Home BisnesDari ‘Empayar: The Melaka Chronicles’ Ke ‘HajjVerse’, Pengembaraan Virtual UniVRse Interactive

Dari ‘Empayar: The Melaka Chronicles’ Ke ‘HajjVerse’, Pengembaraan Virtual UniVRse Interactive

by NoKomen
4.9K views
Empayar: The Melaka Chronicles

Terbaharu, UniVRse Interactive Sdn Bhd, syarikat teknologi inovatif yang menjadi peneraju platform Metaverse uniVRse.io, telah mengadakan majlis eksklusif Poolside Raya Get Together pada 18 Mei 2023 lalu yang berlangsung di Level 17, Poolside, Infinity Tower, Kelana Jaya.

UniVRse Interactive berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian realiti maya terkini dengan fokus kepada meningkatkan kehidupan masyarakat melalui teknologi maklumat, kreativiti, dan inovasi. Platform Metaverse menawarkan pelbagai ciri-ciri canggih yang direka khusus untuk mencipta pengalaman yang mendalam dan mengasyikkan untuk pengguna di seluruh dunia.

Sedia maklum, kesinambungan daripada Perjanjian Kerjasama Studio Kembara bersama Univrse Interactive Sdn. Bhd pada Disember 2022 lalu, majlis ini juga turut memperlihatkan progress terkini dengan persembahan treler eksklusif permainan mobile terbaru, Empayar: The Melaka Chronicles.

Empayar: The Melaka Chronicles

BACA: Dari Layar Perak Ke Realiti Maya, Studio Kembara Terus Melangkah

Menariknya lagi, para tetamu yang hadir juga turut antara yang terawal berkesempatan melihat sendiri ‘demo’ atau ‘sneak peak’ permainan Empayar: The Melaka Chronicles tersebut.

Sebuah permainan mobile berkonsepkan Role-playing game (RPG) di mana setiap peserta memainkan peranan sebagai watak, umumnya dalam suasana fantasi atau fiksyen sains, yang boleh berinteraksi dalam dunia khayalan permainan, mengembara dan meneroka alam baru, berperang dengan musuh yang ganas mahupun membuka kuasa ajaib.

Selain Mohd Hezri Amir Latif (Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse) serta team produksi UniVRse, turut hadir adalah Abdul Rahman Mat Dali (Pengarah Urusan Studio Kembara), Ismail Mat Dali (Ketua Promosi & Pemasaran), Hasan Saidi (Peguam Korporat), para media dan tetamu jemputan.

Mohd Hezri Amir Latif (Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse), Abdul Rahman Mat Dali (Pengarah Urusan Studio Kembara) dan Ismail Mat Dali (Ketua Promosi & Pemasaran) menyaksikan treler Empayar: The Melaka Chronicles
Mohd Hezri Amir Latif (Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse), Abdul Rahman Mat Dali (Pengarah Urusan Studio Kembara) dan Ismail Mat Dali (Ketua Promosi & Pemasaran) menyaksikan treler Empayar: The Melaka Chronicles

Kepakaran UniVRse Interactive dalam Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), selain menyediakan solusi untuk bilik darjah maya, ruang pejabat maya, persidangan maya, pameran, dan banyak lagi memang tidak perlu disangkal lagi. Terkini mengorak langkah dan mengembangkan kepakarannya dalam metaverse yang dikuasai AI.

Artificial intelligence (AI) atau kecerdasan buatan ialah kecerdasan, mempersepsi, mensintesis dan membuat kesimpulan maklumat berlandaskan oleh komputer dan mesin untuk meniru keupayaan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan minda manusia.

HajjVerse.ai

Sehubungan itu, bersesuaian dengan visi bagi meningkatkan kehidupan orang ramai melalui teknologi maklumat dan mendapat keiktirafan secara global dengan pakar industri dari pelbagai bidang, UniVRse Interactive turut memperkenalkan aplikasi terbaharu mereka iaitu HajjVerse.ai yang menawarkan pengalaman haji maya canggih yang dikuasai oleh AI.

Tetamu dapat melangkah ke dunia simulasi di mana mereka boleh meneroka visualisasi 3D Makkah, mempelajari ritual haji, dan menerima bimbingan masa nyata dari Mutawif yang dikuasai sepenuhnya oleh AI. Dengan HajjVerse.ai, anda boleh memulakan perjalanan transformasi, berinteraksi dengan jemaah haji maya lain, dan merasai kesatuan umat Islam seluruh dunia.

Mohd Hezri Amir Latif (Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse) - Empayar: The Melaka Chronicles
Mohd Hezri Amir Latif (Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse)

Melalui teknologi, HajjVerse.ai juga dapat memberi pengalaman virtual ibadah haji suci kepada Ummah Islam di seluruh dunia bagi mempersiapkan jemaah haji sebelum atau semasa mengerjakan ibadah umrah atau haji sebenar.

Segala persoalan atau kemusykilan jemaah bakal mampu dijawab oleh HajjVerse.ai dengan gabungan set data yang besar dengan algoritma pemprosesan lelaran yang pintar untuk belajar daripada corak dan ciri dalam data setiap kali dianalisis. Dengan kata lain, setiap kali sistem AI menjalankan pusingan pemprosesan data, ia akan menguji dan mengukur prestasinya sendiri seterusnya membangunkan kepakaran tambahan.

Secara peribadinya, menurut Nokomen ini adalah sesuatu yang baharu dan menepati citarasa teknologi moden terkini. Namun penggunaanya akan mengambil sedikit masa terutamanya bagi pengguna berumur (60 tahun keatas) untuk berjinak-jinak dalam menyesuaikan diri dalam dunia virtual khususnya.

Ramai yang masih memerlukan bimbingan dari mutawif fizikal atau sedia ada berbanding secara maya sekarang tapi suatu hari nanti Nokomen yakin, AI bakal menguasai sedikit sebanyak kehidupan manusia kelak dari segi teknologi.

Namun perlu diingatkan, tiada manusia tiadalah AI. Tak gitu? Apapun syabas UniVRse Interactive kerana berjaya menghasilkan idea bernas hasil dari penggunaan AI ini. Semoga lebih banyak lagi penghasilan bermanfaat dapat dijayakan kelak. Kudos!

Dan yang pasti, Nokomen dan ramai lagi pasti tak sabar nak tunggu Empayar: The Melaka Chronicles! Takkan melayu hilang didunia :)

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025