Home BisnesFENIX360: Aplikasi Media Sosial Bagi Karyawan Seni

FENIX360: Aplikasi Media Sosial Bagi Karyawan Seni

by NoKomen
3.5K views
FENIX360 - Where blockchain and music meet

FENIX360 merupakan sebuah platform media sosial artist-centric, berevolusi dengan ciri advanced yang menyediakan pelbagai kaedah untuk mempertingkatkan pendapatan artis secara signifikan (monetization model) menggunakan ekosistem koin FNX sambil memberi pengalaman yang menarik serta menyeronokkan kepada pengguna.

Aplikasi yang baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 23 Mei lalu di BOBO, Kuala Lumpur ini dijangkakan mampu mengubah perniagaan tradisional para artis dengan pengalaman ekosistem 360 dan model pembayaran yang akan membolehkan artis dan pembikin mahupun pencipta muzik/seni mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui platform tersebut.

Secara tradisionalnya, sering digunakan perkhidmatan orang tengah, mewujudkan sebahagian besar kos yang berlebihan dan tidak perlu, membuatkan artis atau pencipta dalam kategori non-superstar hampir tidak mendapat apa-apa hasil, sebuah ironi yang bakal ditukarkan oleh FENIX360 di platformnya secara 360.

Para artis dari semua cabang seni-pemuzik, pelakon, model, pelawak, penari dan pelukis- boleh menjangkakan hasil pengiklanan sebanyak 80 peratus di platform ini serta 95 peratus dari NFT, merchandise, tiket serta hasil livestream dalam ekosistem baru ini yang dijanakan oleh teknologi secara blockchain. Pengalaman ini mudah, tepat dan terjamin.

“Kami akan berasa sangat gembira jika ada pihak lain yang akan mengikut jejak serta meniru obsesi kami terhadap kebajikan para artis. Kami telah menambah sesuatu yang hebat dan sumber yang belum diterokai untuk mengembangkan peluang untuk penghasilan pendapatan artis,” ujar Allan Klepfisz, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360.

Allan Klepfisz, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360.
Allan Klepfisz, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, platform yang mesra pengguna dan dinanti-nantikan ini telah diperkatakan dalam komuniti artis dan dianggap sebagai ‘sebuah aplikasi sosial media untuk semua’, membenarkan para artis untuk membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube, Instagram dan Meta mereka.

Kini, platform ini telah mengumpulkan seramai 7000 Duta Artis Global dan 2.9 juta gabungan sosial media.

Tidak seperti sosial media yang lain, FENIX360 mengembangkan pertumbuhan artis di platform sosial media yang sedia ada malah menyediakan kebolehan advanced seseorang artis atau sesiapa sahaja untuk mencipta aplikasi yang mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit! 

Allan Klepfisz dan Sandy Monteiro pada majlis pelancaran FENIX360 di BOBO, Kuala Lumpur
Allan Klepfisz dan Sandy Monteiro pada majlis pelancaran FENIX360 di BOBO, Kuala Lumpur

Untuk para pengguna dan peminat, mereka boleh menggunakan SATU aplikasi yang hebat ini untuk menonton semua kandungan dan video artis dan dapat melayari ‘dunia’ artis tersebut melalui aplikasi yang dibuat secara ‘self-constructed’ ini.

Lance Ford yang merupakan Pengasas serta Presiden FENIX360 memberitahu, “Dengan kemudahan ini, kami berharap untuk mewujudkan generasi pembikin aplikasi yang antusias. Ini merupakan cara mudah untuk mempamerkan diri kepada peminat serta sahabat handai serta membuatkan mereka berterusan teruja dengan platform media yang boleh dikawal.”

Ini merupakan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik, seni, kewangan serta media dan dimulakan dari syarikat yang berasal dari Singapura ini.

Sarimah Ibrahim selaku host pada majlis pelancaran FENIX360 di Malaysia
Sarimah Ibrahim selaku host pada majlis pelancaran FENIX360 di Malaysia
Secara langsung bersama Lance Ford melalui sesi panggilan video Zoom.
Secara langsung bersama Lance Ford melalui sesi panggilan video Zoom.

Pengasasnya telah menyaksikan berbilion dolar mengalir masuk ke dalam industri seni dan muzik, namun para artis masih bergelut dengan masalah kewangan lalu beliau bertekad untuk mengubahnya dengan teknologi blockchain.

“Kami menghapuskan semua halangan dalam dunia kripto. Anda dengan mudah boleh membeli koin FNX360 di aplikasi ini dan menggunakannya untuk sebarang pembelian. Artis boleh mendapat bayaran dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka – seperti  live tour, penjualan tiket, pemasaran dan produksi. There is real utility and it’s as close to frictionless as one can get,” kata Tomas Varga, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi Blockchain FENIX360.

FENIX360 kini boleh didapati di Apple iOS dan Google Play Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025