Home HiburanDrama Korban Kasih Kena Kecam

Drama Korban Kasih Kena Kecam

by NoKomen
958 views
Drama Korban Kasih kena kecam

[ad_1]

 

Kebanyakan netizen mempertikaikan babak memaparkan tiga pelakon iaitu Saharul Ridzwan, Azrel Ismail dan Zara Zya sebagai pelajar sekolah menengah yang dikatakan tidak sesuai di dalam drama Korban Kasih arahan pengarah Pali Yahya yang kini ditayangkan di TV1.

“Komen itu daripada penonton yang tidak menonton pun, sebaliknya membuat komen berasaskan andaian semata-mata dan hanya membaca tajuk artikel.

“Dan beranggapan keseluruhan drama ini hanya berkisar pada zaman persekolahan kedua-dua watak utama, sedangkan ia hanya membabitkan episod ‘flashback’ sahaja,” kata Pali Yahya mengenai kecaman netizen terhadap drama arahannya.

Mereka mempertikaikan rasional pelakon bertubuh ‘sado’ membawakan watak pelajar sekolah.

Pali atau nama sebenarnya Mohd Fazli Yahya bagaimanapun mengakui gembira dengan sambutan penonton terhadap drama ini.

“Setakat ini, sambutannya amat menggalakkan dan menerima pujian positif daripada penonton yang sudah lama mahukan drama kekeluargaan seumpama ini dihasilkan. Ia juga turut ‘trending’ di media sosial pada setiap episod.

“Saya berterima kasih kepada peminat drama ini yang banyak memberikan komen balas mematahkan komen-komen negatif daripada netizen kerana mereka tahu realiti sebenar drama ini,” katanya.

Menurutnya, pemilihan pelakon dibuat dengan persetujuan semua pihak merangkumi penerbit, pengarah, penulis skrip serta pihak RTM dan tidak perlu dipertikaikan.

“Kami menilai berdasarkan kesesuaian watak, tahap disiplin dan komitmen, keserasian antara pelakon dan yang terakhir sekali populariti dan persetujuan pelakon terbabit.

“Drama ini diadaptasi dari novel Korban Kasih dan Korban Kasih 2 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jalan ceritanya membabitkan beberapa fasa kehidupan keluarga Fauzi dan Norizah. Untuk lebih menarik, penulis skrip kemudian menambah jalan cerita dan watak yang sedikit berbeza dengan novel,” katanya.

Menurut Pali, gambaran cerita bermula dengan fasa pertama iaitu zaman mereka bersekolah dari sekolah rendah hingga menengah (episod 1-12) dan fasa kedua apabila anak-anak Norizah meniti usia remaja.

Fasa kedua (episod 13-30) mengisahkan anak-anak dari keluarga ini melanjutkan pelajaran dan melalui fasa kehidupan apabila dewasa.

Pali berkata, agak sukar untuk mengambil pelakon remaja lain membawakan watak Jalil dan Jamil di zaman persekolahan kerana watak selepas itu perlu seiras dengan pelakon remaja tadi, sedangkan jarak masanya zaman persekolahan dan dewasa hanya dua, tiga tahun sahaja.

Bagaimana pula jika pelakon remaja diambil, adakah mereka boleh membawakan watak Jamil dan Jalil dewasa yang akan berkahwin dan berkerjaya?

   “Pihak kami juga menyedari dari awal dan menjangkakan akan berlaku pertikaian dikalangan penonton berkenaan hal ini. Oleh sebab itulah, kami mengambil keputusan untuk mengekalkan pelakon sedia ada (Saharul Ridwan dan Azrel Ismail) dengan beberapa pengubahsuaian perwatakan dan jalan cerita,” katanya.

Pali berkata, pihaknya menghormati pandangan penonton yang berhak memberikan komen mereka.

“Cuma komen itu sangat tidak adil bagi kami yang berusaha menerbitkan sebuah novel yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan diinspirasi dari novel terbitan DBP, sebuah institusi yang dihormati.

“Kami harap semua pihak menonton drama ini sehingga episod akhir kerana ia adalah drama yang mempunyai kelainan tersendiri,” katanya.

 Jika ada kelemahan kecil lain dalam drama ini, mereka akan menjadikannya sebagai panduan untuk masa akan datang.

 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025