Home Gaya HidupIni Komen Model Profesional, Amber Chia Bila ‘Instafamous’ Dakwa Orang Yang Pakai Saiz M Itu Gemuk!

Ini Komen Model Profesional, Amber Chia Bila ‘Instafamous’ Dakwa Orang Yang Pakai Saiz M Itu Gemuk!

by NoKomen
197 views
Ini Komen Model Profesional, Amber Chia Bila ‘Instafamous’ Dakwa Orang Yang Pakai Saiz M Itu Gemuk! | Artikel

Ini Komen Model Profesional, Amber Chia Bila ‘Instafamous’ Dakwa Orang Yang Pakai Saiz M Itu Gemuk! | Artikel

Model profesional, Amber Chia memberi komen tentang kenyataan yang dibuat oleh seorang ‘Instafamous’ yang mendakwa individu memakai baju bersaiz M, gemuk.

Amber berkata, tidak sepatutnya menilai orang lain dengan saiz badan mereka kerana apa yang lebih penting adalah kesihatan dan kecantikan dalaman dimiliki.

“Jangan nilai orang lain dari bentuk badan atau fizikal mereka. Saya lebih percaya kepada kecantikan dalaman, kesihatan dan kebahagiaan diri mereka sendiri,” katanya.

Ditanya samada dirinya pernah berhadapan dengan isu ‘body shaming’, Amber berkata dia pernah disangka hamil ketika mengalami penambahan berat badan.

 

 

[ad_1]

 

 

“Pernah dulu ketika berat badan saya naik, orang ingat saya mengandung dan mereka mula bercakap tentang saya kerana baju dah tak muat.

“Tetapi bagi saya saiz badan tu tak penting. Jika seseorang tu nampak kurus tetapi dia sihat dan cantik, tidak mengapa.

“Dan ada juga yang berbadan besar, mereka masih kelihatan cantik. Saya rasa semua orang ada saiz badan yang sempurna.

“Ada yang suka kurus, ada pula yang suka nampak berisi. Semua ada saiz ideal yang mereka idamkan. Jadi tak perlu rasa malu dengan ‘body shaming’,” katanya.

Tambah Amber ‘body shaming’ hanya berlaku apabila seseorang itu menilai penampilan fizikal orang lain.

“Jadi, kepada masyarakat di luar sana jangan sesuka hati menilai penampilan fizikal orang lain,” katanya kepada Hlive!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

 

 

 

[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025