Home Pilihan NokomenJersi Kelantan United FC Musim 2021 Bersama Umbro

Jersi Kelantan United FC Musim 2021 Bersama Umbro

by NoKomen
1.5K views
Jersi Kelantan United FC Home & Away Kit 2021

[ad_1]

Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 – Al-Ikhsan Sdn Bhd dengan rasa bangga mengumumkan penajaan rasmi kit jersi Kelab Bolasepak Kelantan United FC (Kelantan United FC). Kit rasmi untuk musim 2021 akan ditaja oleh jenama UMBRO, iaitu jenama yang dibawakan secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports di Malaysia.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993, dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 130 buah kedai dan berkembang pesat dari hari ke hari.

Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) yang juga dijuluki “The Green Deers” adalah sebuah kelab yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Setelah beraksi cemerlang dalam Liga M3, di mana mereka telah. dinobatkan sebagai juara, mereka telah diberikan peluang untuk bersaing di Liga Perdana yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Perasmian Jersi Kelantan United FC musim 2021

Presidensi kelab kini dipimpin oleh Yang Berbahagia Dato Che Abdullah Mat Nawi, yang juga wakil Parlimen Tumpat dan bertugas sebagai Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. En. Akira Higashiyama pula telah dilantik untuk meneraju pasukan KUFC sebagai ketua jurulatih untuk musim yang akan datang.

BACA: Revolusi MUFC 2021 Bersama Jenama AL, Al-Ikhsan

Jersi Kelantan United FC terkini boleh didapati dengan harga RM 119.90 di semua cawangan Al Ikhsan Kelantan dan Football Republic seluruh negara mulai esok (4 Mac 2021). Para peminat juga boleh menempah melalui Al-Ikhsan.com mulai sekarang.

Jersi Home 2021

Menambah mesej dari Mr.Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, “Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai peruncit sukan tempatan terbesar di Malaysia. Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua, dan mari kita bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan inii. Bersama kita bangkit semula ”.

Jersi Away 2021

Dapatkan jersi anda sekarang!

[ad_2]


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025