KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 – Buat pertama kalinya di Malaysia, Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mengalami taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.
Dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak, merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Oleh itu, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic.
Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Para pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.
Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil menjemput semua orang dari semua peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut. Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan.
Taman tema tersebut direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung. Ianya turut dilengkapi dengan alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur yang banyak dan sebagainya yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut.

Apabila anda melangkah masuk, anda akan kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut anda dengan ngauman mereka! Anda juga dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit!

Dinosaur ini hidup! Lariiiii – tapi ambil gambar dulu!

Alami tunggangan luar biasa dengan menunggang dinosaur kegemaran anda. Dengan pelbagai pilihan, pilih dinosaur kegemaran anda dan pegang erat-erat!

Semua naik! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa – dengan dino ekspress, ianya pengalaman luar jangkaan!

Keadaan hangat di gunung berapi! Bergelongsor di gelongsor 3 meter untuk lari dari lahar yang mendidih! Lekas! Masa tidak banyak untuk lari!

Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Lihat setinggi mana anak anda (atau anda) boleh melompat mengelak lantai lahar.

Baiklah pengembara kecil, tiba masanya untuk anda mengambil penyodok dan gali! Kami perlu pertolongan anda untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anda mampu mencari semuanya?

Sedia, bidik, tembak! Uji bidikan anda dengan permainan menembak di taman tema kembara.

Menjelajah taman lantun Dino Jungle dan alami keriangan! Istana belon udara ini menyerupai muka bumi zaman pra sejarah!

Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball pit kami ialah ianya datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anda melontar bola ke arah gol di skrin

Alamak, anda terjatuh ke gaung! Kami perlukan bantuan anda menyelesaikan teka teki binaan untuk keluar!

Gelongsor Keriangan yang membuatkan anak anda tidak berhenti bermain!
Maklumat Acara & Tiket
KKday merupakan pembekal tiket ekslusif Jurassic Dinosaur – Adventure Park Interactive Indoor Playground. Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma.
| Lokasi | Pavilion Bukit Jalil, Lot 5.85.00, Level 5, Orange Zone |
| Tarikh dibuka | 1 Jun sehingga 31 Ogos 2022 |
Waktu Operasi | Hari biasa: 10.00am – 8.30pm (Tutup dari 2:00pm – 3:30pm)Pas sehari Hari minggu/Cuti Am/Malam Cuti Am/Cuti Sekolah: 10.00am – 9.40pm, 6 sesi sehari (10am, 12pm, 2pm, 4pm, 6pm, 8pm)100 minit / sesi Kemasukan akhir pada pukul 8pm |
Harga tiket seperti berikut:
| Tiket | Harga |
| Harga Hari Biasa | RM 55 |
| Harga Hari Minggu(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah) | RM 60 |
*Harga untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama. Disarankan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
**Tiket Hari Biasa adalah untuk sesi sehari, manakala Hari Minggu terhad kepada slot masa tersedia
Jimat sehingga RM28 dengan pakej pembelian 4 tiket
| Tiket | Harga |
| Harga Hari Biasa | RM 196 |
| Harga Hari Minggu(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah) | RM 212 |
Tiket Hari Minggu dan Hujung Minggu boleh di didapati dengan diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8. Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50. Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022. Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.
*Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
