Home Hiburan‘Bukit Bintang’ – Single Pertama Inspirasi Jalanan, Bob Sentuhan

‘Bukit Bintang’ – Single Pertama Inspirasi Jalanan, Bob Sentuhan

by NoKomen
4.3K views
Bukit Bintang - Single Pertama Inspirasi Jalanan, Bob Sentuhan

Jika bercakap mengenai Bukit Bintang selain merupakan tempat wajib dikunjungi di bandaraya Kuala Lumpur oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa, suara ‘Bob Sentuhan’ pasti kedengaran membuatkan pengunjung asyik menyaksikan persembahannya.

Nama yang tidak asing dikalangan pemuzik dan peminat muzik jalanan, anak jati Pulau Pinang, Muhammad Aizad Azman atau lebih dikenali sebagai Bob merupakan seorang ‘buskers’ atau penyanyi jalanan yang sering menghiburkan orang ramai di ibu negara terutamanya di Bukit Bintang dan di hadapan kompleks membeli-belah SOGO.

Kemampuan menghiburkan orang ramai terutama pelancong-pelancong asing menyebabkan nama dan populariti ‘Sentuhan Buskers’ menjadi sebutan hingga berjaya menarik ramai peminat mereka hadir setiap kali mengadakan persembahan.

Bukit Bintang - Single Pertama Inspirasi Jalanan, Bob Sentuhan - Maman Teacher's Pet, Bob Sentuhan dan Syahrul Nizar Yahya.
Maman Teacher’s Pet, Bob Sentuhan dan Syahrul Nizar Yahya.

Mula berjinak dalam nyanyian sejak di bangku sekolah lagi sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur sehingga kini telah hampir 20 tahun menghiburkan orang ramai, Bob akhirnya muncul dengan single pertama inspirasi jalanan berjudul “Bukit Bintang”.

“Bukit Bintang” adalah lagu yang sangat istimewa untuk saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi. Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher’s Pet untuk merakamkan lagu yang penuh bermakna ini, katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Single “Bukit Bintang” ft Maman Teacher’s Pet di Gatsby Mansion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukit Bintang - Single Pertama Inspirasi Jalanan, Bob Sentuhan

“Bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan dan seiring matlamat memperjuangkan bakat dan nasib pemuzik jalanan agar dihormati oleh orang ramai,” tambahnya.

Lagu yang diinspirasikan daripada kisah cinta komposer Maman itu sendiri juga selaku penggubah dan penerbit lagu ini ketika pertama kali bertentang mata mengenali isterinya di Bukit Bintang, sebuah kota yang penuh berwarna-warni sarat dengan pelbagai kisah kehidupan.

Setelah hampir 2 dekad mendiamkan diri, Rosman Lamri atau lebih dikenali sebagai Maman Teacher’s Pet kini kembali ke dunia muzik dengan penampilannya bersama Bob, kerana dia percaya dengan bakat dan keazaman Bob untuk menjadi penghibur yang berjaya.

@nokomendotcom ‘Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Featuring Maman Teacher’s Pet #bobsentuhan #bobsentuhanbuskers #bukitbintang #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Nokomen

“Bukit Bintang adalah lagu yang dibuat khas untuk Bob kerana di sinilah dia mula menyanyi dan di sinilah dia mencurahkan semua semangat dan dedikasinya untuk menghiburkan orang ramai dengan nyanyiannya. Bob mempunyai bakat yang besar dan saya yakin, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, dia mampu pergi jauh. Saya juga kagum kerana Bob bukan sahaja popular di Bukit Bintang malah terkenal di Singapura, Brunei dan Indonesia juga,” kata Maman.

Menurut Maman, karya ini juga dihasilkan khas sebagai penghormatan dan penghargaan kepada mereka yang telah berjasa membangunkan Bukit Bintang sehingga seperti sekarang.

“Dimana suatu ketika dahulu merupakan salah satu sisi gelap Kuala Lumpur. Namun hari ini, terkenal dengan sebuah kawasan yang sibuk dengan pelbagai kehidupan, perniagaan serta menawarkan pelbagai peluang. Yang sedih pasti tidak kekal bersedih, kerana pesekitarannya mampu mengubah kesedihan dengan kegembiraan. Pelancong dari pelbagai negara dan rakyat tempatan berkumpul di Bukit Bintang untuk bergembira dan bersuka ria,” tambah Maman mengenai sebab mengapa lagu ini ditulis.

Sidang media Bukit Bintang - Single Pertama Inspirasi Jalanan, Bob Sentuhan

Menurut Pengarah Urusan Meta Music Extreme (MMX), Syahrul Nizar Yahya selaku pihak rakaman, bagi tujuan promosi dan pemasaran bakal dijalankan di pelbagai media sosial selama tiga bulan ini. Dimana pada bulan April, album penuh Bob Sentuhan bakal dirakamkan.

Tambahnya lagi, pihak kami juga di dalam perancangan untuk bekerjasama dengan 5 kumpulan busker Malaysia di beberapa buah negeri untuk mereka membuat penampilan dan persembahan istimewa menyanyikan lagu ‘Bukit Bintang’ di “Bukit Bintang” itu sendiri. Nantikan!


Composer: Maman Teacher’s Pet
Lyrics: Faizah Mohamed Amin
Electric Guitar: Hillary Ang
Acoustic Guitar: Maman Teacher’s Pet
Bass: Dato’ Nasser Abu Kassim
Drums: Yuri
Music Arranger: Maman Teacher’s Pet
Sound Engineer: Abby Qudus Scifi Studio Mixing & Mastering Engineer: Rozhan RMP Studio
Producer: Maman Teacher’s Pet
Record Label: Meta Music Xtreme
Music Video: C8Media Production
Social Media: AR Pro Solutions

Pertama kali ku terlihatnya
Senyumannya saja menggoncang jantungku

Dia ketawa, aku tercungap, kehabisan udara
Nyawaku terbang bersamanya

Woh… Kita bercanda di Bukit Bintang
Woh… Woh…
Mataku hanya padanya
Hatiku hilang
Woh… Woh…
Kau panggilku sayang

Pertama kali kupanggilnya sayang
Dia memandangku
Senyuman, tertawa
Oh! Manisnya

Pertama kali kupanggilnya sayang
Seratus hari kemudian
Aku terbang jauh ke awan

Woh… Dia bercinta denganku di Kuala Lumpur
Woh… Woh..
Nyawaku hanya padanya
Hatiku hilang
Woh… Woh…
Kau panggilku sayang
Kau panggilku sayang


“Bukit Bintang” kini boleh didapati di platfom striming muzik di https://bfan.link/bob-bukitbintang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025