Home Gaya HidupGlitz Platform Ketengah Bakat, Pereka Baharu

Glitz Platform Ketengah Bakat, Pereka Baharu

by NoKomen
280 views

Glitz

PERTUNJUKAN fesyen Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan anjuran Glitz (hub bakat dan model Nu Ideaktiv Sdn Bhd bersama majalah perkahwinan popular, Pesona Pengantin.

Berdasarkan rekod, lebih 100 koleksi busana raja sehari karya pereka fesyen terkenal tanah air yang sedang meningkat naik dipamerkan sepanjang acara berlangsung dalam tempoh lapan jam.

Menurut penyelaras acara, Oda Yunus, Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz dibuka khas kepada kumpulan pereka yang memasang impian untuk melangkah jauh dalam industri fesyen negara.

“Acara fesyen julung kali dianjurkan ini merupakan platform terbaik khususnya buat pereka muda mengetengahkan rekaan terkini dan eksklusif.

 

 

[ad_1]

 

 

“Pada masa sama, membuka peluang kepada bakal pengantin melihat lebih dekat koleksi busana dipamerkan dan merasai sendiri material fabrik yang digunakan pereka,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Justeru, selain Istana Puteh dan DH Art by Wan Huzairil, himpunan label yang turut terlibat menjayakan pertunjukan fesyen Pesona Pengantin The Cat Walk Edition x Glitz ialah Salikin Sidek, Adi Suhaizad Sulong, Elyza’s Home, Muni, Azzim Aziz, Nabil dan Zuerry Faeiz.

Selain itu, kehadiran barisan model cilik mengatur langkah penuh yakin memperagakan seleksi busana juga mencuit hati para hadirin.

Mereka bukan sahaja, anggun menggayakan pakaian tradisional, malah tampak comel dalam persalinan gaun kembang dan sut rekaan moden.

Situasi tersebut membuktikan bahawa pihak Glitz bukan sahaja melahirkan bakat kategori dewasa, bahkan membentuk model seawal usia kanak-kanak supaya berani berdepan dan beraksi di hadapan khalayak.

Facebook: glitz.my
Instagram: @glitz.my
Web: www.glitz.my

 

 

[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025