melaksanakan
Al-Quran
- Ibadah
- Dakwah
- Khilafah
Fasa 4
Penumpuan
Al-Quran
- Iman
- Taqwa
- Ehsan
- Tawakal
- Ikhlas
Fasa 5
Generasi
Al-Quran
- Fizikal
- Emosi
- Intelektual
- Rohaniah
Tour di Al-Hamra
Disempurnakan dengan fasiliti dan ternologi bertaraf antarabangsa menjadikan Al-Hamra Integrated School (AHIS) sebagai Sekolah Aliran Agama Antarabangsa atau Tahfiz yang moden dan sempurna.
Walaupun keseluruhan bangunan 6 tingkat ini masih di dalam proses renovasi, jelas ianya pasti menjadi sesuatu yang dinanti oleh pelajar menikmati ruang pembelajaran yang moden, selesa dan berteknologi tinggi.
Disebabkan Al-Hamra menggunakan konsep ‘floating classroom’, maka kemudahan seperti locker juga telah disediakan berdekatan dengan setiap bilik kelas.
Antara yang paling menarik ialah bunyi loceng bagi membezakan setiap waktu pembelajaran bukanlah bunyi kebiasaan yang sering didengari malah sesuatu yang berlainan, laungan Dzikir. Sungguh menenangkan dan juga merupakan proses pembelajaran, memudahkan pelajar ingat dan menghafal sebarang dzikir yang dilaungkan.
Keunikan sistem pembelajaran menggunakan konsep “Al-Quran dan Sunnah” di tambah dengan kaedah penghafalan Tahfiz moden, menjadikan sekolah ini sangat-sangat berbeza dengan sekolah aliran agama lain.
Kaedah pembelajaran dengan kepakaran yang ada, pasti mampu melahirkan bukan sahaja seorang Hafiz Quran malah insan yang baik selain bekalan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik, dunia dan akhirat.
Pra-Sekolah
Kelas
Keseluruhannya terdapat lebih kurang 6 kelas di Al-Hamra ini yang kesemuanya serba mencukupi.
Musolla
Terletak bersebelahan dengan Kafetaria, ruang Musolla yang sangat luas bukan sahaja digunakan sebagai ruang ibadat malah turut diguna pakai sebagai ruang pembelajaran mengikut kesesuaian waktu dan kehendak tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri.
Tersedia lengkap dengan Al-Quran dan terknologi sistem audio serta kemudahan projektor dan skrin.
Perpustakaan / Mini Auditorium
Ruang yang sangat selesa dan berhawa dingin. Buku-buku masih tak banyak, namun akan ditambah dari masa ke semasa. Dilengkapi dengan kemudahan akses komputer lengkap dengan kemudahan internet.
Ditambah juga dengan ruang Mini Auditorium yang dapat memuatkan maksima 250 orang suatu masa.
Makmal IT
Mempunyai lebih dari 24 buah meja yang dilengkapi sebuah komputer setiap satu dengan kemudahan akses internet.
Makmal Sains
Kafetaria
Berkonsepkan moden, ringkas dan menarik. Terdapat ruang yang dilengkapi dengan beberapa microwave yang juga digunakan bagi pembelajaran kokurikulum, memasak. Susunan meja yang teratur dan luas terhad kepada 4 orang satu meja sesuai dengan SOP sepanjang endemik Covid-19.
Pasti selesa menikmati secawan kopi panas, sambil menunggu anak-anak selesai menjalankan aktiviti persekolahan.
Yuran Kemasukan
Bagi keluarga yang berkemampuan, pemilihan sekolah yang terbaik untuk anak-anak merupakan suatu pilihan yang sangat penting. Apatah lagi jika wujud permintaan lain, seperti mahukan anak menjadi seorang tahfiz, tetapi dalam masa yang sama mahukan anak-anak juga belajar dengan sistem pendidikan setaraf antarabangsa.
Sedia maklum, apabila melihat atau mendengar berkenaan sekolah antarabangsa atau persendirian swasta, maka pasti yuran pembelajaran menjadi kekangan utama atau alasan dek kerana ianya mungkin memakan kos yang agak tinggi.
Bagi ibu bapa yang memiliki kemampuan dari segi kewangan, ianya mungkin antara pilihan sekolah antarabangsa Pendidikan Islam khas yang terbaik untuk anak anda.
Selain menekankan subjek Pendidikan Islam dan subkek teras, sekolah antarabangsa seumpama ini memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam meluaskan pergaulan mereka bukan sahaja dengan pelajar tempatan, Malah mereka boleh belajar bergaul dan berkomunikasi dengan pelajar dari pelbagai bangsa dan budaya.
Namun, Al-Hamra memahami situasi tersebut dan yuran pengajian di Al-Hamra lebih kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarbangsa yang lain, dengan kadar diantara RM900 hingga RM1900 sebulan mengikut peringkat pendidikan.
Jadi kepada ibubapa yang berminat bagi kemasukan sesi 2022 yang kini telah dibuka, Al-Hamra Integrated School (AHIS) ada membuat tawaran yuran “Diskaun Adik-beradik sehingga 100%”!


Semoga usaha memartabatkan pembelajaran agama Islam atau tahfiz seperti ini akan membuka lebih banyak ruang kepada ibubapa dalam memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang terbaik untuk anak-anak serta melupuskan pemikiran atau persepsi masyarakat berkenaan sekolah aliran agama ini. Amin
Nokomen.com

Al-Hamra Integrated School (AHIS)
Encorp Strand Garden Office
Blok A, A-GF
No. 12 Jalan PJU 5/1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor, MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut, sila layari

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.





















