Home Gaya HidupFVBazaar – Bazar Online Percuma Sepanjang Ramadan

FVBazaar – Bazar Online Percuma Sepanjang Ramadan

by NoKomen
730 views
FVBazaar - Vivy Yusof

[ad_1]

 

USsahawan popular, Vivy Yusof mengambil inisiatif membantu golongan peniaga untuk menjual makanan sepanjang bulan Ramadan secara online menerusi penganjuran FVBazaar.

Menurut Vivy, perkhidmatan yang disediakan di platform perniagaan online Fashion Valet (FV) itu adalah secara percuma tanpa melibatkan sebarang pengambilan komisen.

“Ramai pengusaha makanan dan minuman tempatan mengirim mesej kepada saya untuk mempromosikan produk mereka. Saya tidak mampu untuk membantu kesemuanya, jadi ini merupakan inisiatif yang saya harap akan membantu mereka di luar sana dengan lebih ramai lagi.

“FV tidak akan mengambil komisen atau mengenakan sebarang caj. Ia adalah percuma. Matlamat kami ialah untuk menghubungkan para peniaga dengan pelanggan.

“Kami akan menganjurkan FVBazaar, sebuah bazar Ramadan online yang akan menggunakan laman web kami bermula 17 April,” katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.  

 

 

Menurut Vivy sejak diumumkan semalam, pihaknya sudah menerima beberapa permohonan yang menjual biskut, kek, sate, minuman, kuih dan macam-macam lagi.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Vivy yang cuba membantu golongan peniaga dalam keadaan ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya dah lama menantikan saat ini, Hati berbunga-bunga sekarang. Terima kasih @vivyyusof, anda memang awesome!

“Semoga Allah memberikan ganjaran buat anda dan seluruh pasukan anda.

“Semoga dimurahkan rezeki, Alhamdulillah,” tulis sebahagian netizen yang teruja.

Sebelum ini, Vivy pernah menerima kecaman apabila pandangannya untuk memperjuangkan nasib golongan usahawan industri kecil sederhana disalah erti.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

BACA: Vivy Yusof Mohon Maaf

 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025