Home HiburanFilem ‘Peak of Heaven’, Kisah Ekspidisi Gunung Everest 1997 Malaysia

Filem ‘Peak of Heaven’, Kisah Ekspidisi Gunung Everest 1997 Malaysia

by NoKomen
5.8K views
Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker Meraikan Majlis Sambutan Ulangtahun ke-25 Ekspidisi Gunung Everest 1997 & Melancarkan Francais Media 'The Summit-97' Bernilai RM150 Juta

Syarikat penerbitan filem tempatan – Fullmoon Pictures (M) Sdn. Bhd. (Fullmoon Pictures) menyambut ulangtahun ke-25 kejayaan ekspidisi Malaysia menawan puncak Gunung Everest pada tahun 1997.

Bersempena dengan sambutan ini, Fullmoon Pictures juga melancarkan francais media bernilai RM150 juta di bawah kempen ”The SUMMIT-97” dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ybrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid beserta beberapa kenamaan yang lain termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta dari beberapa buah negara.

YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) - Ekspidisi Gunung Everest 1997
YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS)

Beroperasi sejak empat tahun yang lalu, Fullmoon Pictures yang tersentuh dengan kisah-kisah para pendaki tempatan, berhasrat untuk memaparkan kisah perjalanan mereka yang penuh cabaran mengharungi iklim dan bentuk muka bumi yang mengancam nyawa, untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Di sebalik kejayaan mereka ini, masih ramai yang belum sedar dengan peristiwa bersejarah ini, termasuk laman web Wikipedia. Dengan itu, Fullmoon Pictures telah memulakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peristiwa bersejarah ini dan memberi makna untuk rakyat berbangga dengan negara kita.

YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) - Ekspidisi Gunung Everest 1997
YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures, Izzat Hazim berkata, “Ekspidisi Gunung Everest pada tahun 1997 amat merbahaya dan mencabar.

Kami hanya memahami pahit getir mereka semasa kami mengkaji mengenai kisah tersebut, termasuk temubual, artikel dan dokumentari. Ianya telah benar-benar membuka mata kami. Konsep mendaki gunung tertinggi dunia sambil mengharungi iklim yang mencabar hanyalah sekilas dari peristiwa ini.

Tidak ramai yang mengetahui keseluruhan proses latihan, kos di sebaliknya, persedian mental dan tahap usahasama yang terlibat dalam keseluruhan perjalanan.”

Dengan itu, kempen “The SUMMIT-97” telah ditubuhkan untuk membolehkan para penonton merasai pahit getir dan cabaran yang ditempuh melalui penerbitan – filem-filem animasi, dokumentari, buku-buku, muzik latar asli, filem-filem, rakaman di sebalik tabir dan aplikasi permainan.

Kos RM100 juta telah diperuntukkan untuk menghasilkan filem yang berjudul “PEAK OF HEAVEN”, yang menglibatkan selebriti-selebriti antarabangsa seperti A. R. Rahman, Guy Sebastian, Henry Golding, Phedon Papamichael dan ramai lagi, menjadikan filem ini bertaraf antarabangsa sesuai untuk tayangan global.

Sejak empat tahun yang lalu, sebuah kajian yang menyeluruh telah dijalankan untuk memahami kehendak para pengguna dalam sesebuah subjek.

Majlis Perasmian Kempen "The Summit-97" - Ekspidisi Gunung Everest 1997
Majlis Perasmian Kempen “The Summit-97”.

Menurut kajian tersebut, francais media “The SUMMIT-97” mampu menarik minat 98 juta penonton di seluruh dunia. Tambahan pula, Fullmoon Pictures juga akan menggabungkan teknologi StageCraft untuk menghasilkan suasana Gunung Everest yang hiper realistik dalam waktu nyata.

Dengan itu, mereka menjangkakan untuk menghasilkan sebuah filem yang berimpak tinggi, dan akan menetapkan tahap yang baharu dalam industri hiburan Asia Tenggara. “PEAK OF HEAVEN” juga dijangka akan menetapkan 5 rekod Guinness World Records setelah siap sepenuhnya.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata, ”Fullmoon Pictures membawa mesej yang penting, iaitu sentiasa mengejar kejayaan bertaraf antarabangsa dan kekal fokus kepada matlamat asal.

