Home Bisnes‘Lagi Tua Lagi Menjadi’ Didie Alias Kini Duta AISEL

‘Lagi Tua Lagi Menjadi’ Didie Alias Kini Duta AISEL

by NoKomen
4.5K views
Duta AISEL, Didie Alias

Siapa sangka, dalam usianya menjangkau lewat 40-an, pelakon, pengacara dan penghibur serba boleh, Didie Alias telah dilantik sebagai duta bagi sebuah jenama produk penjagaan wajah AISEL yang menggunakan formulasi sepenuhnya dari Korea.

AISEL yang merupakan produk keluaran tempatan, bukan sahaja telah tertarik dengan personaliti Didie Alias, malahan juga kesungguhan pelakon komedi popular itu dalam penjagaan kulit wajah dan penampilan meskipun dalam usianya semakin meningkat.

Menurut Didie Alias, tentu saja dia teruja dengan perlantikkannya itu apatah lagi bukannya mudah untuk mendapat kepercayaan sesebuah jenama penjagaan wajah seperti AISEL untuk memilihnya sebagai duta.

“Ini merupakan tawaran yang menggembirakan buat saya. Siapa sangka, dalam usia saya 49 tahun ini, masih ada jenama penjagaan wajah yang sudi memilih saya sebagai duta mereka,” ujar pemilik nama sebenar, Fadzilah binti Mohd @ Ali.

“Jadi, kegembiraan itu saya ingin kongsikan bersama peminat saya di luar sana tak kira wanita mahupun lelaki untuk sama-sama memiliki kulit wajah yang cantik dengan menggunakan produk keluaran AISEL.

“Bagi saya mudah saja, kecantikan itu adalah kunci utama buat wanita dalam segenap usia,” katanya yang tidak sabar untuk mempamerkan keberkesanan AISEL kepada peminatnya, sejak menggunakan produk jenama berkenaan.

Majlis perlantikan Didie Alias sebagai duta Aisel yang diacarakan oleh penyanyi dan pengacara, Roslan Shah telah berlangsung di Cornerstone IPC Glass House pada 23 Mac 2022 lalu, yang turut dihadiri oleh tetamu jemputan, rakan-rakan selebriti antaranya Noniswara, Haleeda, Ieda Moin, Ani Maiyuni dan ramai lagi serta para media.

Menjawab persoalan, ‘Kenapa memilih nama AISEL?’. Menurut pengasas AISEL, Madam Aisel atau nama sebenarnya, Zeti Isma Isa yang mesra disapa ‘Zet’, pemilihan nama AISEL diilhamkan dari perkataan dalam Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air selain sebutan AISEL (I SELL) itu sendiri dalam bahasa Inggeris memberi pengertian “Saya Menjual”.

Keistimewaan produk keluaran AISEL ini ialah ianya diperbuat sepenuhnya daripada bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau antaranya teh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter.

Kerana keaslian kandungan produk AISEL ini juga, ia telah mendapat kelulusan sepenuhnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin halal.

Tambahnya lagi, pemilihan dan perlantikan Didie Alias selaku duta AISEL dengan tagline ‘lagi tua, lagi menjadi’ sememangnya bersesuaian dengan penyampaian mesej AISEL itu sendiri iaitu ‘Age is just a number’.

Ia sekaligus dapat memupuk serta menyampaikan kesedaran kepada orang ramai, bukan sahaja tentang produk tetapi yang paling utama ialah tentang idealogi kami bagi menggalakkan orang bersifat berani, berketerampilan dan yakin terhadap diri sendiri dalam apa jua keadaan dan cabaran.

“Saya berharap, produk keluaran Aisel boleh membantu semua kekal cantik dan aktif walaupun sedang meningkat usia,” katanya yang memberikan sasaran fokus kepada pengguna dari usia 30 hingga 65 tahun bagi produk Bright-Up Ampoule manakala Beauty Balm pula disasarkan kepada pengguna berusia dari 18 tahun dan keatas.

