[ad_1]
BINTANG Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Anding memilih untuk menetap terus di negeri kelahirannya, Sarawak.
Anding berkata, sudah setahun dia menetap di Kuching, Sarawak dan bekerja secara kontrak dengan RTM di sana.
“Saya sebenarnya buat keputusan balik ke kampung halaman kerana mahu menemani ibu, Juncy Abdullah. Sejak ayah meninggal dunia pada November 2016, ibu tinggal sendirian di rumah. Jadi, saya fikir sudah tiba masa sebagai anak untuk kembali ke pangkuan ibu, tinggal bersama dan menjaganya. Apabila kami tinggal bersama, dapat juga saya mengurangkan bebannya dan membayar segala keperluan bil,” katanya.
Menurut Anding, ketika bapanya Zaini Oze meninggal dunia beberapa tahun lalu, dia tidak ada di sisi keluarga kerana bekerja di ibu kota.
Anding atau nama sebenarnya, Anding Indrawani Zaini berkata, apabila mendapat tawaran daripada RTM Sarawak, dia tidak berfikir lama untuk terima.
“Untuk kerjaya seni, saya yakin boleh terus aktif walaupun tidak menetap di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, apa yang saya jangka tepat dan kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai tawaran.
“Selain menjadi pengacara program di RTM, saya juga membintangi tiga drama dan filem termasuk pementasan teater. Jadi, tidak ada apa yang kurang. Saya juga lebih bahagia, gembira dan tenang kerana selalu bersama ibu,” katanya.
Anding berkata, dia sedia berulang alik dari Kuching dan Kuala Lumpur apabila ada tawaran persembahan.
Anding yang sudah 16 tahun membabitkan diri dalam bidang hiburan berkata, walaupun tidak berada dalam kelompok popular, dia bersyukur kerana masih aktif dan mampu bertahan hingga kini.
Kali terakhir Anding merakamkan lagu ialah pada 2006 yang berjudul Gadis Dari Jakarta.
[ad_2]
Source link