Home HiburanJasmine Suraya puas dengan Suzie

Jasmine Suraya puas dengan Suzie

by NoKomen
381 views
Jasmine Suraya puas dengan Suzie

[ad_1]

PELAKON dan pengacara Jasmine Suraya, 30, tidak menyangka watak jahat bernama Suzie yang dibawa dalam drama bersiri popular, Adellea Sofea baru-baru ini meninggalkan impak besar dalam kariernya dan juga peribadi.

Jasmine berkata, sejak bergelar pelakon, dia tidak pernah merasakan dirinya seorang pelakon yang bagus.

“Terlalu banyak yang perlu saya buktikan dan kena kerja-keras untuk menaikkan nama saya.

“Saya juga tak sangka watak Suzie boleh menyentuh hati ramai penonton. Ini kerana kebanyakan babak yang saya lakonkan adalah secara spontan. Kami lebih banyak improvisasi,” katanya.

Katanya, dia puas kerana dapat memaparkan sisi berbeza mengenai dirinya yang tidak mungkin sama dengan dirinya yang sebenar.

Pelakon kelahiran Kuching, Sarawak itu turut terharu apabila ada penonton yang menghantar mesej peribadi akibat terkesan dengan lakonan cemerlangnya itu.

“Saya sangat tertarik dengan mesej yang dihantar seorang wanita selepas menonton drama itu. Dia mengatakan watak itu mengingatkannya kepada kisah benar yang berlaku kepadanya sebelum ini.

“Keterbukaannya berkongsi mengenai pengalaman sendiri sangat menyentuh hati saya. Walaupun drama itu sekadar rekaan, mesejnya berjaya sampai dan penonton dapat kaitkan kisah peribadi mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine juga bersyukur apabila sebuah cerita pendek komersial lakonannya ditayangkan di beberapa negara Asia Tenggara.

“Saya anggap ini adalah tuah apabila mendapat kepercayaan menggalas watak ibu mengandung dalam cerita itu. Lebih manis, ia bukan saja ditayangkan di Malaysia, tetapi di Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand,” katanya.



[ad_2]

Source link

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025