fbpx
Home BeritaGlobal Kazakhstan Kukuhkan Hubungan Dengan Malaysia

Kazakhstan Kukuhkan Hubungan Dengan Malaysia

by NoKomen
514 views
Kazakhstan Kukuhkan Hubungan Dengan Malaysia

 

Hubungan persahabatan dan diplomatik dua hala antara Malaysia dan Kazakhstan menyaksikan jumlah pelaburan syarikat tempatan ke republik itu mencecah lebih dari AS$1 bilion malah terus meningkat setiap tahun. 

Pada tahun lepas, jumlah tersebut mencecah AS$643.8 juta iaitu peningkatan sebanyak 25% berbanding dengan tahun sebelumnya (2018).

Malaysia dan Kazakhstan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang sejak tahun 1992 meliputi industri utama seperti perbankan Islam, industri Halal, industri petroleum dan gas, infrastruktur, teknologi ‘hijau’ dan berbagai lagi.

Ketika itu, Kazakhstan berada di bawah kepimpinan Presiden Nursultan Nazarbayev yang pernah melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia pada bulan Mei 1996 manakala bekas Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr. Mahathir Mohamed membuat kunjungan balas dua bulan kemudian.

Sehubungan itu, kerjasama terus rapat dan kukuh apatah lagi selepas syarikat penerbangan Air Astana memulakan operasi penerbangan secara terus dari Almaty-Kuala Lumpur-Almaty pada 2009, industri pelancongan terus melonjak antara kedua negara.

Hampir 15,000 pelancong dari Kazakhstan mengunjungi Malaysia pada tahun 2019 manakala hampir 10,000 rakyat Malaysia pula mengunjungi Kazakhstan pada tahun yang sama.

Terkini, di bawah pemerintahan Kassym-Jomart Tokayev yang dilantik secara rasmi sebagai Presiden Kazakhstan pada 12 Jun 2019, iaitu apabila negara tersebut mengalami peralihan kuasa yang pertamanya, hubungan antarabangsa antara Malaysia-Kazakhstan yang diterapkan oleh bekas presidennya, Nursultan Nazarbayev diteruskan.

Itu antara janji Kassym-Jomart Tokayev kepada rakyatnya yang telah memilih beliau menerusi pilihan raya presiden malah mengambil langkah meletakkan keutamaan negara sebagai agenda utamanya.

 

BACA: Kazakhstan Umum Pelan Pemulihan Pasca Covid-19

 

Menghampiri setahun pemerintahannya sebagai Presiden Kazakhstan pada Jun 2020 ini, Majalah ASWAQ melaporkan, Kassym-Jomart Tokayev telah menempoh setahun yang penuh dengan cabaran politik, ekonomi dan reformasi dalam usahanya mengekalkan prinsip yang telah ditinggalkan oleh presiden terdahulunya.

Menurut majalah tersebut, antara langkah yang diperkenalkan di Kazakhstan oleh Kassym-Jomart Tokayev termasuk mengemaskinikan polisi Kerajaan biarpun meneruskan dasar luar negara dengan menyambung semua program strategik yang dilaksanakan Nursultan.

Sebagai ahli politik yang berpengalaman, Kassym-Jomart Tokayev memberi fokus kepada agenda kesejahteraan sosial untuk kedua-dua segmen iaitu populasi dan kemasyarakatan.

Pelbagai sumbangan serta bantuan telah disalurkan kepada keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, keluarga yang mempunyai anak kurang upaya, anak yatim dan keluarga yang hilang tempat bergantung.

Berikutan itu, hampir 500 keluarga telah mendapat manfaat dari program-program kekeluargaan berkenaan.

Disamping itu, beliau turut menjalankan program membasmi kemiskinan dimana penduduk yang mengalami kesusahan hidup telah dilepaskan dari bebanan kewangan melalui pelupusan hutang.

Program sokongan sosial lain seperti bantuan biasiswa, kenaikan gaji pekerja-pekerja sektor awam turut dilaksanakan.

Meskipun tidak terkecuali berhadapan dengan masalah global seperti penurunan kadar ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19, Tokayev dikatakan berjaya memimpin Kazakhstan keluar dari wabak berbahaya itu.

Ini kerana, mereka mempunyai kemampuan fisikal yang mencukupi dan rizab pertukaran asing untuk menyokong bidang perniagaan dan domestik.

Pendek kata, baik di peringkat negara atau pun antarabangsa, pemerintahan Tokayev yang baharu setahun jagung boleh dilihat sebagai satu kejayaan untuk terus memimpin Kazakhstan ke arah sebuah republik yang berkembang pesat, sekali gus memperlihatkan model penggantian kuasa Kazakhstan yang berkesan.

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x