Home Hiburan‘Konsert Palsu’, Jangan Terpedaya – Siti Nurhaliza

‘Konsert Palsu’, Jangan Terpedaya – Siti Nurhaliza

by NoKomen
222 views
'Itu konsert tipu' - Siti Nurhaliza

[ad_1]

 

DATUK Seri Siti Nurhaliza menyeru peminat-peminatnya supaya tidak terpedaya dengan berita dan poster palsu mengenai pembabitannya dalam satu acara konsert.

Siti menerusi Instagram meminta pihak bertanggungjawab tidak sewenang-wenangnya menggunakan gambar serta namanya untuk kepentingan sendiri.

“Palsu! Saya tidak terbabit dengan acara ini dan saya juga tidak berada di tempat yang dinyatakan pada tarikh itu. Kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai hal ini, saya minta supaya nama dan gambar saya tidak digunakan kerana saya tak terbabit,” tulisnya.

 

BACA: 7 Nasihat: Siti Mohon Hormat Hakcipta Karya Insan Seni

BACA: Baru Seminggu, 7 Nasihat Ditonton Lebih 1 Juta Kali!

 

Itu Konsert Palsu

 

Menurutnya, dia tidak pernah menerima undangan untuk acara yang kononnya akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah itu pada 18 dan 19 April nanti.

“Saya sangat berharap perkara palsu seperti ini tidak dibuat main-main oleh pihak terbabit. Artis-artis lain yang ada gambar dan nama mereka, saya tak pasti terbabit atau tidak tetapi saya memang tidak pernah membuat atau menerima undangan ini. Tolong jangan memperdayakan orang ramai,” katanya.

Siti juga menyertakan gambar poster konsert itu yang tertera dengan perkataan ‘palsu’ untuk memberi amaran.

Selain Siti, nama dan gambar artis lain yang tertera ialah Amy Search, Aweera, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

 


[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025