H.E. Cik Pam Chong Dunn, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia; Encik Dinesh Muthal, Ketua Penasihat Am - Fullmoon Pictures; YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS); En. Izzat Hazim, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Fullmoon Pictures; YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia & Sukan (KBS); Encik R. Shatish, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Fullmoon Pictures; H.E. En. Moti Bahadur Shrees - Charge d’Affaires, Timbalan Ketua Misi dan Kaunselor Kedutaan Nepal ke Malaysia; H.E. Encik Yasser Ibourk - Ketua Hal Ehwal Politik Wilayah, Kedutaan Kerajaan Maghribi; Encik Olivier Cot, Kaunselor Kedua Kedutaan Republik Perancis ke Malaysia
H.E. Cik Pam Chong Dunn, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia; Encik Dinesh Muthal, Ketua Penasihat Am – Fullmoon Pictures; YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS); En. Izzat Hazim, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Fullmoon Pictures; YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia & Sukan (KBS); Encik R. Shatish, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Fullmoon Pictures; H.E. En. Moti Bahadur Shrees – Charge d’Affaires, Timbalan Ketua Misi dan Kaunselor Kedutaan Nepal ke Malaysia; H.E. Encik Yasser Ibourk – Ketua Hal Ehwal Politik Wilayah, Kedutaan Kerajaan Maghribi; Encik Olivier Cot, Kaunselor Kedua Kedutaan Republik Perancis ke Malaysia
Pendaki Ekspidisi Gunung Everest Malaysia 1997, bersama Tuan Zakaria, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker & pasukan Pengurusan Tertinggi Fullmoon Pictures: En. Zahidi Paiman; En. Borhan Ibrahim; Encik Dinesh Muthal; YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid; En. Izzat Hazim; YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker; Encik R. Shatish; Datuk M. Magendran; Datuk N. Mohanadas; En. Aimi Zairin Mohamed; Encik Gary Chong; Asst. Panglima Abdul Wahab Hj Rahim
Pendaki Ekspidisi Gunung Everest Malaysia 1997, bersama Tuan Zakaria, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker & pasukan Pengurusan Tertinggi Fullmoon Pictures: En. Zahidi Paiman; En. Borhan Ibrahim; Encik Dinesh Muthal; YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid; En. Izzat Hazim; YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker; Encik R. Shatish; Datuk M. Magendran; Datuk N. Mohanadas; En. Aimi Zairin Mohamed; Encik Gary Chong; Asst. Panglima Abdul Wahab Hj Rahim

Seperti mana mereka menetapkan rekod Guinness World Records melalui filem mereka – PEAK OF HEAVEN, Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman STAGECRAFT (The Volume).”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, “Saya ingin menegaskan kepentingan kempen ”The SUMMIT-97” ini.

Ianya kisah yang bernilai bukan sahaja kepada para atlit, tetapi kepada setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. Ianya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Saya percaya, ramai rakyat Malaysia mempunyai kebolehan kesukanan yang belum dipersembahkan ke peringkat dunia.”

Majlis ini dijayakan dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), penaja rasmi lokasi majlis ini.

Asst. Commander Abdul Wahab Hj Rahim, Director – Disaster Management and Operation of the Malaysia Civil Defense Force (APM); YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Deputy Minister of Youth & Sports (KBS); Capt. Rageshwaran A/L Maniam, Assistant Civil Defense Officer (Disaster Operations Branch) of the Malaysia Civil Defense Force (APM); together with APM uniformed officers.
Penolong Komander Abdul Wahab Hj Rahim, Pengarah – Pengurusan dan Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia & Sukan (KBS); Kapten Rageshwaran A/L Maniam, Penolong Pegawai Pertahanan Awam (Cawangan Operasi Bencana) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); bersama pegawai beruniform APM.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025