Siapa sangka pemuda yang cukup dikenali dikalangan pengguna media sosial, TikTok yang diberi gelaran Faiz CEO Anjing, bangsa kuat beletiaq dek kerana sifat penyayang dan keprihatinannya terhadap binatang terumatanya anjing kini rupanya sedang menantikan kelahiran ‘First Baby’ bersama seorang gadis misteri! Khilaf?
Suatu ketika anak muda kelahiran Pulau Langkawi ini menjadi perhatian ramai kerana sering memuatkan naik secara langsung melalui akaun TikTok @faiz.aizif setiap kali memberi makanan kepada sekumpulan anjing liar di Pulau Legenda itu.
Pelbagai reaksi ditampilkan dikalangan netizen, pujian serta tomahan namun bagi Faiz Aizif atau nama sebenarnya, Muhammad Faiz Basirun, yang mempunyai pengikut kira-kira 606.1K tidak sesekali mematahkan semangat dan kasih sayangnya terhadap semua binatang termasuk anjing.
Menjawab pertanyaan, ‘Kenapa anjing bukan kucing?’, adalah kerana lumrahnya ramai yang takut mendekati anjing namun tidak bagi kucing, anjing juga perlu makan jadi apa salahnya beranikan diri beri apa yang mampu kepada mereka. Kalau bukan kita siapa lagikan?, tambahnya.
Sehubungan itu, rezeki Faiz kini semakin meluas, selain menjadi influencer (pempengaruh) sepenuh masa, kini muncul lagi cerita sensasi dan viral, dikhabarkan pula bakal menantikan kelahiran bayi pertamanya pada usia 20 tahun? Adakah Faiz kahwin senyap-senyap? Jeng jeng jeng…
Sabar! Jangan salah anggap, baca habis dulu baru share ya! Memang sahih, sikap belas kasihan dan berbuat baik sesama makluk, InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahala. – [HR Bukhari: 4163]
Terkini, Faiz bakal menjadi penyanyi rakaman pula dengan kelahiran ‘First Baby’ atau single pertamanya berjudul Khilaf, ciptaan dan lirik oleh Sam Daud, terbitan TWT Entertainment.
Menurutnya, lagu berentak pop pada asalnya dinyanyikan secara solo, sebaliknya membuat keputusan bergandingan dengan seorang lagi bakat baharu dalam industri ini.
Siapakah gadis misteri itu? Menurutnya, mungkin sesetengah orang sudah mengenali pasangan duetnya itu menerusi media sosial tapi percayalah dia seseorang yang mempunyi bakat yang besar. Cumanya, bakatnya tidak dapat diasah kerana tidak berpeluang menceburi bidang seni suara kerana kekangan kerja. Jadi tidak salah kami berkongsi rezeki dan sama-sama menceburi bidang ini, ujarnya.
Walaupun pada permulaan pelawaan duetnya ditolak namun Faiz percaya gadis misteri ini adalah satu kejutan juga buat pendengar di luar sana.
Pemilihannya sebagai pasangan duet, salah satunya adalah kerana perjalanan kisah hidup dan impian kami hampir sama, jadi inilah masa yang sesuai kami merealisasikannya bersama.
Buat masa sekarang, kata Faiz, dia mahu merahsiakan dulu siapa pasangan duetnya itu, cukuplah kalau pendengar tahu yang lagu Khilaf merupakan lagu duet.
“Percayalah Faiz tak pilih salah orang untuk berduet, tak sangka juga dia sebenarnya memang boleh menyanyi dengan baik. Faiz percaya this is our first baby project yang kami boleh banggakan.
“Khilaf adalah projek single pertama dan juga single pengenalan dari Faiz yang menampilkan konsep pop music yang easy listening, simple song dan melodi lagu ini mudah untuk diingati .
“Di samping itu, Faiz berterima kasih kepada komposer Sam Daud kerana melodi lagu yang dihasilkan ini mudah sangat nak catch up. Dia juga banyak membantu sewaktu proses rakaman di studio serta berkongsi teknik rakaman. Itu juga boleh di katakan satu pengalaman baharu dan memberi peluang untuk Faiz menimba ilmu sedikit sebanyak,” katanya tentang pengalaman di dalam studio rakaman.
Berkongsi lanjut, lagu Khilaf ini bakal diperdengarkan buat pertama kali secara atas talian di saluran Youtube TWT Entertainment pada 12 Oktober 2022, jam 5 petang. Manakala perasmian rasminya akan diadakan dan dinyanyian secara langsung (LIVE) keesokkannya pada 13 Oktober 2022 yang akan dimaklumkan masa dan tempatnya kelak.
“Agak-agak siapakah gadis misteri itu ya? ‘Khilaf’kah saya? Nantikan dan jangan lupa saksikan kami! Dah tengok tu, jangan lupa untuk subscribe dan sokong Faiz ya,” katanya mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.