Sidang Media AISEL
Sidang Media AISEL

Buat masa ini, dua produk penjagaan wajah yang menjadi tarikan di AISEL ialah Premium Bright – Up Ampoule dan juga AISEL Dual Beauty Balm yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri, dimana Ampoule dipercayai mampu untuk merawat kulit wajah rosak dan kedutan selain membantu mencerahkan kulit sementara formulasi yang ada di dalam Beauty Balm pula, diyakini dapat membantu melindungi kulit wajah daripada pencemaran alam sekitar dan sinaran cahaya UV selain membantu melembabkan kulit.

“Sangat ringan untuk dipakai. Kedua-dua produk ini mampu bertahan lebih dari 8 jam dan tidak berminyak, mengembalikan keaslian kulit wajah dan tidak bercapuk walaupun dalam keadaan berpeluh” kata Didie Alias.

Majlis bertemakan serba hitam dan putih ini turut dihiburkan dengan persembahan nanyian oleh Ayu Damit disamping diserikan lagi dengan gelagat spontan pengacara, Roslan Shah.

DUAL BEAUTY BALM

AISEL Dual Beauty Balm RM139
AISEL Dual Beauty Balm RM139

Sejenis pelembab (moisturizer) dan sunblock dalam satu yang diperbuat daripada 100% Shea Butter, dengan teksturnya yang halus dan lembut, ia boleh juga dijadikan sebagai foundation muka.

Kaya dengan SPF 35 PA+++, setiap Dual Beauty Balm datang dengan 2 tona untuk memberi kebebasan kepada pengguna mudah “mix & match” mengikut tona kulit yang diinginkan.

Pemilihan daripada 3 tona pilihan mengikut warna kulit; Tanah Merah (untuk kulit Sawo Matang), Pasir Mas (untuk kulit cerah sederhana) dan Pasir Puteh (untuk kulit putih cerah kuning).

Dek kerana warna kulit individu berubah setiap masa, tergantung kepada dedahan pancaran UV. Maka, teknik campuran “mix & match” ini akan membuatkan wajah pengguna tampak lebih natural seperti tidak mengenakan sebarang produk hiasan.

Ia juga memberikan kemasan yang lebih cantik dan terperinci. Tidak bercapuk malah mampu merawat dan melindungi kulit sekaligus menghasilkan kulit yang mulus dan menawan yang juga bertindak melambatkan kedutan.

PREMIUM BRIGHT-UP AMPOULE

AISEL Premium Bright-Up Ampoule RM189
AISEL Premium Bright-Up Ampoule RM189

AISEL Premium Bright-Up Ampoule diperkaya dengan 5 jenis ekstrak botani seperti, Teh Hijau, Mutiara, Daun Pegaga, Biji Bunga Teratai dan Kulit Beras yang berfungsi mencerahkan kulit, melembapkan dan menyeimbangkan tona kulit.

Selain mengandungi bahan emolien yang tinggi mampu meningkatkan kandungan nutrisi dalam kulit bagi membantu mengurangkan serta menghapuskan kedutan, parut dan menghilangkan jerawat dengan lebih cepat, terperinci, dan efektif.

Formula khas AISEL mampu meningkatkan kandungan nutrisi dalam kulit yang membantu mengurangkan kedutan, jerawat, memperbaiki tekstur kulit dan kulit rosak serta membuatkan kulit lebih licin, sihat, cerah dan wajah kulit lebih berseri.

Diadun dengan kandungan “Arbutin whitening” dan Vitamin C yang tinggi. Ia menyediakan derivatif yang berkesan untuk mengurangkan bintik-bintik gelap dan pigmentasi untuk memperbaiki tekstur kulit dan kulit rosak serta meningkatkan dan mengimbangi kulit untuk kelihatan lebih muda, cerah, licin dan sempurna serta menyerikan kulit wajah.

Produk AISEL

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian atau layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025