Home HiburanKonsert Amal Malam Bulan Dipagar Bintang 7 Disember Ini

Konsert Amal Malam Bulan Dipagar Bintang 7 Disember Ini

by NoKomen
257 views
Konsert Amal Malam Bulan Dipagar Bintang 7 Disember ini

Konsert Amal Malam Bulan Dipagar Bintang 7 Disember ini

[ad_1]

KONSERT Amal Malam Bulan Dipagar Bintang bakal diadakan 7 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya bertemakan lagu-lagu serta karya seni seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Berhibur sambil menderma, konsert anjuran Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) itu akan disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman yang telah berkenan untuk mencemar duli saksikan konsert yang dijadualkan bermula jam 8 malam.

Presiden PVRTM, Zohara Gany Bathusha berkata, konsert yang mendapat kerjasama daripada RTM, Kerajaan Negeri Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Istana Budaya itu bersempena ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-74.

“Penganjuran konsert amal ini sebagai salah satu platform bagi mengumpul dana membantu kebajikan ahli-ahli PVRTM yang keahliannya kini mencecah hampir 1,000 orang di seluruh negara.Kebanyakan ahli merupakan golongan veteran berpendapatan rendah berumur lingkungan 50 tahun ke atas.

“Dana yang terkumpul melalui konsert amal ini akan disalurkan bagi tujuan bantuan kesihatan, sara diri, keperluan asas serta aktiviti-aktiviti PVRTM yang lain khususnya berkaitan kebajikan ahli.

“Konsert ini menampilkan tujuh segmen dan antara barisan artis menjayakannya ialah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Anuar Zain, Liza Hanim, Musly Ramlee, Haziq AF, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Fareez Fauzi, Tajul, Tuah Adzmi. Kita juga menampilkan Orkestra Kuala Lumpur di bawah pimpinan Datuk Dr Johari Salleh,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tambah Zohara, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menyaksikan konsert berkenaan bagi berhibur sambil menderma dan tiket konsert berharga RM354, RM204, RM104

serta RM54 yang boleh dibeli di box office Istana Budaya serta http://pvrtm.touchpoint.international.

Katanya lagi, sebarang info dan pertanyaan lanjut boleh hubungi beliau di talian 012-2047753 atau 012-2052492( Sabariah Abas).

 

[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025