Home HiburanBTS, Lil Nas X bersatu di pentas Grammy 2020

BTS, Lil Nas X bersatu di pentas Grammy 2020

by NoKomen
150 views
BTS, Lis Nas X

[ad_1]

SEBELUM ini, peminat  kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS rancak berteka-teki apakah band kesayangan mereka itu akan mengadakan persembahan di Anugerah Grammy atau sebaliknya?

Pertanyaan mereka akhirnye terjawab apabila BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V and Jungkook sudah disahkan akan beraksi pada malam acara anugerah berprestij itu.

Apa yang menariknya, BTS yang popular dengan lagu, Boy With Luv itu akan bergandingan dengan penyanyi, Lil Nas X yang terkenal menerusi lagu Old Town Road.

Selain BTS, Ariana Grande, Demi Lovato, Jonas Brothers, Rosalía juga antara barisan penyanyi yang akan mengadakan persembahan pada malam anugerah tersebut.

Sementara itu, pada malam kemuncak Anugerah Grammy 2020, penyanyi yang popular dengan lagu Good As Hell, Lizzo mendominasi  pencalonan selepas tercalon dalam lapan kategori antaranya Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baharu Terbaik.

Manakala penyanyi Alicia Keys pula sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengendali Grammy sebagai pengacara.

Anugerah muzik gilang-gemilang itu bakal berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 26 Januari ini.



[ad_2]

Source link

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025