Home BisnesChicken Rice Place (CRP), Ini Barulah Hainan Asli!

Chicken Rice Place (CRP), Ini Barulah Hainan Asli!

by NoKomen
4.1K views
Chicken Rice Place (CRP)

Sajian yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Nasi Ayam Hainan cukup popular di Malaysia, Singapura dan Thailand sebagai hidangan utama pilihan pelbagai kaum sepanjang masa tidak kira pagi, petang mahupun malam.

Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang di China, namun versi makanan ini yang didapati di Malaysia khususnya diberi kelainan dengan penggabungan citarasa pemakanan di rantau Asia Tenggara dengan penggunaan cili yang lebih pedas.

Keaslian sajian ini sering dihidangkan beserta sebilangan cecahan, termasuk sos cil, serbuk halia dengan campuran beramuankan sos tiram dan ditambah dengan bawang putih, manakala kicap pekat sering kali diutamakan di Malaysia dan Singapura.

Chicken Rice Place - Platinum Walk
Chicken Rice Place (CRP) di Platinum Walk, Taman Danau Kota

‘Bagai cendawan tumbuh selepas hujan’, hidangan Nasi Ayam Hainan begitu mudah dinikmati di seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia amnya dari gerai hinggalah ke restoran. Dibezakan dengan pelbagai variasi dan masakan mengikut citarasa seseorang individu itu sendiri.

Manariknya kali ini, Nokomen ingin berkongsi pengalaman menikmati hidangan Nasi Ayam Hainan di sebuah restoran yang baharu sahaja dibuka pada 20 Ogos 2022 lalu, Chicken Rice Place Sdn Bhd (CRP) milik bersama pengasas, Datuk Dr. Hassan Saad dan rakan kongsinya, A. Rahman Siddique dan Nabyil.

Dari kanan: Uncle Jai, A. Rahman Siddique, Datuk Dr. Hassan dan Nabyll (2 dari kiri) bergambar bersama kakitangan CRP ketika Pra-Pelancaran Chicken Rice Place
Dari kanan: Uncle Jai, A. Rahman Siddique, Datuk Dr. Hassan dan Nabyll (2 dari kiri) bergambar bersama kakitangan CRP ketika Pra-Pelancaran Chicken Rice Place

Disamping berkesempatan menyaksikan sesi pra-pelancaran yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Hassan Saad sendiri bersama pengurusan CRP yang turut dihadiri dengan rakan perniagaan, rakan artis, rakan media serta para tetamu jemputan.

Restoran Chicken Rice Place (CRP) yang berhawa dingin dengan 12 orang kakitangan ini menawarkan 4 pilihan masakan ayam dari roasted, stim, bijan dan juga madu yang kesemua memberikan kenikmatannya tersendiri dengan citarasa hidangan ayam Hainan asli! Namun roasted tetap menjadi pilihan hatiku!

Chicken Rice Place (CRP) - Platinum Walk
Nasi Ayam Hainan - Roasted & Stim
Ayam Roasted & Ayam Stim

Disajikan bersama hidangan kerabu mangga dan sayur tauge masak kicap sebagai penambah selera pelengkap citarasa dimakan bersama nasi ayam hainan yang dimasak mengikut keaslian hainan sebenar dengan penggunaan campuran beras pulut dan beras yang berkualiti.

Setiap set nasi ayam dijual dengan harga yang sangat berpatutan bermula dari serendah RM10.90 hingga RM13.90 mengikut pilihan masakan ayam. Selain turut menyediakan pilihan menu sampingan iaitu mee wantan kicap dan sup wantan yang sangat menyelerakan sesuai untuk dinikmati tidak kira waktu, ujar Nabyll selaku rakan kongsi bersama CRP.

Mee Wantan juga antara menu sampingan lain di Chicken Rice Place (CRP)
Mee Wantan juga antara menu sampingan lain di Chicken Rice Place (CRP)

Tambahnya lagi, ini merupakan cawangan pertama CRP dan mengikut perancangan jangka panjang, kami mensasarkan pembukaan lebih 100 cawangan seluruh Malaysia menjelang tahun 2025 dimana seterusnya terdekat berkemungkinan Bandar Baru Bangi menjadi lokasi pilihan sebagai cawangan kedua.

Menurut Perunding CRP, En. Jai atau mesra dipanggil Uncle Jai, Restoran Chicken Rice Place yang baharu sahaja beroperasi terletak di Block H, Platinum Walk, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur ini dibuka 2 waktu setiap hari iaitu dari jam 12 tengahari hingga 2 tengahari dan 5 petang hingga 10 malam kecuali pada setiap Rabu dari 5 petang hingga 10 malam sahaja.

Uncle Jai dan En. Nabyll Chicken Rice Place (CRP)
Uncle Jai dan En. Nabyll

Kesimpulannya, memamg tidak dinafikan keunikan nasi ayam hainan di Chicken Rice Place (CRP) ini melalui keaslian rasanya serta keselesaan yang ditawarkan. Lokasi yang strategik dengan ruang parkir kenderaan di bawah (basement) yang banyak dan mudah diperolehi. Ini barulah hainan asli!

Bagi yang ingin membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 603 4131 3631 +6019-629 9913 atau layari laman Facebook CRP


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025